Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart
Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Thursday, April 10, 2014

kuih koci

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
Selamat pagi and apa khabar semua.....
 
Hari isnin sudah....cepat masa berlalu,cuti hujung minggu rasa macam tidak cukup untuk meluangkan masa bersama.Walaupun ada masa 2 hari tetapi tidak sempat untuk mengupdate blog.Banyak masa dihabiskan diluar untuk membeli barang-barang dapur dan keperluan.
 
Alhamdulillah
walaupun penat berjalan semua tugas yang harus dibuat dapat diselesaikan.kadang-kadang rasa malas sangat nak buat kerja tapi apakan daya tugas seorang suri meme tak pernah habis,ada saja kerja yang perlu dilakukan.Haini sempat membuat kuih koci pulut hitam untuk sarapan pagi tadi.Lama dah sebenarnya tidak buat kuih koci ni....kakau tak silap last Kak Sue buat 15 tahun yang lalu hahaha lama kan ??.
  Kak Sue suka makan kuih koci tapi agak malas hendak membuatnya,bukan setakat kuih koci semua kuih-muih yang dimasak secara kukus meme malas nak buat hehehe...
Tapi kalau nak makan Kak Sue buat jugak walaupun malas.Jom kita layan resepinya...
 
 
 
KUIH KOCI
 
BAHAN DOH :
 
250gm tepung pulut
1/2 cwn tepung pulut hitam
1 1/2 cwn air
 
BAHAN INTI :
 
1 biji kelapa parut putih
1 keping nise/gula melaka
1 cwn gula
2 helai daun pandan disimpul
1/2 cwn air
 
BAHAN2 LAIN :

Daun pisang secukupnya
dibersih n layur.potong 5×5 inc
Minyak secukupnya
1 cwn pati santan + secubit garam
 
CARANYA :
 
1. Cara membuat inti : Masukkan nise,gula dan air.masak sampai cair dan tapis.
2. Masukkan dalam kuali air gula tadi,daun pandan dan kelapa parut.masak hingga kering sedikit.ketepikan.
3.Cara membuat doh : Satukan tepung pulut,tepung pulut hitam dan air.Gaul hingga jadi doh dan tidak lekat ditangan.
4. Ambik sekeping daun pisang,sapu minyak sedikit,sudukan sejemput doh dan leperkan.letak 1 sudu kecil inti kelapa dan tutup dgn doh.bulat2kan,letak 1sudu kecil santan pekat,lipat macam biasa.
Selamat Mencuba !
 
 

Wednesday, November 27, 2013

Popia sayur bercili

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Selamat malam semua.....
 
Apa khabar ? Ks harap semua berada dalam keadaan sihat walafiat.Alhadulillah Ks pun sihat walaupun keletihan.Sekarang ini Ks rasa begitu bersemangat hendak berkongsi resepi setelah banyak kali Ks menghampakan kawan-kawan yang selalu sms Ks minta resepi.Ks mohon maaf diatas kedhaifan diri.
 
Alhamdulillah dan terima kasih pada kawan-kawan kerana memahami keadaan Ks sebagai suri harum.Keadaan inilah yang sentiasa memberi semangat dan kekuatan pada Ks untuk terus berblog.
Walaupun tidak ramai folowers Ks tetap bersyukur kerana sentiasa ada kawan-kawan yang meminta pendapat dan resepi dari Ks setiap kali update foto-foto masakan .
 
Kali ini Ks nok kongsi satu resepi kuih kegemaran hazreeq.kuih ni sangat sesuai dibuat hidangan minum petang.Tetapi ada juga yang makan diwaktu pagi dan malam.Tambah-tambah pula sekarang musim hujan,memang sesuai sangat dihidangkan.Jom kita layan resepinya...
 
