Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart
Showing posts with label My Family. Show all posts
Showing posts with label My Family. Show all posts

Sunday, August 18, 2013

Salam Aidilfitri

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
 
Assalamualaikum....
 
Rasanya belum terlambat untuk mencoret sepatah dua coretan untuk hari lebaran kerana kita masih lagi berada dalam bulan syawal yang mulia ini.Shada sekeluarga merakamkan ucapan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin buat semua pengunjung setia blog secubit rasa tak kira dimana sahaja anda semua berada...
Mohon seribu kemaafan sepanjang berhubung dialam maya ini ada yang terlebih dan terkurang tutur bicara,tingkah laku yang tidak menyenangkan dan coretan yang menyinggung atau mengguris perasaan kawan semua...Sesungguhnya kita hambanya yang lemah pasti akur dengan segala kekurangan dan kedhaifan diri yang pernah kita lakukan...
Macam mana dengan sambutan syawal?
Dah tentu masing-masing sibuk melayan tetamu dan ziarah menziarahi kaum keluarga serta sanak saudara.Lain pula cerita dengan shada,pada tahun ini sambutan syawal sedikit sepi dan suram kerana pagi raya baru dapat pulang ke kampong halaman.Tidak seperti raya tahun sebelumnya...shada sekeluarga akan pulang berhari raya 3 atau 4 hari sebelum menjelang lebaran.Walaupun hati sedih dan pilu kami sekeluarga tetap meraikannya.
 
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin..
 

Sunday, July 7, 2013

Selamat datang ramadhan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
 
Assalamualaikum.......
 
Apakhabar semua...shada harap dipagi yang indah ini kawan2 semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.
Seperti yang sedia maklum ramadhan bakal menjelma tidak lama lagi.......
semoga diberi peluang oleh Allah swt utk menemui ramadhan kali ini...dan shada harap pada tahun ini dapatlah berterawih seperti biasa,sbb hazreeq dah besar dan menjadi peneman ketika suami tiada...:)

Pelbagai perseolan bermain difikiran ketika ini......
Bersediakah shada untuk berubah kali ini? Bersediakah untuk mengharungi ramadhan dengan penuh keimanan,kesyukuran dan ketaqwaan?Bersediakah menjadi muslimah yang hakiki bukan untuk ramadhan sahaja?Menambah amal ibadat yg sama sahaja seperti tahun2 lepas? Rasanya shada masih berusaha ke arah itu,aura ingin memperbaiki diri semakin hari semakin menebal disaat ada rasa sedikit kelekaan dalam diri dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim.
 
Tambahan pula kadang-kadang iman dalam diri yang sekejap kuat,sekejap bersemangat ,sekejap tawar,sekejap mengeluh,sekejap diawan-awangan dan gitu-gitu jea... dan kadang kala sama seperti yang sebelumnya...tiada ada yang berubah dan peningkatan dalam amalan.Ya Allah, engkau berikanlah petunjuk kepada hambaMu ini untuk terus istiqomah dalam beribadat kepadaMU,untuk terus berusaha menjadi hamba yang baik,bukan setakat hubungan denganMU tetapi juga hubungan sesama manusia...
 
Banyak peristiwa yang berlaku sebelum ini memberi banyak hikmahnya pada shada, 
iaitu lebih mengenal siapa manusia itu sendiri tanpa melihat zahirnya, yang beragama belum tentu baik dihatinya,yang menunaikan haji itu belum tentu akan berubah sikapnya,dan pada diri shada sendiri, sesungguhnya shada bersyukur atas ujian tersebut,agar terus memperbaiki diri dan bersedia untuk memaafkan orang lain dengan tenang hati tanpa stress dan takut memikirkan apa orang lain akan kata....

Moga ramadhan kali ini memberikan peluang kepada shada sekeluarga untuk terus memohon kepadanya, agar permudahkan untuk solat malam dan mudah-mudahan amal yang dikerjakan dapat diteruskan pada bulan-bulan seterusnya...

Memikirkan kelemahan tentang diri sendiri itu lebih baik dari memperkatakan dan menuding sikap orang itu dan ini....:)

Thursday, June 27, 2013

Anak demam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
 
Assalamualaikum....
 
Selamat pagi semua....
pagi ni shada ada mood untuk menulis dan ingin berkongsi sedikit pendapat dan ilmu 
dari pengalaman shada sebagai ibu yang menghadapi kesusahan apabila anak2 demam.
 
