بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum....
Selamat pagi dan salam ukhwah buat semua.....
Shada ingin berkongsi persiapan menyediakan barangan keperluan sangat mengujakan.
Pada bakal ibu buat pertama kalinya sudah tentu agak sukar dalam persiapan kelengkapan baby
tak pasti apa yang perlu dan tidak perlu.Apa yang shada perkatakan adalah pengalaman shada sendiri ketika pertama kali bergelar ibu.
Shada ingin berkongsi sedikit tips dan senarai yang shada praktikkan semasa pertama kali menjadi ibu.
Shada harap sedikit sebanyak dapat membantu kawan-kawan yang bakal menjadi ibu.
PAKAIAN BAYI :
Mulakan dengan membeli pakaian asas dan beli pakaian lainnya setelah bayi mula membesar.
kerana bayi cepat membesar,shada sarankan membeli pakaian bayi yang bersaiz 6 bulan ketas.
Bukannya tidak boleh utk membeli pakaian 3 bulan atau new born,seeloknya kita beli sedikit berbanding yang bersaiz 6 bulan keatas.Shada dulu byk membazir kerana anak shada cepat membesar.
Senarai pakaian seperti sarung tangan,sarung kaki,baju lengan panjang,seluar panjang,baju lengan pendek,seluar pendek,rompers dan topi.
No comments :
Post a Comment