Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart
Showing posts with label Biskut. Show all posts
Showing posts with label Biskut. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

Biskut samprit

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
Assalamualaikum...
Salam ukhwah buat semua....
 
Selamat berpuasa dan selamat menjalankan solat trawih.
Bulan posa kali ini shada tidak dapat menunaikan solat trawih kerana keadaan yang tidak mengizinkan,hanya dapat solat dekat rumah saja.Shada harap tahun hadapan dapat lagi bertemu dengan ramadhan dan insyaallah akan pertingkatkan lagi amalan  dari masa kemasa.
 
Dah tentu ramai duk sibuk buat persiapan hari raya kan..??raya tahun ni shada rasa kurang sesuatu dan tidak semeriah dari tahun sebelumnya...mungkin keadaan shada yang berapa sihat kut sedikit sebanyak memberi kesannya.
 
Namun begitu shada tetap membuat biskut raya , kalau tak buat shada rasa tak meriah dan tidak bersemangat untuk berhari raya.Tak sama beli di kedai dengan buat sendiri...
Bagi shada kalau beli di kedai ia sesuatu yang sangat normal dan tidak rasa macam biskut raya,kalau buat sendiri akan rasa kemeriahan hari raya itu sendiri...

BISKUT SAMPRIT

BAHAN2 :
 
 

Wednesday, July 10, 2013

Oat crunch cookies

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
 
Assalamualaikum...
 
Waktu skarang masih sibuk didapur menyiapkan sample sekut raya.Walaupun raya lambat lagi tapi diluar sana sudah riuh rendah mencari sample sekut raya.
 
Pada tahun ni shada hanya buat 7 jenis sekut raya untuk koleksi kekmanis.walaupun sedikit berbanding dengan penjual lain shada tetap tidak berputus asa kerana shada tidak boleh buat banyak jenis takut nanti tidak dapat siapkan tempahan seperti yang dijanjikan.
 
Salah satunya sekut oat crunch.Alhamdulillah biskut ini mendapat sambutan hangat walaupun pertama kali shada perkenalkan.hampir setiap tempahan pembeli sample sekut raya mesti terselit order untuk sekut oat crunch ini.Shada harap sekut ini menjadi salah satu kegemaran kawan-kawan..
 
Selamat Mencuba !
 
 
OAT CRUNCH COOKIES
 
BAHAN2 :
 
100 gm butter
75 gm gula aising
1 biji kuning telur
100 gm tepung gandum
1/2 sk serbuk penaik
75 gm oat
15 gm susu tepung
50 gm koko krunch - diramas2
20 gm kismis kecik
 
 
CARANYA :
 
1. Pukul butter dan gula aising hingga sebati.masukkan kuning telur pukul sebati
2. Masukkan tepung dan serbuk penaik sambik diayak dan dikacau rata.masukkan oat dan susu tepung kacau rata.
3. masukkan koko krunch dan kismis kacau hingga rata
4. Sudukan dlm loyang yang telah dgril dgn butter
5. bakar dengan api bawah pada suhu 150'c selama 35minit atau hingga masak.mengikut kepanasan oven masing2.
 
 
 
 
 

Friday, June 28, 2013

Biskut coklat chip

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
 
Assalamualaikum...
 
Salam pagi jumaat buat semua......
Shada harap semoga kalian berada dalam keadaan baik-baik sahaja....
sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan ceria - ceria selalu.
Alhamdulillah shada masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah SWT,mungkin berkat dari doa rakan semua yang tak pernah putus berdoa untuk shada sekeluarga....Syukur padaNya Yang Maha Esa.

Terlebih dahulu shada ingin merakamkan juataan terima kasih pada kawan-kawan yang tidak putus-putus bertanyakan resepi dan membuat tempahan dengan shada.Tiada perkataan lain yang mampu shada ungkapkan selain rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tak terhingga.