Apa yang shada tahu secara umumnya demam bukanlah penyakit.Tubuh berasa panas akibat tindak balas melawan jangkitan dan penyakit lain.Demam biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria,virus dan kulat.
 
Gejala yang biasa ketika demam tidak berselera makan,lesu,berpeluh dan lemah.Oleh itu untuk memastikan anak kembali bertenaga,kita perlulah prihatin tentang pemakanannya.Makanan yang diberi perlulah tinggi kalori,tinggi protein,rendah lemak dan banyak air.Dlam tempoh 2-3 hari anak demam sebagai ibu kita harus pastikan dia mengambil banyak cecair dgn memberinya makan sup,air glukosa dan bijirin bersama susu.Makanan yang lembut dan mudah dihadam serta diserap oleh tubuh seperti pisang,tauhu dan betik.Pengambilan makanan yg kaya dengan protein perlu ditingkatkan seperti susu,telur dan kacang dal.Elak dari memberi anak2 makan makanan yg susah dihadam.Selain dari makanan anak demam juga perlu meningkatkan pengambilan vitamin A,c,b,kalsium,besi dan sodium.
 
Atara makanan yg shada praktikkan ketika anak shada demam seperti memberi anak minum jus buah-buahan,air glukosa,susu,air kelapa dan air barli.paling anak shada gemari jus buah-buahan dan susu,kerana anak shada agak sukar untuk minum air kelapa dan barli.Untuk makanan biasanya shada akan buatkan kastard,telur,kacang dal,jus sayur-sayuran,sup,bijirin,ikan bakar,sayur rebus dan buah-buahan sitrus.Semua makanan diatas amat digemari hazreeq kerana dari kecil dia sememangnya tiada masalah dengan pemakanan.Kebiasaanya kanak-kanak yang sebaya dengannya tidak suka sayur,tapi hazreeq sebaliknya.Makanan yang perlu dielakkan seperti mentega,minyak sapi,minyak sayur-sayuran,makanan bergoreng,makanan berempah,makanan terlalu byk serat dan sup krim.

Infonya :

1 - jangan memaksa anak demam makan jika dia tidak berselera
2 - Pastikan anak anda mendapat rehat yang secukupnya
3 - Pakaian anak dengan pakaian yang nipis
4 - Pastikan pengudaraan bilik anak anda baik
5 - Sekiranya anak masih belum sembuh dalam tempoh dua hingga tiga hari,bawalah anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Shada harap dengan sedikit info yang dikongsi disini sedikit sebanyak dapat membantu kawan-kawan dikala anak-anak demam .Alhamdulillah semenjak umur 3tahun hinggalah sekarang anak shada sentisa sihat walafiat,apa yang penting pemakanan anak-anak harus dijaga kebersihan dan kualiti makanan yang dimasak.Insyaallah dengan makanan yg sihat dan bersih,antibodi akan kuat untuk melawan segala virus dan bakteria.
 
 

Wednesday, June 26, 2013

Kata-kata

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
assalamualaikum......
 
Kata-kata peringatan untuk diri sendiri...
 
"Jika anda ingin kehilangan sahabat mulailah menyanjung diri anda sendiri,
tetapi jika anda ingin mendapat sahabat dan mempertahankan persahabatan 
anda perlu memulakan dengan menyanjung orang lain"
" Setiap orang yang mempertahankan
pendapat-pendapatnya lebih daripada saudaranya
akan menghancurkan tali persaudaraan itu"
"Biarlah orang lain memuji kamu
dan bukan datang dari mulut diri sendiri,
biarlah orang yang tidak kamu kenali 
yang memuji dan bukan dari bibirmu sendiri"

Wednesday, April 10, 2013

Baking time

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Assalamualaikum......
Salam ukhwah buat semua....
 
Hari ni kena turun padang untuk siapkan tempahan dari teman baru,walaupun masih lagi bercuti tetapi...shada tetap menerima tempahan jugak dalam kuantiti yg minima bagi menghilangkan rasa boring.
 
Dalam fikiran "alaaaa 3 biji cube kek kea jea....tak penat pun"seblum confem shada cek barang dulu takut2 tak ada nanti susah pulak....shada kanxboleh keluar lagi hikhikhik.Alhamdulillah semua barang ada,confem then terus masuk work shop takut tak sempat nak masak untuk lunch nanti.
 
ngodek punya ngodek skali lupa pulak nak snep gambar yang dah siap.Kusyuk dan penat sangat buat kek sampai tertidur.....sedar-sedar ada orang ketuk pintu.Dengan slamber bangun capai tudung,buka pintu rupanya tuan kek dah datang huhhu......
 