 
POPIA SAYUR BERCILI
 
BAHAN2 :

20 keping kulit popia kecil...
1 sb tepung gandum - bancuh dgn sedikit air biar pekat
20 ekor udang - buang kulit n cincang
Garam gula secukup rasa
1 sb sos tiram
3 ulas bawang putih - tumbuk
4 biji b.merah - tumbuk
3 tangkai cili padi - tumbuk

BAHAN HIRIS :
 
2 cwn taugeh xpotong
2 tangkai kacang panjang
1/2 buku kubis
1 batang carrot
1 labu bawang besar
1 tangkai cili merah

BAHAN SOS :
 
5 tangkai cili kering - mesin
3 ulang bawang putih - mesin
3 biji b.merah - mesin
1 keping nise n sedikit garam
1 sk kicap manis
4 tangkai daun sup - mayang
1/2 cup kacang tumbuk

CARANYA :

1. Mulanya buat inti : Tumis bhn tumbuk hingga wangi,masukkan udang dan semua bahan hiris,kacau sebati.masukkan taugeh,garam gula dan sos tiram.gaul mesra angkat n toskan.ketepikan
2.kedua bahan sos : tumis bahan mesin hingga pecah minyak,masuk nise,garam n kicap .kacau mesra dan pekat.tutup api dan ketepikan
3.Ambik satu keping kulit popia,sudukan inti,gulung dan dihujung letak sedikit bancuhan tepung tadi.Buat sehingga habis
4.Panaskan minyak dan goreng kuning keemasan,toskan
5.sebelum dihidangkan salut popia dgn sos serta taburkan kacang tumbuk dan hirisan daun sup.

Selamat mencuba

Kuih lapis roses

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
Salam ukhwah buat semua....
Semalam sarapan pagi bua kuih lapis tapi baru haini dapat update resepi
Kuih ni resepinya dari mama Ks sendiri,lama dah nok buat tapi resepinya ingat-ingat lupa,nasib baik ada catat masa mama buatkan balik raya haitu.
 
Kuih lapis meme febret kami sekeluarga,buat satu loyang meme cukup 3orang makan.Nok bagi kat jiran tetangga pun sempat hehehe.....Biasanya kalau nok bagi kat jiran Ks kena buat lebih kalau tidak asyik dengar ngomel dari Hazreeq sebab tak puas makan kuih lapis.Buat hari-hari pun tak pa dia meme suka.
 
 
KUIH LAPIS ROSES
 
BAHAN2 :
 
1 cwn tepung gandum
1 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung ubi
1 cwn gula kastor
1 cwn santan pekat
3 cwn air
Secubit garam
2 sk roses emulco
 
CARANYA :
 
1. Satukan 3 jenis tepung ayak mixkan dengan garam gula,air dan santan pekat.Gaul semua bahan hingga sekata & tapis.bahagi pada 2 bahagian.
2. Satu bahagian biarkan plain dan satu lagi masukk roses emulco,kacau sebati ketepikan.
3. Panaskan kukusan,tudung dibalut dan sapukan sedikit myk pada loyang dan dialas plastik & sapu myk 4. Tuang adunan putih dlm loyang dan kukus selama 10 minit,tuang adunan roses kukus 10mnt dan buat hingga menjadi 6 lapisan atU mengikut kreativiti masing2.
5. Lapisan terakhir dikukus selama 20minit.sejukkan baru boleh dipotong dgn menggunakan pisau plastik
 
Selamat mencuba ♥

Kuih Talam Keladi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
Selamat petang dan selamat beristirehat...
Akhirnya sampai sudah kt rumah setelah 2hari di sabak bernam,walaupun selalu pergi kesana tetap best dapat beli seafood segar hehehe....
 
Baru balik badan penat minda penat tapi tetap kena masuk dapur untuk isi perut yang kelaparan.
Petang ni mood baik sangat-sangat nok buat kuih bila time hujan begini.ingat nok buat bbq tapi teringin pulak nok makan kuih.
 
Duk godet-godet barang kat dapur jumpalah tepung,santan,ubi kentang,sardine dan sebagainya.
emmmm tunggu apa lagi buatlah apa yang patut sebelum tarikh luput bertandang hahaha...
 
 
TALAM KELADI
 
BAHAN LAPISAN BAWAH :
 
300gm keladi - Buang kulit ,basuh dgn air garam
potong kiub n kukus 10mnt
220gm tepung beras
40gm tepung ubi
1 1/2 sk garam
5 sb gula
700ml air
 
CARANYA :
 
1. Panaskan kukusan dan sapu butter pada Loyang ,alas plastic dan sapu butter skali lagi.keteikan
2. Bancuh semua bahan kecuali keladi hingga rata dan sebati.Tapiskan kedalam periuk dan masak hingga naik wap barulah masukkan keladi
3. Kacau seketika dan tuang dalam Loyang.Kukus 25 mnt.
 
