Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Thursday, February 27, 2014

Bread grumb cheese

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
Selamat malam dan beristirehat semua....
 
Dua tiga hari lepas Kak Sue sempat masukkan resepi ayam goreng kunyit sahaja kerana masa yang amat terhad.mohon maaf banyak-banyak pada semua kawan-kawan yang tertunggu-tunggu resepi yang diminta.kalau boleh setiap hari kak Sue nak update blog tapi....apakan daya masa sangat berharga buat Kak Sue untuk memenuhi tugas seorang suri dan ibu yang harus Kak Sue utamakan.Kak Sue harap kawan-kawan semua dapat bersabar dengan karenah kak Sue ni hehehe....
 
  Kak Sue ingin memaklumkan disini bahawa Kak Sue akan mengupdate resepi mengikut masa dan kelapangan yang ada,oleh kerana setiap hari Kak Sue mempunyai tempahan yang harus disiapkan maka tugasan mengupdate resepi Kak Sue akan lakukan pada sebelah malam atau diawal pagi mengikut kelapangan yang ada.
 
Resepi kali ini menu yang simple dan mudah untuk disediakan.Amat sesuai untuk sarapan,minum petang dan bekal untuk anak-anak.Kak Sue buat menu ini adalah khas untuk anak-anak yang sangat suka makan roti.Kadang-kadang pening jugak kepala untuk memikirkan menu apa yang harus disediakan.setiap hari mesti berangan-berangan nak masak itu ini....bayangkanlah menu sarapan pagi,bekal untuk kesekolah,makan tengah hari,bekal untuk kafa dan minum petang.
Diawal pagi mesti nak cepat masak,menu yang mudah dan senang anak-anak nak makan untuk bekal nanti.Kekadang buntu jugak dibuatnya....
Jom layan resepi dulu....
 
 
 
BREAD GRUMB CHEESE
 
BAHAN2 :
 
6 keping roti gardinier - Buang tepi
3 keping cheese - belah 2
2 biji telur
1 cwn serbuk roti
Secubit garam
Secubit serbuk lada putih
Butter secukupnya
 
CARANYA :
 
1. Panaskan kuali dengan sedikit butter dan api yang kecil
2. Pukul telur bersama garam dan serbuk lada sulah
3. Ambil 1 keping roti ,letak 1 keping cheese yang dah dipotong 2,lipat roti,celup kedalam telur dan golek-golekkan atas serbuk roti.Masuk dlm pan yang dipanaskan butter tadi.
4. masak kekuningan kedua-dua belah .Buat hingga habis dan bolehlah dihidangkan.
Selamat mencuba !

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...