Kita layan ajelah gambar yang sempat diambil ni..
 
 


 

Tuesday, March 19, 2013

Jalan-jalan cari makan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
Assalamualaikum.........
 
teringin pulak nk makan tomyam sedap dan malas sagat nak masak,sejak 2 menjak ni asyik na makan kat luar jea...."aiyaaaa buang tabiat".Dalam fikiran tak sabar tunggu suami balik kijo,nak ajak pi makan kat luar.
 
Destinasi yang dipilih sudah pastinya Restoran D'Chengmai kat Sungai Buloh.Aduhaiiii jauhnya tempat nok makan.Apapun tima kasih banyak2 pada suami yang mengikut kerenah Shada walaupun penat bekerja hahahha.....
 
Apa yang Shada boleh ceritakan pasal restoran ni,sebuah restoran yang sangat cantik,unik dan mampu memikat hati pengunjung seketika dengan pemandangan luar restoran.Bila tiba dalam restoran tempat menjamu selera,bagaikan hotel 5 bintang lengkap dengan hiasan mewah dan eklusif.
 
Makanan kt sini memang sedap dan terbaik.....paling best siakap sweet sour,ayam pandan,kerabu sotong dan udang tepung.Tak hairanlah ikan siakap sweet sour beharga rm78 seekor,walaupun mahal tetap berbaloi-baloi.Suasana restoran yang bersih dan nyaman menambahkan lagi keselesaan dikala menjamu selera.Sesiapa saja yang datang pasti nak datang dan datang lagi....Jom layan picnya pulak haha....
 
 




 
 

Monday, March 18, 2013

Zoo negara

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
Assalamualaikum......
 
dah lama nak masukkan entry ni tapi asyik sibuk memanjang....almaklumlah suri rumah hehehe.Cuti hujung minggu membosankan bila tinggal berdua dengan hazreeq,Abienya outstation apa lagi peluanglah untuk Hazreeq minta itu ini.
 
Tiba jae ari sabtu dia minta nak pergi zoo,seperti biasa zoo juga menjadi tempat kegemarannya dikala keluar jalan-jalan hung minggu.Jom kita layan foto-foto yang sempat disnep !!!
 
In train....
Lapar hehehe....
Aaaaa elephant...
 
 
 
 
 

Thursday, February 14, 2013

SELAMAT TAHUN BARU CINA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
 Assalamualaikum..............
 
Dikesempatan ini shada ucapkan selamat tahun baru cina pada rakan-rakan yang berbangsa cina.Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum,inilah kelebihan dan keistimewaan negara kita yang terdiri pelbagai sambutan perayaan setiap tahun.
 
Seperti yang sedia maklum sambutan tahun baru cina tidak sunyi tanpa makan besar dan pesta bunga api,sememagnya simbolik perayaan mereka.Tahun baru cina juga merupakan cuti umum bagi rakyat Malaysia dan cutinya juga agak panjang.
 
Setiap tahun pada cuti umum tahun baru cina shada sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk balik kampung halaman.Tapi....tahun ini kami sekeluarga sekadar cuti dan rehat dirumah sahaja.Walaupun tidak seronok kami sekeluarga teap berpuas hati kerana dapat meluangkan masa bersama.Kepada kawan-kawan yang bercuti dan balik kampung semoga berhati-hati di jalan raya dan selamat bercuti !!
 
 

Thursday, December 13, 2012

HEPY BESDAY SAYANG !!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum......

