Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart
Showing posts with label Pastry. Show all posts
Showing posts with label Pastry. Show all posts

Saturday, August 24, 2013

Blueberry cheese tart

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
Assalamualaikum....
 
Selamat pagi.....
Alhamdulillah haini dapat shada mencoret sepatah dua kata kat blog yang dah lama penuh dengan srang labah-labah hahaha...terlebih dahulu shada mohon seribu kemaafan kerana blog ni asyik on n off sahaja.Nak kata sibuk sangat pun tidak...cuma shada yang serba kekurangan.Hope dengan resepi dibawah ini dapat mengubat dan menghiburkan kawan semua.
 
 
BLUEBERRY CHEESE TART
 
BAHAN SHELL TART :
 
170gm Butter
50gm gula aising
1 biji telur A
290gm Tepung gandum
1 sk Esen vanilla
Acuan tart
 
CARANYA :
 
1. Pukul butter dan gula dengan senduk kayu / spatula. Jangan lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
3. Uli hingga menjadi doh yang lembut,masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
5. Crust atau shell ni boleh disediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese. 
6. Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas.
7.Masukkan filling dalam piping bag dan letakkan ia dalam shell tadi.
Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap Cheese tat kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan  pula bahan2 tuk membuat cheese dia pula.
 
BAHAN2 CHEESE :
 
250gm Cream cheese
50gm Gula kastor
1 biji telur A
½ sk Esen vanilla / esen lemon
 
CARANYA :

1. Keluarkan cream cheese selama 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.
4. Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.
5. Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna.
6. Proses melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.
A) Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
B) Bilangan garis2 kecil ikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
C) Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.
D) Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

*Bakar api atas bawah tapi letak dekat rak bawah.






Thursday, August 22, 2013

Mini pizza

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
 

Potato cheese

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 



POTATO CHEESE
BAHAN2 :
4 ketul potato - cuci dan rebus...
1 cwn daging cincang
8 ulas bawang puting - cincang
1 labu bawang besar - cincang
2 tangkai cili merah - mayang
6 biji cendawan butang - potong halus
1 cwn sos preego
6 tangkai daun ketumbar - cincang
1 sb serbuk lada hitam
Garam gula secukupnya
2 sb minyak jagung
4 keping cheese chedar
Parutan cheese secukupnya

CARANYA :
1. Panaskan oven 180'c selama 15 minit
2. Buang kulit ubi dan korek isinya separuh macam bentuk bakul.ambik 3sb isi potato dan gaul bersama daging.
3. Ambil 1 potato Sudukan inti,tabur daun ketumbar,letak 1keping cheese n parutan cheese.buat hingga habis
4. Bakar 15mnt atau hingga cheese mencair.

Selamat mencuba !

Friday, May 17, 2013

Wantan goreng mayonis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
WANTAN GORENG MAYONIS

BAHAN KULIT :

100 Gm tepung gandum
1 Sudu makan tepung jagung
1/2 Sudu teh serbuk penaik
15 Gm butter
1 Biji kuning telur
1/2 Sudu teh garam
50 Ml air panas
Minyak untuk menggoreng

BAHAN INTI :

200 Gm udang tanpa kulit - Cincang kasar
1 Ulas bawang putih - Cincang halus
1/2 Sudu makan daun ketumbar - Cincang halus
1/2 Sudu makan sos ikan
1/2 Sudu teh minyak bijan
1/2 Sudu teh garam dan gula pasir
Sedikit serbuk lada sulah
1 Sudu makan tepung jagung
1 Biji telur putih

CARANYA :

1 - Satukan bahan inti dan kacau rata,Biar selama 15 Mnt dalam peti sejuk.
2 - Satukan bahan kulit dan biar berbutir,masukkan air panas uli sampai jadi doh dan licin.Sejukkan 15Mnt
3 - Canaikan doh tadi agak nipis dan licin sambil ditabur tepung jagung dan potong dadu.
4 - Ambil sekeping adunan kulit,intikan,lipat dua,Temukan bahagian tepi kiri dan kanan kearah belakang.Lekatkan dengan air.
5 - Goreng dlm minyak yg dipanaskan dgn api sederhana sehingga masak dan kering.

