Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Monday, February 24, 2014

Ayam goreng kunyit

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Selamat petang semua....
 
Apa khabar kawan-kawan semua ?Kak Sue harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya.Alhamdulillah......Kak Sue pun sudah sihat kembali setelah seminggu kena keracunan makanan.
 
Hari ni tugas didapur penuh dengan tempahan lolychoc.Dari pagi sampailah sekarang masih didapur,walaupun kadang-kadang terasa penat yang amat sangat tetapi....bila dapat komen dari kawan-kawan dan customer semangat datang kembali dan hilang segala kepenatan.
 
  Kak Sue mohon maaf seandainya ada kekurangan dalam menyiapkan semua tempahan,samada dari segi service,pembuatan dan layanan.Kak Sue masih lagi belajar dan banyak kekurangan dan kelemahan dalam dunia masakan yang harus kak Sue terokai dan belajar.Sebelum Kak Sue melarut dengan story entah apa-apa...jom kita layan resepi kali ini.
 
 
 
 
AYAM GORENG KUNYIT
 
BAHAN2 :

1 mangkuk isi ayam yg dipotong...
Garam kunyit secukupnya
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 tangkai cili api - tumbuk
1 sk gula
1 sk serbuk lada putih
2 sb minyak jagung
3 tangkai kacang panjang - potong
1 mangkuk kecil brokoli dadu
1 mangkuk kecil bunga kubis dadu
1 tangkai cili merah - mayang

CARANYA :
 
1. Gaul ayam dengan sedikit garam kunyit,ketepikan.
2. Panas myk tumis bahan tumbuk hingga kekuningan.masukkan ayam gaul hingga garing.
3. Masukkan sayur,cili,gula dan lada putih.gaul mesra dan boleh dihidangkan.

Selamat mencuba !
 
 

Saturday, February 22, 2014

Telur bistik

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Selamat pagi semua......
 
Syukur Alhamdulillah,di pagi yang mulia ini shada dapt meluangkan sedikit masa untuk mencoret sepatah dua kata dalam blog ini yang dah lama bersawang tanpa sebarang coretan.kak Sue mengambil kesempatan ini memohon seribu kemaafan pada kawan-kawan yang rquest resepi tetapi kak Sue masih lagi tidak update dan kongsi disini.
 
  Kak Sue ingin memaklumkan bahawa sejak dua menjak ini kesihatan Kak Sue sedikit terganggu,tak cukup tidur dan badan penat dengan kerja harian yang bertimbun-timbun dating tanpa henti.kak Sue harap dengan penjelasan ini sedikit sebanyak dapat menjawab semua persoalan yang timbul.
 
Kali ini kak Sue nak kongsi satu resepi yang ringkas dan cepat untuk disediakan.Resepi ini Kak Sue buat khas untuk anak Kak Sue Hazreeq yang memang sangat gemar makan telur.Harap menu ini dapat menambah koleksi masakan kawan-kawan semua.
 


TELUR BISTIK

BAHAN2 :
5 biji telur - goreng mata...
6 ulas bawang putih - tumbuk
3 tangkai cili padi - tumbuk
6 helai daun limau purut - koyak 2
1 labu bawang besar mayang
1 tangkai cili merah mayang
1 1/2 cup sos cili
1/2 cup air
2 sb myk jagung
Garam gula secukup rasa

CARANYA :
1. Panaskan minyak dlm kuali,tumis bahan tumbuk hingga wangi dan kekuningan.
2. Masukkan sos cili dan air,biar mendidih seketika.
3. Masukkan daun limau,bawang,cili dan garam gula.gaul mesra dan kuah sedikit pekat.
4. Masukkan sedikit kuah dlm pinggan,masukkan telur ,kuah,telur sehingga selesai.

Selamat mencuba!

Nasi lemak

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 



 



40 Bungkus nasi lemak biasa
Thank you


 

Saturday, February 15, 2014

Durian crepe

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ






Durian crepe
terima kasih

coklat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

\

Coklat lolychoc
theme micky

Oreo coklat
theme princess


Oreo coklat
theme ben10

terima kasih semua



Wednesday, February 5, 2014

potato seafood

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ





2 pack potato seafood
thank you ♡

pretzel

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ





Pretzel almond n strawbery
thank you...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...