Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Thursday, May 16, 2013

Nugget Ayam Keju

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
 Assalamualaikum.....
Selamat pagi semua....

Selamat Hari Guru !!!!

Kau umpama lilin yang menerangi kegelapan....
Semoga usahamu yang murni akan melahirkan......
Insan yang berguna kepada.....
Agama,
Bangsa dan Negara

Seperti biasa setiap hari shada akan membuat 2 sarapan satu untuk makan dirumah dan satu lagi tuppow untuk hazreeq kesekolah.Pagi ni shada tuppow nugget ayam yang dibuat sendiri.
Shada seorang yang tidak suka membeli makanan segera yang dijual,bukan tidak membelinya lansung tetapi jarang shada membelinya.

Shada lebih rela bersusah payah membuatnya sendiri dari membeli yang ada dipasaran.Bagi shada sesuatu makanan itu lebih terjamin kandungan bahan yang halal apabila kita membuatnya sendiri.
Kita juga boleh membuatnya mengikut selera keluarga dan sedikit sebanyak ia lebih bermakna buat keluarga.

Ingat pagi ni nak goreng mee utk tuppow hazreeq,tapi...semalam dia dah pesan nak bawa nugget ayam.Bagi tidak menghampakan si kecik tu...petang semalam shada sudah siapkan bahan-bahan dan perap untuk digoreng pagi ni..


NUGGET AYAM KEJU

BAHAN2 :

3 Ketul isi ayam - potong kecil
1/2 Cawan serbuk roti
1/2 Sudu kecil garam
1/2 Sudu kecil parsli kering
2 Sudu besar butter
4 Sudu besar dadih asli
3 Sudu besar keju parut
1 Sudu kecil serbuk lada sulah

CARANYA :

1 - Gaulkan serbuk roti,lada sulah,garam,parsli,butter,dadih dan keju parut hingga rata
2 - Masukkan ayam dlm ramuan tadi dan golekkan ayam supaya disaluti dengan semua bahan
3 - Dinginkan selama 30Minit.Panaskan aven dan bakar nugget ayam suhu 180'c selama 30Minit / masak
4 - Sejukkan dan masukkan kedalam bekas.

Wednesday, May 15, 2013

Cheezy Layer

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Assalamualaikum.....
Selamat petang semua......
 
Apa khabar kawan2 semua...shada doakan semoga kalian berada dalam sihat walafiat hendaknya.Emmm resepi apa pula ya... kali ini hendak dicatatkan.Rasanya ramai kawan-kawan yang menunggu sesuatu yang baru dan lain dari yang lain,yang biasa shada tampilkan.
 
Kali ini shada membuat sejenis pencuci mulut yang sangat sedap,mudah dan simple sahaja pembuatannya.Harap resepi ini dapat memenuhi citarasa kawan-kawan semua....
 
CHEEZY LAYER
 
BAHAN2 :
 
500g Cream cheese
250g Susu pekat manis
1/2 Cawan non dry whipping cream - Putar hingga bertanduk,ketepikan
2 Paket biskut Tiger - Biasa & coklat pecah2kan
Susu segar secukupnya
Blueberry filling & serbuk koko
 
CARANYA :
  1. Pukul cream cheese dan susu pekat manis hingga sebati.Kaup balik dengan non dry w.cream hingga sebati.Masukkan dlm piping back
  2. Pipe cream cheese dasar bekas,tabur serbuk koko,celup biskut dlm susu segar,susun separuh bekas
  3. Pipekan cream cheese menutupi biskut,buatlah lapisan cream cheese,serbuk koko,biskut,cream cheese,sebuk koko,biskut cream cheese sampai habis memenuhi bekas.
  4. Akhir sekali letakkan blueberry filling atasnya,lorekkan dengan coktail stick.
  5. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan
 
 
 
 
 

Cube rainbow kek

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
 
Cube rainbow kek
Thanks order...:-
 

Kek pisang gebu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
Assalamualaikum........
Selamat pagi n sala sejahtera buat semua.....
 
Syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meneruskan tugasan harian seperti biasa.Tugasan pagi ni semua dah siap dan hanya menunggu giliran untuk memasak makan tengah hari.
 
