Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Thursday, February 27, 2014

Udang secubit rasa

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
 
Selamat malam semua...
 
Pada minggu lepas Kak Sue cipta khas menu ini untuk pengunjung setia blog Secubit Rasa.Menu ini adalah hasil idea dan citarasa Kak Sue sendiri.Oleh kerana kak Sue adalah peminat tegar udang,maka Kak Sue bermula dengan menu yang berasaskan udang.
 
  Kak Sue namakan menu ini sempena dengan nama blog Kak Sue iaitu "udang secubit rasa"Kak Sue harap nama ini akan kekal sampai bila-bila tanpa diubah walaupun ada yang memasak resepi ini mengikut selera masing-masing.
UDANG SECUBIT RASA

BAHAN2  :

1 mangkuk udang yg dibuang kulit
1 tangkai cili merah - hiris halus
1 labu bawang besar - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 tangkai cili padi - cincang halus
2 tangkai daun kari
1 sk serbuk lada hitam
1 1/2 sk serbuk paprika
2 sk jus limau nipis
Garam gula secukup rasa
1 sb butter
3 tangkai daun ketumbar - hiris halus

CARANYA :

1. Panaskan butter,masukkan cili merah,bawang besar,bawang putih dan cili padi.tumis hingga bau harum.
2. Masukkan udang dan semua bahan kecuali daun ketumbar.gaul mesra dan udang kemerahan
3. Masukkan daun ketumbar,gaul mesra dan angkat.

Selamat mencuba !

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...