Today's entry only a birthday wishes to my beloved......
I relly LOVE you and allways be there in whatever you may do my dear.....
I hope so that your birthday brings a lot of happiness today and always SAYANG.....
Words cannot describe my feeling to you dear....
Only a hope to ALLAH may give us a great happy family forever dear.
Sayang....I LOVE U
Dengan hati yang tulus ku ungkapkan kalimah cinta .....
Pejamkan mata rasakan dari hati kehati ....
Kucupan sayang buatmu tanda kasih sayangku.....
Tiada kesangsian tiada kecurangan dalam cinta....
Selamat ulangtahun sayangku Hifzul Hafiz Bin Amran yang ke-35 pada hari ini 13/12/2012 ,
semoga panjang umur,murah rezeki dan menjadi anak,abang,adik,suami dan ayah yang paling hebat
dalam menjalankan tanggungjawab dimuka bumi ini.
Sayang......I LOVE U
Bukalah mata mu lihatlah indahnya suria pagi menyapamu....
Keheningan fajar seribu nafas doaku yang selalu menyinari langkahmu....
Pelangi senja di langit jingga awan menari lembayung tertawa.....
Menyambut hari yang indah berkunjung tiba...
Sebaik kalimat seribu doa hanya untukmu belaian jiwa....
Sayang......I LOVE U
Hepy besday sweet love,wish u the best.....in life,in carrear,in health,
the best hasband n father,the best iman N islam.
Semoga Allah sentiasa memberi hidayah padamu dan bertambah sayang selamanya...
Ya Allah ya Tuhanku....
Kau berilah kekuatan pada suamiku dalam menjalani liku-liku kehidupan....
Kau berilah petunjuk dan hidayahmu tanpa mengenal erti kepuasan....
Ya Allah ya Tuhanku.....
Kau berilah kebaikan pada suamiku didunia dan di akhirat
Kau berilah kebijaksaan suamiku dalam memimpin bahtera yang dibina.
Ya Allah Ya Tuhanku.....
Andai benar dia untukku....dekatkan hatinya dengan hatiku....
Andai aku jujur dengannya....tunjukkan kejujuran cintanya padaku...
Ya Allah Ya Tuhanku.....
Sesungguhnya aku tak mampu hidup tanpa dia disisiku walaupun untuk seketika
Ya Allah...berilah rahmat atas hubungan ini
Aku tetap redha dan tetap menerima ketentuan mu ya Allah....
Berikanlah rahmatmu yg indah pada kami laluinya hari ini agar dia sentiasa bersamaku hingga keakhir hayatku...
Sayang.... I LOVE U
Maafkan daling seandainya ada kekurangan dan kesilapan dalam menjalankan tugas sebagai seorang isteri dan ibu...
Maafkan daling seandainya membuat sayang terluka dan terguris dengan kata2 dan perbuatan....
Tiada apa yg diharapkan hanya kebahagian dan kejujuran dalam kehidupan bersama....
Amin..amin..amin...

Monday, December 10, 2012

New projek

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum.....

Dah lama shada tak update blog ni....sekarang shada bz dengan tugasan harian,kekadang rasa xcukup nak selesaikan semua tugas dlm masa satu hari.emmm sibuk uruskan anak,suami,rumah tangga dan kerja shada

Sekarang ini shada sudah mengeluarkan produk shada sendiri iaitu,tudung dan brooch.insyaallah...shada akan mempelbagaikan koleksi seperti maxi,dress,jubah dan baju kanak2 pada tahun hadapan.sekarang ini shada tengah membuat survey dan mencari material yang selesa dan sesuai untuk digunakan.

Semua aktiviti perniagaan shada update dekat fb hanahafiyya dan juga blog hanahafiiya,shada mengalu2kan teman2 semua singgah ke butik online shada.Alhamdulillah....walaupun masa yang agak terhad shada masih lagi diberi sedikit ruang untuk merialisasikan impian dan minat shada terhadap seni jahitan.

Inilah serba sedikit info perniagaan yang baru shada ceburi.jangan lupa singgah tau ....hehehe

Thursday, November 22, 2012

5 Rencah 5 Rasa

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Assalamualaikum.........
 
5 Rencah 5 Rasa hohoho rancangan kegemaran Hazreeq.Pantang terpandang rancangan ni...terus tak bagi tukar.Walaupun hanya boleh tengok pada cuti sekolah dia tetap tidak mahu leaskan pluang.Setiap patah perkataan yang diungkapka oleh chef dia pasti ikut dan yang kelakarnya.....bila Shada hendak masak mulalah keluar semua resepi satu persatu.Terperangjat Shada dibuatnya....dia ingat satu persatu resepi,siap suruh Shada masak macam chef.
 
Tapi.......Alhamdlillah Hazreeq seorang anak yang baik dan dengar cakap walaupun dia agak nakal.Mudah untuk kita menolak permintaan dia dengan memberi alasan yang mudah difahaminya.Shada selalu cakap Insyaallah.....nanti bila dah ada bahannya ummie akan masak macam chef.......huhuhu
 
Entri kali ini Shada masak 5 rencah 5 rasa tapi....resepi Shada sendiri dan mengikut citarasa Hazreeq dan Abienya.Jom cci mata.....hahahaha
 
 
Ayam merah limau purut
 
 
Ikan pekasam goreng bercili
 
 
 Pencuci mulut kek caramel
 
 
 Ayam kampong goreng dan air laici
 
 

Tuesday, November 20, 2012

Cooking Class

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
 
Assalamualaikum........
 
