بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Selamat pagi semua......
Syukur Alhamdulillah,di pagi yang mulia ini shada dapt meluangkan sedikit masa untuk mencoret sepatah dua kata dalam blog ini yang dah lama bersawang tanpa sebarang coretan.kak Sue mengambil kesempatan ini memohon seribu kemaafan pada kawan-kawan yang rquest resepi tetapi kak Sue masih lagi tidak update dan kongsi disini.
Kak Sue ingin memaklumkan bahawa sejak dua menjak ini kesihatan Kak Sue sedikit terganggu,tak cukup tidur dan badan penat dengan kerja harian yang bertimbun-timbun dating tanpa henti.kak Sue harap dengan penjelasan ini sedikit sebanyak dapat menjawab semua persoalan yang timbul.
Kali ini kak Sue nak kongsi satu resepi yang ringkas dan cepat untuk disediakan.Resepi ini Kak Sue buat khas untuk anak Kak Sue Hazreeq yang memang sangat gemar makan telur.Harap menu ini dapat menambah koleksi masakan kawan-kawan semua.
TELUR BISTIK
BAHAN2 :
5 biji telur - goreng mata...
6 ulas bawang putih - tumbuk
3 tangkai cili padi - tumbuk
6 helai daun limau purut - koyak 2
1 labu bawang besar mayang
1 tangkai cili merah mayang
1 1/2 cup sos cili
1/2 cup air
2 sb myk jagung
Garam gula secukup rasa
CARANYA :
1. Panaskan minyak dlm kuali,tumis bahan tumbuk hingga wangi dan kekuningan.
2. Masukkan sos cili dan air,biar mendidih seketika.
3. Masukkan daun limau,bawang,cili dan garam gula.gaul mesra dan kuah sedikit pekat.
4. Masukkan sedikit kuah dlm pinggan,masukkan telur ,kuah,telur sehingga selesai.
Selamat mencuba!
No comments :
Post a Comment