BAHAN LAPISAN ATAS :
 
160gm tepung gandum
250gm gula kastor
4 biji telur A
250ml santan
500ml air
 
CARANYA :
 
1. bancuh semua bahan diatas dan tapiskan kedalam periuk.Masak hingga berwap.
2. Tuangkan atas lapisan bawah tadi dan kukus selama 30mnt.
3. Bila dah masak buka tudung dan biarka seketika supaya air diatasnya kering.
4.Angkat dan sejukkan sebelum dipotong dengan pisau plastic
 
Selamat mencuba !
 

Saturday, August 24, 2013

Onde-onde

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 Assalamualaikum....
Salam ukhwah buat semua ....

Alhamdulillah....
Haini dapat kongsi satu resepi kuih-muih yang cukup sinonim dengan bulan puasa.
Onde-onde sangat terkenal di negeri cik siti wan kembang pada musim bulan ramadhan.
Bak kata pepatah kalau xdok kuih onde-onde maka xlengkaplah bebuka pada haitu...

Di klate kuih onde-onde ini agak unik berbanding di tempat lain kerana kebiasaanya orang menggunakan gula melaka sebagai intinya,tetapi... di klate intinya dibuat dari nise,rasanya lebih sedap dan kurang manisnya.Bagi penggemar kuih ini sudah pasti dapat membezakan rasa kedua2nya.

ONDE-ONDE

BAHAN :

1 cawan tepung pulut
2 sb tepung beras
5 helai daun pandan - Ambil airnya
Nise secukupnya - di potong kiub kecil
Kelapa parut (gaulkan dengan garam halus secukup rasa)
Sedikit pewarna hijau

  CARANYA :

  1. Didihkan air 3/4 penuh dalam periuk.
  2. Kisar daun pandan bersama sedikit air dan tapis. campurkan sedikit pewarna hijau dan tuang air sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung pulut dan tepung beras sehingga menjadi adunan yang boleh digentel.
  3. Ambil sedikit adunan, leperkan atas tapak tangan dan letakkan nise sebagai inti. Tutup rapat dan bentukkan bulat.
  4. Rebus dalam air mendidih sehingga onde-onde timbul. Angkat dan toskan.
  5. Salut buah melaka dengan kelapa parut, gaul rata dan hidangkan.
 
 

Thursday, August 22, 2013

Wednesday, August 21, 2013

Saturday, May 18, 2013

Sata

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
 
 
SATA

BAHAN2 :
1 Biji kelapa parut
10 Ekor ikan kembung - Rebus,ambil isinya
1 Cm halia - Tumbuk lumat
12 Biji bawang merah - Tumbuk lumat
2 Biji cili merah - Mayang
Daun pisang - untuk kelongsong
CARANYA :
1 - Tumbuk lumat isi ikan bersama kelapa parut
2 - Masukkan semua bahan tumbuk dan hirisan cili merah.Gaul rata
3 - Bentukkan daun pisang menjadi kelongsong dan masukkan isi tadi.
4 - Kemaskan kelongsong dan bakar dengan api bara sederhana masak.

Dodol

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
DODOL

BAHAN2 :

1600 Gm tepung pulut
500 Ml santan cair
1 1/2 Liter santan pekat
3 Kg Gula melaka
3 Kg Gula pasir
6 Helai daun pandan

CARANYA :

1 - Bancuh tepung pulut bersama santan cair dan ketepikan
2 - Masak santan dan daun pandan hingga pecah minyak.
3 - Masukkan gula melaka dan gula pasir,kacau hingga pekat/likat.
4 - Masukkan tepung pulut yang telah dibancuh tadi,kecilkan api dan kacau hingga pekat
5 - Bila sudah pekat dan kenyal bolehla diangkat.

Buah tanjung

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
BUAH TANJUNG

BAHAN A :

10 Biji telur - Merah sahaja dan dipukul hingga kembang
50 Gm tepung beras

BAHAN B :

5 Kg gula
2 Liter air
Daun pandan secukupnya

CARANYA :

1 - Pukul telur hingga kembang,masukkan tepung beras.Buat jemput2 kecil dan ketepikan
2 - Didihkan air bersama daun pandan dlm periuk.
3 - Masukkan gula dan kacau hingga air gula menjadi pekat.
4 - Masukkan jemput2 tadi,masak hingga 5 minit dan boleh diangkat.

