Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart
Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Wednesday, July 2, 2014

Pai roti

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 

 
 
PAI ROTI

BAHAN2 :
6 keping roti - buang tepi...
1 cwn isi daging cincang
1 cwn sos preego
8 ulas bawang putih cincang
1 labu bawang besar cincang
2 tangkai cili merah - buang biji n mayang halus
5 tangkai daun ketumbar - hiris
1 sb serbuk lada hitam
Garam gula secukup rasa
1 biji telur
Sedikit parutan cheese

CARANYA:

 
1. Mula2 panaskan oven 180'c selama 15mnt dan golek roti hingga nipis ketepikan.
2. Panak 2sb minyak jagung,tumis bawang hingga wangi dan masukkan daging gaul sebati.
3. Masukkan sos preego,garam gula,lada hitam dan cili.
4. Bila kuah dh pekat masukkan sedikit daun ketumbar,gaul dan matikan api.
5. Ambik roti sekeping,sudukan inti,letak sedikit daun ketumbar,parutan cheese,sapu telur disekeliling n gulung.
6. Tekan dgn garpu dihujung roti kiri dan kanan.potong dengan pisau atasnya.jgn putus.sapu telur.buat hingga habis.
7. Bakar selama 10minit pada suhu 180'c mengikut kepanasan oven masing2.

Selamat mencuba !


 

Thursday, February 27, 2014

Bread grumb cheese

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
Selamat malam dan beristirehat semua....
 
Dua tiga hari lepas Kak Sue sempat masukkan resepi ayam goreng kunyit sahaja kerana masa yang amat terhad.mohon maaf banyak-banyak pada semua kawan-kawan yang tertunggu-tunggu resepi yang diminta.kalau boleh setiap hari kak Sue nak update blog tapi....apakan daya masa sangat berharga buat Kak Sue untuk memenuhi tugas seorang suri dan ibu yang harus Kak Sue utamakan.Kak Sue harap kawan-kawan semua dapat bersabar dengan karenah kak Sue ni hehehe....
 
  Kak Sue ingin memaklumkan disini bahawa Kak Sue akan mengupdate resepi mengikut masa dan kelapangan yang ada,oleh kerana setiap hari Kak Sue mempunyai tempahan yang harus disiapkan maka tugasan mengupdate resepi Kak Sue akan lakukan pada sebelah malam atau diawal pagi mengikut kelapangan yang ada.
 
Resepi kali ini menu yang simple dan mudah untuk disediakan.Amat sesuai untuk sarapan,minum petang dan bekal untuk anak-anak.Kak Sue buat menu ini adalah khas untuk anak-anak yang sangat suka makan roti.Kadang-kadang pening jugak kepala untuk memikirkan menu apa yang harus disediakan.setiap hari mesti berangan-berangan nak masak itu ini....bayangkanlah menu sarapan pagi,bekal untuk kesekolah,makan tengah hari,bekal untuk kafa dan minum petang.
Diawal pagi mesti nak cepat masak,menu yang mudah dan senang anak-anak nak makan untuk bekal nanti.Kekadang buntu jugak dibuatnya....
Jom layan resepi dulu....
 
 
 
BREAD GRUMB CHEESE
 
BAHAN2 :
 
6 keping roti gardinier - Buang tepi
3 keping cheese - belah 2
2 biji telur
1 cwn serbuk roti
Secubit garam
Secubit serbuk lada putih
Butter secukupnya
 
CARANYA :
 
1. Panaskan kuali dengan sedikit butter dan api yang kecil
2. Pukul telur bersama garam dan serbuk lada sulah
3. Ambil 1 keping roti ,letak 1 keping cheese yang dah dipotong 2,lipat roti,celup kedalam telur dan golek-golekkan atas serbuk roti.Masuk dlm pan yang dipanaskan butter tadi.
4. masak kekuningan kedua-dua belah .Buat hingga habis dan bolehlah dihidangkan.
Selamat mencuba !

Saturday, December 14, 2013

Roti Arab

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Salam hujung minggu buat semua....
 
Waktu begini masih mahu masuk dapur untuk siap sedia menyediakan menu untuk minum petang.Minum petang Kak Sue sekeluarga adalah makan malam,kerana kami makan malam sebelum pukul 7 malam.Jika suami balik kerja lambat,selepas magrib baru kami sekeluarga makan tanpa makan pada waktu petang.Tetapi menu yang simple dan ringan sahaja yang diambil diwaktu makan selepas magrib.
 
Alhamdulillah anak Kak Sue sudah biasa dengan peraturan yang kami buat,maklumlah makin hari makin meningkat usia makin senang untuk dapat penyakit.Apa yang boleh dilakukan jaga pemakanan dan membuat sedikit senaman untuk menyihatkan badan.Menu petang kali ini roti arab / roti puri.kak Sue tidak tahu kenapa roti ini dipanggil roti arab,setahu Kak Sue roti ini adalah roti puri bagi keturunan mamak hehehe...Roti arab ialah rotinya besar dan tebal.Mungkin nama panggilan itu mengikut dialek negeri atau sebagainya,kalau salah Kak Sue mohon maaf ya...
 