Kali ini shada ingin berkongsi satu jenis cookies yang shada ambik resepi dari kak ita masammanis.haitu ada jualan dikoperasi sekolah adik,jadi adik shada minta buatkan cookies.kebetulan waktu tu..shada tgh membelek-belek blog kak ita utk cari idea nk mendeko kek...terjumpa pula post kak itapasal cookies.apalagi belasah laa kali ni hehehe...lagipun resepi kak ita memang best dan sgt cantik.
Jom kita cuba resepi dari kak ita

BISKUT COKLAT CHIP

BAHAN2 : 

1/2 cwn Tepung gandun 
 1 sk Baking Powder
 1/2 sk Serbuk kopi segera
470 gm Coklat masakan - di cincang
  58gm Mentega 
370gm Gula kastor
4 biji telur size A
1 sk Esen vanilla
3 cwn Coklat chip
 
CARANYA :

1 - Cairkan coklat masakan bersama mentega hingga cair berkilat secara double boiling.
2 - Satukan tepung, baking powder, kopi segera, kemudian di ayak
3 - Dalam bekas pemukul, putar telur dan gula sehingga putih dan pekat selama 5 minit
4 - Masukkan esen vanilla, campuran coklat dan mentega tadi putar rata.Tambahkan adunan tepung yang telah di ayak dan gaul rata
5 - Masukkan coklat chip dan gaul sempurna.Tutup bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais paling kurang 1 jam. Sebaiknya di simpan semalaman.

6 - Panaskan ketuhar pada suhu 180 C selama 15 minit sebelum digunakan.
7 - Sudukan adunan di atas tray yang di alas dengan baking paper.Jarakkan susunan kerana cookies ini mengembang bila di bakar
8 - Bakar dalam oven selama 15 minit, sehingga permukaannya retak- retak atau merekah
Pastikan cookies tidak terlebih bakar
9 - Keluarkan dari oven dan segera tanggalkan dari kertas pembakar
Susun atas redai hingga sejuk sebelum di letakkan dalam balang kedap udara.



Thursday, August 4, 2011

Sunday, July 10, 2011

Cookies'Raya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

COKLAT COOKIES

BAHAN2 :
1 Cawan mentega
3/4 Cawan gula aising
Secubit garam halus
3 Sudu besar susu tepung
3 Cawan tepung gandum
Sedikit coklat emulco
Cip coklat untuk hiasan

CARANYA :
1 - Putar mentega bersama gula hingga kembang.Masukkan garam dan susu tepung, kacau rata.
2 - Masukkan tepung, gaul rata.Bahagikan adunan kepada dua bahagian. 1/3 adunan dibiarkan warna asal manakala 2/3 adunan dicampurkan coklat emulco.
3 - Sediakan piping bag dengan nozel bentuk bentuk bintang yang berbeza saiznya.
4 - Masukkan kedua-dua adunan ke dalam piping bag yang berasingan. (Nozel bintang besar untuk adunan coklat dan bintang kecil untuk adunan warna asal).
5 - Paipkan adunan coklat dahulu, diikuti dengan warna asal di atasnya.
6 - Hias dengan cip coklat dan bakar sehingga masak.

WHITE BADAM COOKIES

BAHAN2 :
250 Gm coklat putih - Dipotong kiub
400 Gm badam - Dihiris memanjang dan dipanggang
Coklat urai - Untuk hiasan
Cawan kertas saiz kecil

CARANYA :
1 - Cairkan coklat putih melalui kaedah 'double boiler'.Padamkan api dan masukkan badam panggang dan gaul hingga rata.
2 - Masukkan sesudu kecil adunan badam ke dalam cawan kertas dan taburkan coklat urai sebagai hiasan.
3 - Dinginkan dalam peti sejuk 3-5 minit atau hingga coklat beku sebelum dimasukkan ke dalam bekas bertutup dan disimpan dalam peti sejuk.