Lempeng pisang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
LEMPENG PISANG

BAHAN2 :

200 Gm tepung gandum
250 Ml susu segar
150 Ml air
5 Biji pisang yang masak - Dilenyek halus
3 Biji telur
2 Sudu makan minyak
1/2 Sudu makan gula kastor
Saram secukup rasa

CARANYA :

1 - Pukul telur bersama susu segar,gula kastor dan garam hingga sebati
2 - Masukkan air dan tepung kacau sebati.Masukkan sedikit minyak dan kacau
3 - Panaskan kuali dan leperkan adunan.Masak hingga kekuningan
4 - Masukkan secupnya pisang tadi dan dilipat dua,biar seketika dan angkat.

Kuih talam pulut

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
KUIH TALAM PULUT

BAHAN A :

180 Gm gula merah
100 Gm tepung gandum
Gula pasir secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN B :

600 Gm beras pulut - Rendam semalaman
1 1/2 Cawan santan
Garam secukup rasa

CARANYA :

1 - Kukus pulut hingga masak dan gaul dengan santan,gula hingga sebati.kukus lagi 15mnt
2 - Angkat dan masukkan dlm loyang,tekan dan mampankan hingga padat.Ketepikan
3 - Bancuh bahan A dengan kepekatan seperti membuat adunan tepung untuk pisang goreng.
4 - Tuang adunan tersebut keatas adunan pulut tadi.Kukus 20-30Mnt dengan api sederhana.

Koci pulut hitam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
 
KOCI PULUT HITAM

BAHAN INTI :

50 Gm Nise / Gula merah
50 Gm Gula pasir
2 Helai daun pandan
50 Ml air / Secukupnya
1/2 Biji kelapa parut

BAHAN DOH :

200 Gm tepung pulut
50 Gm tepung pulut hitam
1 Biji kelapa - Ambil santan
Secubit garam
Rm 2 Daun pisang / Secukupnya

BAHAN SANTAN :

140 Gm santan pekat
2 Sudu makan tepung jagung
Secubit garam

CARANYA :

1 - Inti kacau nise,daun pandan dan gula putih bersama air hingga larut dgn api perlahan.
2 - Bila agak pekat masukkan tepung,kelapa parut dan gaul hingga agak kering ketepikan.
3 - Doh gaul tepung pulut,tepung pulut hitam dan garam.Masukkan santan sedikit demi sedikit dan ulu hingga jadi doh.Ketepikan
4 - Satukan bahan santan kacau sebati dan ketepikan.
5 - Ambil doh dan leperkan atas daun pisang dan isikan dgn inti kelapa dan sudukan bahan santan bungkus kemas.
6 - Kukus selama 25-30 mnt / hingga masak.

Pulut panggang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
PULUT PANGGANG

BAHAN2 :

200 Gm beras pulut - Rendam semalaman
300 Ml air / Secukupnya
Secubit garam
Rm 2 Daun pisang

BAHAN INTI :

4 Biji bawang merah - Kisar halus
1 Batang serai - Kisar halus
1 Sedu teh ketumbar - Kisar halus
1 Sudu teh udang kering - Kisar halus
1 Sudu teh jintan manis - Kisar halus
1 Sudu teh serbuk cili
1/2 Biji kelapa parut yang putih
Secubit garam

CARANYA :

1 - Tumis bahan kisar dan masukkan serbuk cili serta garam,goreng hingga garing.
2 - Masukkan kelapa parut gaul rata.Masak hingga sedikit kering dan ketepikan.
3 - Tanak pulut hingga masak dan ketepikan.
4 - Sudukan diatas daun pisang dan isikan inti didalamnya.
5 - Gulung dan ketip dihujung kiri dan kanan.Dibakar hingga kekuningan dan sedikit hitam.

