Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart
Showing posts with label Makanan Barat. Show all posts
Showing posts with label Makanan Barat. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

Pasta oreintal wif chicken spicy

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Assalamualaikum wrb
salam sejahtera buat semua....

Alhamdulillah.......
haini ada sedikit ruang untuk shada berkongsi resepi.
masa sekarang amat terhad untuk shada sentiasa mencoret seoatah dua kata di akam naya ni....kerana kesibukan shada memenuhi tempahan dan melaksanakan tugasan seorang suri.

seperti sedia maklum "masa itu emas"kalau kita tak pandai mengisi ruang waktu sepenuhnya....maka kita akan hanyut ditelan oleh detik masa itu sendiri.sebab itulah shada harus melaksanakan tugas seorang suri dulu barulah mengisi ruang yg kosong dengan hobi shada.

shada harap dengan sedikit perkongsian resepi ini dapat mengubat kerinduan terhadap alam maya ini...menu yang simple dan mudah disediakan.


PASTA ORIENTAL WIF SPICY CHICKEN

BAHAN2 :

1/2 Pack pasta - rebus toskan
8 ulas bawang putih - cincang
3 tangkai cili padi merah - hiris
10 biji tomato ceri - belah 2
1/2 biji cili benggala merah - potong kecil
1 biji lemon - jusnya
4 ekor sotong - potong kecil
garam gula secukup rasa
1 sk serbuk lada putih
daun ketumbar secukupnya
2 sb olive oil - utk menumis

CARANYA :

1. Panaskan myk,tumis bawang putih dan cili padi hingga bau harum dan kekuningan.
2. Maukkan sotong dan jus lemon,gaul mesra.masukkan serbuk lada serta garam gula biar seketika.
3.masukkan pasta n gaul sebati dan sekata.
4. Masukkan tomato,cili benggala dan daun ketumbar,gaul sebati n angkat.sedia dihidang bersama ayam spicy....

yummyyy !




Wednesday, August 21, 2013

Monday, May 20, 2013

Salad makaroni

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
SALAD MAKARONI

BAHAN A :
2 Cawan makaroni - Rebus dan digaul butter

BAHAN B :

2 Cawan bunga kubis - Dipotong
6 Batang kangkung - Dipotong 2 cm
2 Cawan sayur campur
1 Cawan udang - Buang kulit,bersihkan dan dicelur
10 Biji kacang buncis - Dikerat 3
6 Biji bebola ayam - Belah dua
3 Keping kek ikan - Didadu
3 Keping sosej - Didadu


BAHAN C :

3 Biji telur rebus - Potong 4
3 Biji kentang - Buang kulit & didadu
1 Biji timun - Bersihkan, belah 2 & dihiris
1 Pokok daun salad - Bersihkan & dipotong 2 cm


BAHAN D :

1 Cawan daging cincang
1 Cawan puri tomato
1/4 Cawan cili kisar
Gula garam secukup rasa
5 Ulas bawang merah - Tumbuk
2 Ulas bawang putih - Tumbuk
3 Sudu minyak masak
1 Cawan air


CARANYA :

1 - Panaskan minyak,tumis bahan kisar dan cili kisar hingga wangi. Masukkan daging cincang, gula dan garam. Kacau hingga masak.
2 - Tuangkan puri tomato dan gaul rata. Biarkan mendidih hingga pekat.
3 - Campurkan bahan A dan B dalam sebuah mangkuk besar dan hidangkan bersama kuahnya.

Kebab buh-buahan dan dadih

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
KEBAB BUAH-BUAHAN DAN DADIH

BAHAN2 :


1 Biji pisang - Potong kecil
1 Biji epal - Potong kecil
5 Biji anggur merah
8 Biji nanas kiub - Bersirap dlm tin
1 Cawan dadih berperisa
1/2 Cawan kelapa parut kering
Lidi penyucuk secukupnya

CARANYA :

1 - Cucuk buah-buahan berselang seli ikut selera dan ketepikan.
2 - Celup buah-buahan dalam dadih dan golekkan dalam kelapa kering.Letak di pinggan dan sejukkan
3 - Bungkus dalam plastik atau letak dalam bekas yang sedia dibawa ke sekolah

Friday, May 17, 2013

Sup pasta

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
 
SUP PASTA

BAHAN2:

80g pasta huruf kecil
1 Liter air rebusan ayam
1 Biji bawang merah dcincang halus
1 Batang Caret *
1 Batang salderi * *Potong Kiub
1 Biji kentang sedang *
2 Sudu myk
Garam secukup rasa

CARANYA :

1 - Panas myk dan tumis bawang kekuningan
2 - Masukkan air rebusan dan sayur2 biar mendidih
3 - Perlahankan api, letak garam dan masuk pasta hingga empuk
angkat dan sajikan.

