بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Selamat petang semua.......
Satu hari sibuk mengemas rumah,buang segala habuk yang bermaharajalela hahaha....
sudah 2 hari tak mengemas rumah. Asyik sibuk dengan tempahan dan mr.malas menguasai diri....Akhirnya pecah jugak mr.malas bila tengok rumah penuh dengan habuk hehehe....
Hari yang memenatkan bila kerja dah tertangguh.Buat kijo sepantas kilat terkejar kesana kemari sambil mengemas sambil menyiapkan tempahan,membasuh dan menyiram pokok-pokok dihalaman.Aduh !!!! berpeluh sakan laaa haini.
Bila badan penat mulalah berfikir untuk masak yang mudah dan ringkas.Nak buat macam mana dalam kepala asyik terbayang kerusi n bantal nok duduk jah.Satu hari bertungkus lumus mengemas rumah.Semua kerja harus disiapkan sebelum menjelang waktu makan.
Menu haini campak-campak jadi asam pedas tulang.buat secepat yang mungkin supaya anak and suami balik terus boleh makan.Sudah menjadi kebiasaan shada tidak memasak awal-awal kerana shada akan pastikan setiap makanan yang dimasak hanya diperuntukkan masa 2jam sahaja sebelum kita semua makan.so.......semua hidangan masih fresh dari dapur tanpa dibiar hidang begitu lama.
ASAM PEDAS TULANG
BAHAN2 :
1/2 kg tulang - basuh n toskan
20 tangkai cili kering - Rendam dan buang bijinya,kisar
6 Ulang bawang putih - Bakar n Kisar
4 biji bawang merah - Bakar n Kisar
4 Batang serai - Mesin
1 Inci lengkuas - Mesin
1/2 sk belacan - Bakar n Kisar
1/2 inci halia - Kisar
Daun kesum secukupnya
2 kuntum bunga kantan - Belah 2
3 keping asam gelugur
1 mangkuk kecil air asam jawa
1 mangkuk besar air / secukupnya
3 sb minyak jagung
Garam gula secukup rasa
3 biji buah kurma
CARANYA :
1. Panaskan minyak,tumis bahan kisar hingga bau harum dan pecah minyak
2. Masukkan tulang,biji kurma gaul sempurna dan kecilkan api serta tutup periuk.Biar ia mereneh hingga keluar air tulang.
3. Masukkan air asam jawa,gaul seketika dan masukkan air,asam gelugur,garam gula secukup rasa
4.Bila kuah sudah pekat dan tulang sudah empuk,bolehlah masukkan daun kesum dan bunga kantan.Gaul seketika dan bolehlah dihidangkan.
Selamat mencuba !
No comments :
Post a Comment