BUTTER COOKIES


BAHAN2 :
190 Gm mentega
100 Gm gula aising
2 Biji telur putih
250 Gm tepung
150 Gm tepung ubi
100 Gm kuaci  bunga matahari
1/2 Sudu kecil tepung kastad
CARANYA :
1 - Pukul mentega dan gula aising sehingga sebati.Masukkan putih telur, tepung, tepung jagung dan kuaci bunga matahari.
2 - Kemudian sejukkan di dalam peti sejuk.Setelah itu, terap mengikut acuan yang digemari.
3 - Letakkan adunan di dalam loyang pembakar dan bakar pada suhu 170oC selama 15 minit.

COKLAT CIP COOKIES

BAHAN2 :
1 Cawan mentega
1 Cawan gula merah
1/2 Cawan gula kastor
 3 Biji telur
1 3/4 Cawan tepung
1 Sudu teh vanila
1 Sudu teh  serbuk penaik
1/4 Cawan cip coklat
CARANYA :
1 -  Pukul mentega bersama gula selama dua minit.Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi sehingga kembang.
2 - Campurkan tepung, serbuk penaik dan garam ke dalam adunan dan kacau lagi sehingga sebati.
3 - Masukkan  cip coklat  dan kacau rata.
4 - Bentukkan bulat-bulat dan susun dalam dulang pembakar dan bakar sehingga masak

Wednesday, May 4, 2011

COOKIES

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

COKLAT OREN COOKIES

BAHAN-BAHAN:
6 Sudu besar mentega
6 Sudu besar gula kastor
1 Biji telur
1 Sudu besar susu
2 Sudu besar serbuk koko

BAHAN HIASAN:
Coklat oren - Cairkan
Coklat  masak - Cairkan

CARANYA :
1 - Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan susu.
2 - Akhir sekali masukkan tepung dan serbuk koko. Kacau sehingga menjadi doh. Canai dan terapkan bulat.
3 - Bakar pada suhu 180oC selama 10 hingga 12 minit. Angkat dan biarkan ia sejuk.
4 - Paipkan coklat oren dan coklat makan  di atas biskut dan biarkan keras.


MASAM MANIS COOKIES

BAHAN2 :
250 Gm mentega
150 Gm gula perang
50 Gm gajus - Mesin
50 Gm asam gambir  - Hancurkan
1 Biji kuning telur
2 Sudu makan madu
200 Gm tepung gandum
BAHAN HIASAN:
Kuning telur
Gajus
CARANYA :
1 - Pukul mentega, gula, telur dan madu hingga sebati.Masukkan gajus, asam gambir  dan tepung gandum, kacau menjadi doh.
2 - Terap mengikut cita rasa dan hiaskan.
3 - Bakar pada suhu 180 0C selama lebih kurang 15 hingga 20 minit.

CENDAWAN COOKIES

BAHAN2 :
125 Gm mentega
60 Gm gula aising
1 Biji kuning telur
30 Gm tepung jagung
20 Gm susu tepung
BAHAN HIASAN:
Coklat putih secukupnya
Gula hiasan
CARANYA :
1 - Pukul mentega, telur dan gula. Masukkan tepung gandum dan uli.
2 - Terap menggunakan bentuk cendawan.Akhir sekali bakar pada suhu sama seperti biskut di atas.
3 - Untuk hiasannya, cairkan coklat putih dan sapu di atas biskut.
4 - Letakkan gula hiasan. Biarkan keras.

MENTEGA KACANG COOKIES

BAHAN-BAHAN:
1/2 Cawan mentega tanpa garam
3/4  Cawan mentega kacang
1 Cawan gula merah
1 Biji telur gred A
1/2 sudu kecil vanila
1 Cawan tepung gandum
3/4 Sudu  soda bikarbonat
Coklat dan coklat urai sebagai hiasan
CARANYA :
1 - Panaskan oven 180'C dan siapkan dulang pembakar.
2 - Krimkan mentega, mentega kacang dan gula. Tambahkan telur dan vanila. Putar dengan kelajuan sederhana. A
3 - Ayak tepung bersama baking soda. Masukkan campuran tepung ke dalam adunan mentega.
4 - Buat bentuk yang disukai. Bakar dan sejukkan.
5 - Cairkan coklat, celupkan sebahagian dari biskut dan taburkan coklat urai di atasnya.  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...