ANAK2 PASTI SUKA MENU INI
SELAMAT MENCUBA

Spageti lala

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
 
SPAGETI LALA

BAHAN2 :

1/2 Paket spageti - Rebus dan toskan
1/2 Kg lala
5 Ulas bawang putih - Mayang
4 Tangkai cili kering - Potong dan 1 Kiub pati ikan bilis
4 Tangkai daun ketumbar - Mayang dan 2 Sudu besar minyak zaitun
2 Sudu besar kicap cair dan 1 Sudu besar herba campuran
1 Sudu besar herba itali dan serbuk lada hitam

CARANYA :

1 - Tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan cili kering.
2 - Masukkan kiub pati ikan bilis dan masukkan sedikit air.
3 - Kemudian masukkan semua rempah herba dan kicap cair.Masukkan lala dan secubit garam gula.
4 - Akhirnya masukkan spageti dan gaul rata.Tabur daun ketumbar sebelum dihidangkan.

Kari makaroni

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
 
KARI MAKARONI

BAHAN2 :

1/2 Paket makaroni - Rebus dan toskan
1/2 Tin cendawan
1 Ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih - Mayang
1/2 Biji cili hijau benggala - Potong dadu
1/2 Biji cili merah benggala - Potong dadu
2 Batang saderi - Potong dadu
3 Sudu besar rempah kari dan sedikit garam gula
5 Biji tomato ceri dan sedikit daun kari
5 Tangkai cili padi - Mayang
1 Cawan daging kisar / ayam kisar

CARANYA :

1 - Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi kemudian masukkan daun kari biar garing.
2 - Masukkan serbuk kari,sedikit air dan daging kisar.Biar garing dan sebati.
3 - Masukkan makaroni,garam gula dan gaul rata
4 - Masukkan cendawan,cili benggala,saderi,cili padi dan tomato ceri.
5 - Gaul hingga masak,rata dan hidangkan.

Spageti seafood

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
 

HAKAU

BAHAN KULIT :
100 Gm tepung tang mien
50 Gm tepung sagu tani
200 Ml air panas
1 Sudu teh minyak masak
BAHAN INTI :
250 Gm udang tanpa kulit - Cincang kasar
1 Sudu teh sos ikan
1 Sudu teh minyak bijan
Sedikit garam dan serbuk lada sulah
1/2 Sudu makan tepung jagung
CARANYA :
1 - Kacau rata bahan inti biar 15 Mnt dalam peti.
2 - Satukan tepung bahan kulit hingga rata,masukkan air panas.kacau hingga jadi doh.Biar 10 Mnt.Masukkan minyak dan uli hingga lembut.
3 - Ambil satu potong,canai nipis.Canai bulat,lipat satu bahagian tepi dan intikan.Bengkok sedikit bahagian belakang kulit dan rapatkan.
4 - Kukus selama 3 Mnt atas api sederhana yg dialas dgn daun pisang.Matikan api biar 5 mnt dlm periuk kukus.




















SPAGETI SEAFOOD

BAHAN2 :

1/2 Paket spageti - Rebus,basuh dengan air sejuk dan toskan.
1/2 Biji bawang besar dan 3 biji bawang putih - Mayang
3 Sudu besar sos tomato puri
2 Sudu besar cili kering kisar
Sedikit herba itali dan ladaa hitam
5 Tangkai daun ketumbar - Hiris halus
10 Ekor udang besar - Buang kulit
2 Ekor sotong - Potong bulat
100 G lala dan garam gula

CARANYA :

1 - Tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.
2 - Masukkan cili kisar dan tomato puri kacau rata kemudian masukkan lada hitam dan herba itali.
3 - Masukkan sedikit air,garam gula.Bila sudah mereneh letakkan udang,lala dan sotong.
4 - Akhir sekali masukkan spageti dan daun ketumbar.Gaul rata dan dihidangkan.