Menunya sangat simple dan senang untuk disediakan.Resepi ni Kak Sue minta dari mama jugak,dulu masa kecik-kecik abah yang selalu buat roti arab ni untuk sarapan pagi.Dulu roti arab makan dengan kuah dal dan sambal sardin,kali ini Kak Sue buat sendiri makan dengan kari daging.Jom kita layan resepinya..:)
 
 
ROTI ARAB
 
BAHAN2 :
 
250gm tepung gandum
1 sk yis marzipan
1 sb gula halus
1 sb minyak jagung
1 sb butter
150ml air suam
 
 
CARANYA :
 
1. Masukkan semua bahan kecuali tepung gandum kedalam bekas,Kacau sedikit dan biar hingga yis mengembang.
2. Tuangkan adunan kedalam bekas tepung dan uli hingga jadi doh yang tidak melekat ditangan.Masukkan doh dlm blastik dan ramas2kan selama 10 minit
3. Keluarkan  uli dan tutup dengan plastic,perap 1 jam.Ambil doh bulat2kan dan biar seketika.
4. Panaskan minyak yg byk dengan api sederhana,ambil satu buku bulat doh tadi gelek nipis 1/2 inci.goring sambil renjis2 permukaan roti dengan minyak sampai gelembong.
5.Bila kekuningan dan boleh angkat.
 

 
KARI DAGING
 
BAHAN2 :
 
1/2 kg daging batang pinang - Potong kecil
4 tangkai cili merah - belah 2
3 biji ubi potato - belah 4
1 labu bawang besar kuning - belah 8
6 tangkai daun kari
rempah 4 sekawan secukupnya
1 ini halia - mayang
garam gula secukup rasa
1 keping nise
8 keping asam gelugur/Air asam jawa secukupnya
Minyak secukupnya
Santan rm4
 
BAHAN KISAR :
 
8 Ulas bawang putih
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar merah
1 inci halia
5 tangkai cili merah / lada kering
1 cup rempah kari
 
CARANYA :
 
1. Panaskan minyak tumis halia dan rempah 4 sekawan hingga wangi.masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan daging dan tutup tudung biar daging mereneh dan empuk,sekali sekala kacau supaya tidak hangit dibawah.
3. Maukkan ubi,santan,asam gelugur,nise dan biar hingga mendidih,sentiasa kacau supaya santan tidak berpati.
4. Bila ubi dah empuk masukkan garam gula,cili,bawang dan daun kari.Gaul mesra dan hingga kuah agak pekat.Sedia dihidangkan.
 
*Resepi kari daging adalah resepi Ks sendiri,kalau ada kekurangan harap dimaafkan.
 
SELAMAT MENCUBA !

Roti canai

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Salam ukhwah buat semua.....
 
Selamat pagi !!!!
Alhamdulillah haini dapat rehatkan badan setelah siap semua tempahan .Seminggu yang memenatkan,insyaallah besok Ks akan bercuti dan kekmanis tidak akan beroperasi selama 4 hari.Sebelum cuti sekolah berlabuh pergi ,Ks mengambil cuti 4 hari ini untuk membawa hazreeq jalan-jalan.Hampir setiap hari musim cuti sekolah kali ini dia membantu Ks di dapur untuk menyiapkan semua tempahan.
 
Syukur Alhamdulillah dan terima kasih Ya Allah kerana kurniakan seorang anak yang ringan tulang,cerdik akal fikiran dan sangat memahami tuntutan tugas kedua orang tuanya.
walaupun hari-hari dipenuhi dengan tugasan menolong Ks didapur hazreeq tetap setia menemani tanpa rasa bosan dan penat.
 
Haini Ks ingin  kongsi resepi roti canai seperti yang diminta oleh seorang kenalan,resepi roti canai ni Ks minta dari mama suatu ketika dahulu.Tapi...baru sekarang berani untuk mencuba,mungkin sebab dah boring asyik makan roti canai mamak saja kan !!Orang kata kalau tak pandai buat roti canai engkau bukan anak mami laa oiiii hehehe....itulah ayat yang selalu Ks dengar masa remaja dulu.Walaupun Ks ada darah keturunan mamak tapi Ks lebih suka masakan pantai timur iaitu sebelah mama.Hope gabungan kedua-duanya dapat hasilkan citarasa yang memuaskan.
 