Pulut santan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
PULUT SANTAN

BAHAN A :

250 Gm beras pulut
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN B :

1 Biji kelapa - Ambil santan
50 Gm gula putih
Sedikit garam

CARANYA :

1 - Tanak pulut dgn air sehingga masak dan ketepikan.
2 - Satukan adunan B dan panaskan seketika atas api perlahan hingga sebati.
3 - Sedia dihidang dengan pulut tadi.

Kuih bom

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
KUIH BOM

BAHAN KULIT :

800 Gm tepung pulut
Air secukupnya
100 Gm bijan

BAHAN INTI :

100 Gm Nise/Gula merah
1/2 Biji kelapa parut
1/2 Cawan air
Gula pasir secukup rasa

CARANYA :

1 - Membuat inti satukan nise,gula pasir dan air hingga mendidih dan sebati
2 - Masukkan kelapa parut dan masak sehingga adunan kering dan ketepikan.
3 - Adunan kuih membancuh tepung pulut dengan air.Uli sampai menjadi doh
4 - Buat bulat2 kecil dan masukkan inti didalamnya sertagolekkan atas bijan
5 - Goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan.

Lompat tikam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
LOMPAT TIKAM

BHN LAPISAN HIJAU :
2 Cwn tepung beras
6 Cwn air
3 Helai daun pandan - Ambil airnya
Sedikit garam

BHN SANTAN :

2 Cwn santan
1 Sudu besar tepung gandum
Sedikit garam

BAHAN KUAH :
5 keping nise/gula merah dicairkan

PULUT WARNA MERAH DITANAK/DIKUKUS

CARANYA :
1 - Bancuh dan gaul semua bahan lapisan hijau hingga pekat dan sejukkan dalam loyang.
2 - Bancuh dan masak semua bahan santan hingga pekat dan lapis atas hijau sejukkan.
3 - Bolehlah dihidangkan bersam air nise dan pulut.

Koleh kacang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
KOLEH KACANG

BAHAN2 :

120 Gm tepung kacang hijau
480 Gm gula merah
1 Liter santan pekat
1 Helai daun pandan
500 Ml air

CARANYA :

1 - Masak gula merah bersama air hingga mendidih dan sejukkan.
2 - Bancuh tepung kacang hijau dengan air gula merah tadi dan gaul rata.
3 - Masukkan santan sedikit demi sedikit dan kacau atas api sederhana hingga pekat.(Mcm Dodol)
4 - Sapukan sedikit minyak pada loyang dan tuangkan adunan yg sudah masak.
5 - Sejukkan dan sedia dinikmati

Kuih ketayap

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
 
KUIH KETAYAP

BAHAN LEMPENG KETAYAP :

300Gm tepung gandum
Air pandan secukupnya
1 Sudu kecil tepung jagung
1 Biji telur
1 sudu kecil garam
1 Sudu besar minyak jagung
Sedikit minyak

BAHAN INTI :

Air secukupnya
300Gm kelapa parut
150Gm gula merah
70Gm gula pasir
1 Kuntum bunga cengkih
1 Sudu besar tepung jagung - Bancuh dgn sedikit air

CARA MEMBUAT INTI :

1 - Masak gula merah,gula dan air hingga larut.Masukkan kelapa kacau rata
2 - Masukkan bunga cengkih dan tepung jagung yg dibancuh tadi.Masak hingga pekat dan berkilat ketepikan

CARA MEMBUAT KULITNYA :

1 - Campurkan semua bahan kulit dan kacau hingga tidak berketul dan sebati
2 - Ambil satu senduk masukkan dlm kuali angkat dan hayunkan secara membulat hingga adunan membentuk seperti yang dikehendaki
3 - Sebaik siap angkat dan sudukan inti n gulung segera dgn kemas sebelum ia sejuk.Lakukan hingga habis

Kuih bakar

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
 
 
KUIH BAKAR

BAHAN2 :

10 helai daun pandan
7 Cawan santan
6 Biji telur
3 Cawan tepung gandum
1 Cawan gula
1/2 Cawan butter
Secubit garam

CARANYA :

1 - Pukul telur dan gula hingga kembang.Masukkan santan kacau sebati
2 - masukkan butter dan tepung.Kacau lagi hingga sebati dan ditapis.
3 - Tuang dalam acuan dan dibakar dalam aven 180'c hingga masak.Sedia untuk dinikmati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...