Black paper steak

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
 
BLACK PAPER STEAK

BAHAN STEAK :

1/2 Kg Daging batang pinang
2 sudu besar sos lada hitam
3 sudu besar sos cili gourmet
4 Helai daun limau purut - Mayang
1 Sudu jus lemon
1 Sudu besar madu

BAHAN SOS BLACK PAPER :

4 Ulas bawang putih - Cincang
Sedikit butter - Tumis
1/2 Cawan lada hitam - Tumbuk sedikit halus
3 Sudu makan susu cair
Sedikit garam gula
Sedikit air

KENTANG/KELEDEK :

2 Biji kentang
1 Biji Keledek
Sedikit butter
Sedikit black paper yg ditumbuk

CARANYA :
1 - Potong daging ikut kesukaan dan perap daging semalaman/2 jam dan grill
2 - Panaskan butter dan masukkan semua bahan sos,masak hingga sos pekat dan berkilat
3 - Buang kulit dan grill sambil disapu butter dan tabur black paper.Grill hingga empuk

Beef steak bbq sos

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
 
BEEF STEAK BBQ SOS

BAHAN STEAK :

1/2 Kilo daging batang pinang
3 Ulas bawang putih - Tumbuk halus
1 Sudu teh lada hitam - Tumbuk halus
1/2 Inci halia - Tumbuk halus
4 Helai daun limau purut - Mayang
2 Sudu makan sos cili
1 Sudu madu
2 Sudu makan minyak jagung

BAHAN SOS BBQ : KISAR

6 Sudu sos cili
2 Sudu sos tomato
2 Sudu sos tiram
Sedikit lada sulah
Sedikit garam gula
3 Ulas bawang putih
Sedikit butter - Menumis
Sedikit air

CARANYA :

1 - Potong daging jangan terlalu tebal,perap daging dgn bahan steak semalaman/2 jam dan grill
2 - Panaskan butter dan tumis semua bahan sos masak hingga kuah pekat berkilat

Macaroni cheese

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
 
MACARONI CHEESE

BAHAN2 :

475 Ml susu segar
1 Helai daun bay
Sedikit serbuk buah pala
50 Gram butter
40 Gram tepung
175 Gram cheese Parmesan/Cheddar - Campur kedua2nya
40 Gram serbuk roti
450 Gram macaroni - Rebus letak sedikit minyak,toskan
Sedikit garam gula
Sedikit serbuk lada hitam

CARANYA :

1 - Bechamel sauce.Panaskan susu dan daun bay dengan api perlahan.Jangan biarkan ia mendidih. Ketepikan.
2 - Cairkan butter.Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.Masak selama 3 minit dan jangan hangit.
3 - Tapiskan campuran susu dan masukkan ke dalam adunan tepung.Gaul perlahan hingga sebati
4 - Kacau selalu dan masak sehingga mendidih biar selama 5 Minit.
5 - Masukkan macaroni,garam,lada hitam dan serbuk buah pala.
6 - Padamkan api dan masukkan 30 ml cheese dan kacau hingga cheese cair dan sebati.
7 - Panaskan oven 200 darjah C. Sapukan sedikit butter pada bekas casserole dan masukkan bahan tadi.
8 - Taburkan serbuk roti dan baki cheese. Bakar selama 20 minit sehingga kekuningan dan cheese membuak.

Monday, July 18, 2011

Thursday, July 14, 2011

Wednesday, July 13, 2011

Pasta

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

PASTA PEDAS

BAHAN2 :
4 Biji telur - Pukul ringan
1 Labu bawang besar - Cincang
2 Tangkai cili merah - Buang biji & cincang
1/2 Cawan dal - Rebus
2 Ulas bawang putih - Cincang
1 Batang serai - Hiris
3/4 Cawan daging ayam rebus - Dicarik
1 Sudu kecil serbuk cili
Garam dan lada sulah secukup rasa
2 Helai daun limau purut - Hiris
1 Sudu kecil minyak masak
1/2 Cawan pasta (spiral) - Rebus & dituskan
CARANYA :
1 - Satukan isi ayam yang dicarik, garam, lada sulah, serai dan serbuk cili dengan telur.
2 - Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi, masukkan campuran telur dan kacau hingga rata.
3 - Masukkan pula dal, daun limau purut dan juga cili merah, perlahankan api biarkan sehingga kelihatan beku tanpa dikacau.
4 - Apabila dal kelihatan beku, campurkan pasta, kacau lagi hingga rata dan hidangkan.

Thursday, July 7, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...