 
ROTI CANAI
 
BAHAN2 :
 
1 kg tepung gandum
3 cup air sejuk - air dlm peti
3 sb susu pekat manis
1 biji telur A
1 sk garam halus
Planta secukupnya
 
 
CARANYA :
 
1. Masukkan semua bahan,uli hingga doh lembut dan tidak melekat pada tangan.Masukkan dalam plastic dan ramas2 seketika untuk mendapat doh yang lembut
2. Keluarkan dari plastic,bulat2kan kecil dan uli sekejap,biar betul2 lembut
3.Bulat kecil2 susun dalam mangkuk,sapukan dengan plantan secukupnya dan tutup dengan kain lembab.Biar semalaman,keesokkan boleh kita canai.
 
*Roti canai ni shada makan dengan kuah kari ikan.Resepi shada dah update kari ikn merah
 
SELAMAT MENCUBA !
 

Thursday, August 22, 2013

Roti telur berbawang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 


ROTI TELUR BERBAWANG
BAHAN2 :...
3 keping roti gardinia - potong bulat
2 biji telur A
2 tangkai daun bawang dimayang
1 labu bawang besar cincang halus
1/2 tangkai cili merah dimayang
Secubit garam
1 sk serbuk lada putih

CARANYA :
1. Panaskan kuali dengan sedikit butter dan guna api yg kecil
2. Pecahkan telur,satukan bawang,cili,garam,serbuk lada dan daun bawang.kacau sebati
3. Masukkan roti sekeping dan celup biar semua permukaan roti kena telur.masak atas kuali tadi hingga kekuningan.
4.ulang langkah yg sama sehingga selesai.

# enak dimakan bersama sos n mayonis.selamat mencuba
 

 

Monday, May 20, 2013

Roti pisang wif madu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
ROTI PISANG WIF MADU

BAHAN2 :

3 Keping roti - Dibakar
6 Sudu besar mentega kacang
2 Biji pisang - Buang kulit,hiris nipis memanjang
6 Sudu besar madu
Sedikit kacang walnut kisar

CARANYA :

1 - Roti belah 2 jadi bentuk segitiga.Sapu rata mentega kacang dan atur hirisan pisang
2 - Tuang madu dan tabur kacang.Bungkus rapi dan sedia dibawa kesekolah

Sardin cups

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
SARDIN CUPS

BAHAN2 :

6 Keping roti sandwic
1 Tin kecil sardin
1 Biji cili merah - Cincang
5 Sudu besar sayur campur

CARANYA :

1 - Tekan kepingan roti kedlm acuan kek mini dan tekan rapi dan padat.Ketepikan
2 - Campurkan cili dan sardin gaul hingga mesra dan agak sedikit hancur.Masukkan dalam bekas roti tadi
3 - Tabur sayur campur yg telah dibakar dlm aven 180'c selama 15minit / kekuningan dan garing.

Thursday, May 16, 2013

Roti Daging

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Assalamualaikum.....
Salam sejahtera buat semua.....
 
Petang semalam shada buat menu ringkas atau boleh juga dikategorikan snek.Setiap petang shada akan hidangkan dengan menu yang simple dan ringkas.Kiranya minum petang tu..makan malam,jadi shada tidak membuat sesuatu yang berat seperti nasi.
 
Kadang-kadang pening kepala jugak hendak memikirkan apa yang perlu dimasak dan disediakan.Tapi...demi untuk suami dan anak shada cuba sebaik yang mungkin untuk memenuhi citarasa mereka.
 
Semestinya kali ini menu yang berkaitan dengan roti menjadi pilihan shada.Suami dan anak kedua-duanya gemar makan roti..apa lagi shada pun buatlah roti daging,lain dari yang lain kan ?? tak kan roti dengan butter jea....hehe jom cuba..pasti anak2 suka nanti !
 
ROTI DAGING

BAHAN2 :

4 Keping roti - Buang bahagian tepi
1 Cawan daging kisar
3 Biji telur - Pukul
1 Biji bawang merah - Mayang
Garam gula secukuprasa
Sedikit serbuk lada hitam
Minyak

CARANYA :

1 - Gaulkan daging,bawang merah,garam dan serbuk lada hitam dan ketepikan.
2 - Panaskan minyak,Bahagikan ramuan daging dgn roti sama banyak.Ratakan atas roti dan goreng hingga kekuningan.

Friday, April 29, 2011

Kebab berkeju wif daging salai

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 

KEBAB BERKEJU WIF DAGING SALAI

BAHAN2 :
 
1 Batang roti french loaf - Potong 2
3 Keping daging salai
1 Biji bawang besar - Mayang
1 Biji tomato - Hiris
5 Helai daun pudina
2 Helai daun salad
3 Sudu besar minyak zaitun
1 Sudu makan butter
 
CARANYA :
 
1 - Renjis minyak zaitun atas roti dan letak daun salad.
2 - Susun tomato dan bawang besar atas daun salad tadi.Susun daun pudina n letak butter
3 - Akhir sekali,susun daging salai dan potong mengikut citarasa anda.sedia dinikmati bersama sos cili dan mayones

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...