Cooking Class huhuhu.......Jangan terperanjat ini just untuk Hazreeq,Shada manalah layak untuk jadi chef.Chef untuk family bolehlah kut hehehe......
 
Untuk cooking mooking kai ini buat kuih bakar yang digemari oleh keluarga.Walaupun Shada sendiri firts time uat kuih ni....tapi tetap lagak macam chef untuk Hazreeq.Jom kita layan foto2 cooking class kali ni.....
 
Proses memulakan membuat kuih bakar
 
Masa menghias kuih bakar
 
Huhuhu.....dah nak siap
 
Tadaaa...dah siap
 
 

Sunday, November 11, 2012

Legoland Malaysia

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum......

Lokasi percutian kali ini ialah Johor Bahru atau lebih tepatnya Legoland Malaysia.Walaupun pada asalnya hendak bercuti ke pulau pinang kami tetap hepy dengan desdinasi kali ini.

Legoland.....nama yang cukup popular dan digemari oleh kanak2,wow !!!! bila baca iklan sana sini sungguh teruja untuk jejak kaki kesana apatah lagi sekarang tiba waktu musim cuti sekolah.

Cuti kali meme sangat "Adventure" bagi Shada kerana bercuti tanpa perancangan,bak ta pepatah main redah je.....Balik dari cuti hari raya aidiladha terus sambung pergi ke Johor bahru.

Pada tanggal 29hb october 2012 pukul 9.30 pagi kami sekeluarga bertolak ke desdinasi yang dituju,walaupun rasa penat balik kampong belum hilang encik suami tetap cool demi memenuhi permintaan Hazreeq untuk pegi ke Legoland.Orang yang paling excited adalah Hazreeq,Mulut asyik berbunyi dengan soalan2 yg tidak terjawab........

Tepat jam 2.30 kami tiba dihentian untuk makan tengah hari dan segarkan diri.Makan agak lewat kerana sarapan sudah pekena nasi lemak so....lambat skit xpe la kan ....hikhikhik.Hazreeq sepanjang jalan asyik berbunyi dan makan tak henti2 jadi xkisahlah Abienya behenti lambat skit.Hampir 1 jam jugak rehat dan makan2,pukul 3.20 mnt kami meneruskan perjalanan.

Tiba di JB terus ke Legoland meninjau tempat,almaklumlah ..... dah hampir 4 tahun tidak berkunjung ke JB.Pembangunan yang pesat dan jalan berputar2 macam sarang spider meme agak sukar bagi orang baru seperti kami.

Alamhamdulillah....walaupun ambik masa berpusing2 akhirnya jumpa tempat yg hendak dikunjung besok.lepak2 n makan2 seketika kami pun beredar mencari hotel Sri Malaysia yang pernah kami kunjungi 4 tahun lepas.Kenapa Sri Malaysia ??? coz sarapan paginya sangat sedap terutama nasi lemak,wow !!! susah nak dapat rasa nasi lemak yang sedap di kala sarapan di Hotel.xkisah lah 4 bintang 5 bintang yang pernah kami kunjungi....meme di Hotel Sri Malaysia JB jugak yag terbaik !!!!!

Bila dah jumpa hotel,check in rehat sekejap terus keluar untuk maan malam.Tempat yang dituju adalah Danga Bay,emmmm kalau kata best tu...xsangat lah tapi bagi yang belum pernah sampai ok lah.Tapi......makanan kat sni meme sedap terutama tempat yang kami makan "Bistro Bawang merah"perrrhhhh meme terbaik tauhu bakar,fresh oren dan otak2.Lepas makan ,jalan2 pusing2 bandar JB,singgah Down Town JB cuci mata dan terus balik Hotel.

Esok pagi jam 8.00 pagi turun sarapan dan terus check out dan keluar bersiar2 sekitar JB sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Legoland.Walaupun sampai di Legolang pukul 9.30 dah ramai orang beratur mengambil ticket.Jom !!!!!! terokai.....Legoland ......

Oppssss dari awal waktu operasi hinggalah waktu penutupan baru kami keluar,meme tak sedar masa berlalu begitu pantas.Byk tempat yg belum diterokai dan banyak jugak tempat yang masih dalam progress.Kami keluar terus balik ke Putrajaya kerana ke esokan harinya Suami bekerja.

Jom Naik Train !!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum......

Harinini tibalah masa untuk pergi ambik suami tercinta di KLIA,walaupun boleh pergi dengan kereta Hazreeq tetap mau naik train huhhu......