Awal pagi shada sudah siapkan tempahan pelanggan bagi tidak terganggu tugasan harian shada sebelah pagi.Tempahan pagi ni pavlova,jelly kelapa,kek kukus coklat moist cream cheese dan crunchy penuts.Insyaallah....nanti shada akan update resepi utk menu diatas pada catatan akan datang,tunggu deh....jangan dok tunggu....hehehe
 
Oklah...resepi kali ini kek pisang gebu.Sebenarnya sudah lama shada nak tulis entry ni tapi...asyik tertunda jah,hope pada kawan2 yg rquest resepi ni mohon maaf banyak-banyak kerana baru hari ni shada dapat update.Jom layan resepi.....
 
KEK PISANG GEBU
 
BAHAN2 :
 
150g Pisang - Dilenyek
200g Tepung gandum - Diayak
160g Gula kastor
3 Biji telur
120ml Minyak jagung
1sb Ovellet
1sk Soda bikarbonat
1sk Serbuk penaik
 
CARANYA :
 
  1. Panaskan oven pada suhu 170'c selama 15minit sebelum digunakan.
  2. Guna loyang 8'inc sapu butter dan alas dengan baking paper.
  3. Satukan semua bahan dan pukul hingga kembang dan pekat.Bakar selama 45mnt hingga 1jam bergantung pada kepanasan oven.




 

Monday, May 13, 2013

Kepak Ayam madu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
Assalamualaikum....
Selamat malam kawan-kawan semua....
 
Dah tentu tertanya-tanya....apalaaa yang hendak dikongsikan oleh shada malam-malam gini.Confius jugak malam-malam ada feel untuk kongsi resepi hehehe....
 
Tentu ramai yang familiar dengan kepak ayam madu,terutamanya kanak-kanak memang merupakan salah satu m kegemaran mereka.Emmm kalau shada bukan setakat anak saja yang suka abie dan umie pun bukan main lagi...kalah hazreeq bila dapat makan kepak ayam madu.
 
Kebiasaannya shada akan membeli kepak ayam madu di pasar malam sahaja kerana di sekitar putrajaya sememangnya tiada yang menjual kepak ayam madu kalau tidak di pasar malam.Setiap hari selasa dan jumaat kami sekeluarga pasti berkunjung ke tapak pasar malam untuk mencari makanan kegemaran.
 
Kadang-kadang terfkir jugak...asyik beli jah bila lagi nak buat sendiri kan ???
Lagipun shada sudah malas untuk pergi ke pasar malam dengan cuaca yang panas sekarang dan pegi hanya semata-mata hendak membeli kepak ayam madu...Buang karen ajea  kan...baik buat sendiri
 
Emmm mula2 buat tak berapa sedap dan terlebih garam laaa....garing laaa dan macam-macam lagi.Akirnya...menjadi dan memenuhi citarasa kami sekeluarga.Resepi ni shada buat pandai2 sendri tanpa merujuk mana2 buku dan resepi.Hope menu ini memenuhi citarasa kawan-kawan jugak....Amin
 
 
KEPAK AYAM MADU
 
BAHAN2 :
 
12ketul Kepak ayam(paha) - Basuh toskan
2sb Serbuk lada hitam
2sb Serbuk cili
2sb Sos tiram
5sb Madu
1sk Serbuk lada putih
1sk Minyak bijan
Garam gula secukup rasa
 
CARANYA :
  1. Gaulkan semua bahan diatas bersama ayam dan biar selama 5jam atau lebih baik semalaman.
  2. Panggang kepak ayam atas dry pan yang dilengser dengan butter atau bakar dalam oven suhu 180'c selama 8-10 mnt / sehingga kepak ayam masak.
 

Vanilla cupcakes

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
 
 

Vanilla cupcakes + Butter cream + coklat rice
Tima kasih order...)

Coklat moist cupcakes

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
 

Cc coklat moist + Butter cream + Fresh strawbery
Thanks order.....

Cc coklat moist + Ganache + Fresh strawbery
Thanks order...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...