بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum......
Lokasi percutian kali ini ialah Johor Bahru atau lebih tepatnya Legoland Malaysia.Walaupun pada asalnya hendak bercuti ke pulau pinang kami tetap hepy dengan desdinasi kali ini.
Legoland.....nama yang cukup popular dan digemari oleh kanak2,wow !!!! bila baca iklan sana sini sungguh teruja untuk jejak kaki kesana apatah lagi sekarang tiba waktu musim cuti sekolah.
Cuti kali meme sangat "Adventure" bagi Shada kerana bercuti tanpa perancangan,bak ta pepatah main redah je.....Balik dari cuti hari raya aidiladha terus sambung pergi ke Johor bahru.
Pada tanggal 29hb october 2012 pukul 9.30 pagi kami sekeluarga bertolak ke desdinasi yang dituju,walaupun rasa penat balik kampong belum hilang encik suami tetap cool demi memenuhi permintaan Hazreeq untuk pegi ke Legoland.Orang yang paling excited adalah Hazreeq,Mulut asyik berbunyi dengan soalan2 yg tidak terjawab........
Tepat jam 2.30 kami tiba dihentian untuk makan tengah hari dan segarkan diri.Makan agak lewat kerana sarapan sudah pekena nasi lemak so....lambat skit xpe la kan ....hikhikhik.Hazreeq sepanjang jalan asyik berbunyi dan makan tak henti2 jadi xkisahlah Abienya behenti lambat skit.Hampir 1 jam jugak rehat dan makan2,pukul 3.20 mnt kami meneruskan perjalanan.
Tiba di JB terus ke Legoland meninjau tempat,almaklumlah ..... dah hampir 4 tahun tidak berkunjung ke JB.Pembangunan yang pesat dan jalan berputar2 macam sarang spider meme agak sukar bagi orang baru seperti kami.
Alamhamdulillah....walaupun ambik masa berpusing2 akhirnya jumpa tempat yg hendak dikunjung besok.lepak2 n makan2 seketika kami pun beredar mencari hotel Sri Malaysia yang pernah kami kunjungi 4 tahun lepas.Kenapa Sri Malaysia ??? coz sarapan paginya sangat sedap terutama nasi lemak,wow !!! susah nak dapat rasa nasi lemak yang sedap di kala sarapan di Hotel.xkisah lah 4 bintang 5 bintang yang pernah kami kunjungi....meme di Hotel Sri Malaysia JB jugak yag terbaik !!!!!
Bila dah jumpa hotel,check in rehat sekejap terus keluar untuk maan malam.Tempat yang dituju adalah Danga Bay,emmmm kalau kata best tu...xsangat lah tapi bagi yang belum pernah sampai ok lah.Tapi......makanan kat sni meme sedap terutama tempat yang kami makan "Bistro Bawang merah"perrrhhhh meme terbaik tauhu bakar,fresh oren dan otak2.Lepas makan ,jalan2 pusing2 bandar JB,singgah Down Town JB cuci mata dan terus balik Hotel.
Esok pagi jam 8.00 pagi turun sarapan dan terus check out dan keluar bersiar2 sekitar JB sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Legoland.Walaupun sampai di Legolang pukul 9.30 dah ramai orang beratur mengambil ticket.Jom !!!!!! terokai.....Legoland ......
Oppssss dari awal waktu operasi hinggalah waktu penutupan baru kami keluar,meme tak sedar masa berlalu begitu pantas.Byk tempat yg belum diterokai dan banyak jugak tempat yang masih dalam progress.Kami keluar terus balik ke Putrajaya kerana ke esokan harinya Suami bekerja.
No comments :
Post a Comment