Epal n pic crumble

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
EPAL N PIC CRUMBLE

BAHAN LAPISAN BAWAH :

4 Biji epal hijau - Potong wedges
4 Biji pic segar - Potong wedges
4 Sudu besar tepung gandum
1/2 Cawan kismis
1/4 Cawan gula kastor

BAHAN TOPPING :

1 Cawan kacang brazil
1 Cawan kacang macadamia
1/2 Cawan gula perang
1 Cawan tepung gandum
100 Gm butter sejuk
Secubit garam

CARANYA :

1 - Satukan dlm mangkuk besar semua bahan lapisan bawah dan gaul hingga sebati
2 - Sapu sedikit butter pada bekas pembakar dan masukkan semua bahan yg digaul sebati tadi.
3 - Dalam bekas berasingan satukan semua bahan topping dan gaul sebati dan macam serbuk roti
4 - Tabur rata diatas campuran buah-buahan tadi hingga tutup semua bahagian
5 - Bakar dalam ketuhar pada suhu 180'C selama 35-40 minit.Sedia dinikmati bersama aiskrim

Cream puff

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
CREAM PUFF

BAHAN2 :

1 Cawan air / 250Ml
½ Cawan tepung halus (superfine)/75Gm
½ Cawan tepung gandum biasa (serbaguna)/75Gm
½ Cawan marjerin/100Gm
3 Biji telur
1 Sudu besar gula


CARANYA :

1 - Panaskan oven pada suhu 220'C.Satukan marjerin dan air dalam periuk. Panaskan sehingga marjerin cair.
2 - Mula mendidih, terus masukkan tepung. Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. Biarkan adunan betul-betul sejuk.
3 - Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya.
4 - Gunakan beg paip dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin.
5 - Renjiskan di atas pastry yang telah dipaip dengan sedikit air.
6 - Masukkan dalam oven selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu pada 190'C bakar selama 15 minit atau sehingga keperangan
7 - Selepas dibakar. Buatlah lubang dibawah atau belah dua secara melintang dan paipkan dengan krim pastri atau sebarang krim yang anda suka dan salutkan atas dengan coklat cair atau ayakkan dengan sedikit gula icing..


CREAM PASTRY


BAHAN2 :

2 Cawan susu UHT / 500ml
½ Cawan gula / 100gm
1 Biji kuning telur
1 Biji telur
4 ½ Sudu tepung jagung / 30gm
3 Sudu tepung kastard / 20gm
1 Sudu kecil esen vanilla

CARANYA :

1 - Campurkan semua bahan dan masak di atas api sehingga likat.

Tuesday, January 4, 2011

Tart telur

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

TART TELUR

BAHAN KULIT :
 
500Gm tepung gandum
1½ Cawan majerin
1 Sudu besar lemak sayur/shortening/mentega
2 ½ Sudu besar gula
1 Biji telur
 
BAHAN KASTAD :
 
1 Cawan susu cair
4 Biji telur
1 Cawan gula kaster
1 Cawan susu UHT
1 Sudu besar tepung kastad
½ Sudu kecil vanilla
Sedikit pewarna kuning
 
CARANYA :
 
1 - Kulit : Gaulkan semua bahan kulit pastri kecuali telur sehingga menjadi saperti serbuk roti.Pukul telur dalam mangkuk dan masukkan telur sedikit sedikit sambil gaul rata.
 - Padatkan kulit tat di dalam dulang acuan tart yang sudah digriskan lebih kurang 0.5cm. Cucukkan dgn garfu.
 - Bakar selama 8 minit pada suhu 180 darjah C.Jika ada gelembung keluarkan n tekannya semasa panas dengan sudu.Kemudian tuangkan adunan kastad telur ke dalam kulit tart.
 - Bakar semula 7 minit sehingga kastard mengeras.. Sejukkan dan hidangkan.
2 - Kastad : Campurkan semua bahan dan kacau sehingga sebati.Tuangkan ke atas kulit tat yg telah dibakar separuh masak.
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...