Naik train KLIA Ekpress Dari stesyen Putrajaya Central walaupun sekejap tapi seronok dapat memenuhi hajat Hazreeq n tengoklah gelagat dia masa naik train hahaha....jom layan....foto2 kat bawah :-


 
 
 
 
 
 

Thursday, September 6, 2012

Jahitan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum........

Disini Shada ingin berkongsi hobi terbaru dalam seni jahitan.Sebenarnya Shada tidak pernah minat dengan seni jahitan tetapi...Shada ada sedikit kemahiran dalam mengait,sulam manik,jahit skirt dan tudung masa masih sekolah lagi....

Shada masih ingat lagi waktu sekolah kat maahad dulu Shada Pakai tudung labuh dan untuk membelinya agak mahal so....nak tak nak Shada mesti kena buat sendiri,dari situlah Shada mula mereka cipta sendiri tudung Shada hahaha......"Perasan"

Sekang pulak nak menjahit macam tak percaya pun ada n klkar pun ada,Ma Shada suruh blajar dulu xmau ,alasannya xberminat...alih2 skarang ni nak menjahit !!!!Bila Shada britahu pada Ma...dia jawab baguslah hihihi...lega Shada dengar dan memberi semangat untuk meneruskan.

Shada sudah ada sijil Jahitan dan bercadang untuk sambung keperingkat diploma tahun hadapan Insyaallah...jika diizinkan olehNya dan juga suami.Shada sudah mula mengambil tempahan pakaian dan sulaman manik Setelah beberapa bulan mempraktikkannya untuk memahirkan diri dan keykinan untuk mengambil tempahan.

                                                                   Sulaman manik

                                                              Baju dan sulam manik

                                                           Tudung dan sulam manik

Monday, July 16, 2012

Sukma 2012

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Assalamualaikum.......
 
 
Entry kali ini Shada nak kongsi serba sedikit kenangan Shada berada di Kuantan sempena Sukma 2012.Ini kali pertama suami Shada terlibat dengan Sukma semenjak ditukarkan bertugas di Kementerian Wilayah Dan Kesejahteraan Bandar.Suami bertugas selama 3minggu tetapi Shada dan Hazreeq hanya ikut pergi ke Kuantan di minggu terakhir dan pengakhiran sukan Sukma.
 
Ya ampun.....kali pertama masuk stadium memang best gilerrr,walaupun Shada ni seorang yang pediam dan malu-malu kucing katakan....bila time nak bersorak emmmm keluaq abis suara buruk dah xpeduli orang depan belakang punyalah seronok dapat tengok live gitu..
 
Kelua hotel dari pagi sampai tengah malam baru balik hotel,seronok skali - skala dapat tengok sukan secara live.Teringat pula zaman kecik-kecik dulu Shada slalu travel keluar masuk padang bola ikut abah yang seorang pemain bola sepak.Bila dewasa dah hilang rasa kesoronokkan di padang,tapi...bila dah kahwin n ada anak lelaki ...keseronakkan itu datang balik dan sedikit sebanyak dapat mengimbau kenangan lalu.
 
Di Kuantan tak banyak tempat ditelajahi coz suami sibuk dengan tugasan.Ada kelapangan hanya sekejap dan masa itu Shada mengabil peluang jalan-jalan cari makan.Almaklumlah Shada suka mencuba masakan-masakan yang dicakapkan oleh orang ramai di mana dapat merasakan masakan yang enak dan sedap.
 
Shada sempat pergi makan dekat medan ikan bakar yang terkenal di kuantan iaitu Ana Ikan Bakar Tanjung Lumpur.Emmm sedikit kecewa dihati Shada kerana bagi Shada masakannnya biasa-biasa sahaja.Sos yang digunakan memang menghampakan Shada dan sedikit sebanyak membuatkan Shada sekeluarga tidak berpuas hati makan disitu.
 
Pada keesokkan harinya kami sekeluarga cuba makan ikan bakar di tempat lain dan kedai biasa-biasa saja.Alhamdulillah....walaupun kedainya hanya gerai ditepi jalan tetapi ikan bakar yang dihidangkan bersama sosnya memang sedap dan yang paling best satar meme.....power.Tak cukup makan kat situ siap tupow bawa balik hahaha....Kedainya pulak sangat ramai dan terpaksa ikut giliran hendak duduk,tapi....shada lupa nak snep foto kedai.Jom lah layan foto2 dibawah tadaaa !!

 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...