Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart
Showing posts with label NaSi. Show all posts
Showing posts with label NaSi. Show all posts

Friday, August 29, 2014

Nasi goreng udang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
  Selamat malam semua...
 
Alhamdulillah haini dapat jugak Ks menyiapkan semua tempahan mengikut masa yang dijanjikan.Walaupun penat Ks tetap berjuang dengan apa yang dilakukan.
Haini Ks buat sarapan nasi goreng udang,walaupun menunya entah apa-apa Ks nak jugak kongsi sebab bagi Ks lain orang lain caranya untuk membuat nasi goreng.
 
Setahu Ks nasi goreng ramai peminatnya terutama orang bujang.Tak usah katakan orang lain Ks masa zaman bujang dulupun suka sangat dengan nasi goreng.Boleh dikatakan setiap kali singgah dikedai atau warung pasti menu nasi goreng menjadi pilihan.Aduh......?? teringat pula zaman anak dara dulu hahahaha...
 
Emmm kalau duk cerita zaman anak dara dulu 4 hari 4 malam pun tak habis-habis ^_^
Itulah bila dah usia makin meningkat makin teringat kenangan yang lalu....macam mana kita dilahirkan,bagaimana ibu bapa menjaga kita,bagaimana kita sekolah,berkawan,bermain sehinggalah bekerja,kawin dan menjadi ibu.Semua kenangan ada pahit manisnya.....yang pasti ia mematangkan kita untuk menjadi yang lebih baik.
 
 
NASI GORENG UDANG
 
BAHAN 2 :
 
1 mangkuk besar nasi
15 ekor udang - buang kulit
1 sb bawang putih cincang
2 sb kicap manis
2 sb sambal belacan
Garam gula secukup rasa
2 sb butter
2 biji telur
1 mangkuk kecil kubis
6 tangkai daun ketumbar - hiris
 
 
CARANYA :
 
1. Panaskan butter,tumis bawang putih dan sambal belacan hingga naik bau
2. Masukkan kicap gaul rata dan biar mereneh seketika.
3. Masukkan nasi,garam gula dan udang gaul hingga mesra.masuk telur,kubis dan daun ketumbar
4. Gaul sekejap / sebati.Angkat dan hidangkan
 
"Selamat Mencuba"

Friday, November 15, 2013

Nasi lemak kampong

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Assalamualaikum....
Salam pagi jumaat buat semua.....
 
Alhamdulillah masih diberikan kesihatan yang baik bagi meneruskan tugasan harian sebagai seorang suri harum.Pagi ni mood rajin menguasai diri .....dapatlah shada membuat nasi lemak sebagai menu sarapan haini.Kebiasaannya menu sarapan yang disediakan simple dan mudah,almaklumlah nok cepat hehehe....
 
kebiasaannya orang ramai lebih gemar mengambil nasi lemak sebagai menu sarapan pagi,mungkin kerana sebab tradisi atau sememangnya aroma nasi lemak itu sendiri.Ramai juga yang berpendapat nasi lemak satu menu yang ringkas,mengenyangkan dan enak dimakan bila-bila sahaja.
 
Nasi lemak sudah sebati dan sinonim dengan masyarakat melayu tetapi tidak kurang hebatnya dikalangan masyarakat china,india dan sebagainya.Malah pelancong asing yang datang ke Negara kita juga tidak melepaskan peluang untuk merasa nasi lemak.
 
Terdapat pelbagai cara dan kaedah membuat nasi lemak dan nasi lemak juga dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk pauk yang enak dan mampu memikat sesiapa sahaja.Kali ini shada hendak kongsi satu resepi nasi lemak biasa atau nasi lemak kampong.Jom kita layan resepinya...!
 
 
NASI LEMAK KAMPONG
 
BAHAN2 :
 
3 cwn beras basmathi - Cuci,rendam sekejap n toskan
2 cwn santan
3 cwn air
sedikit minyak untuk menumis
2 helai daun pandan - Disiat n simpul
1 batang serai - Ketuk
2 sk halba
1 sk garam
2 inc halia - Hiris
3 ulas bawang merah - Mayang
 
CARANYA :
1.Panaskan minyak dalam periuk,tumis bawang, serai, halia, daun pandan dan halba hingga wangi
2. Masukkan air dan santan,masak hingga mendidih. Tambahkan garam dan kacau rata.
3. Masukkan beras yang telah kita toskan airnya tadi dlm periuk, Kemudian tuangkan santan yang telah kita masak diatas tadi.
4.Tanak nasi seperti biasa. Bila dah masak kacau nasi dengan menggunakan chopstik supaya beras tak patah
 5.  Nasi lemak sedia dihidangkan bersama sambal tumis, telur rebus atau telur dadar, timun, kacang goreng dan ikan bilis. 
 
 
SAMBAL IKAN BILIS :
 
BAHAN 2 :
 
2 cwn ikan bilis - Cuci dan goreng garing ketepikan
RM2.00 Lada kering - Cuci n rendam hingga kembang dan toskan - kisar
15 biji bawang merah - kisar
6 ulas bawang putih - kisar
 Sedikit belacan - kisar
 1/2 cawan air asam jawa
1 sk garam
  5 sb gula
1/2 cwn minyak masak
CARANYA :

1. Panaskan minyak dalam kuali,tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau
2. Masukkan air asam dan gula garam secukup rasa,biarkan merenih seketika.
3. Bahan yang dikisar hendaklah ditumis lama sehingga benar-benar garing,supaya hilang bau maung lada kering dan mendapatkan sambal yang sedap
4. Bila dah masak, tunggu sehingga sejuk, barulah masukkan ikan bilis. Tujuannya supaya ikan bilis rangup bila dimakan
 
 

Friday, September 20, 2013

Nasi arab

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
Apa khabar semua ?? Hope semuanya sihat-sihat blaka...
Nasi ooo nasi....kalau satu hari tak makan nasi meme dok sah,
perut pun asyik memanggil nasi hahaha.....
Kalau ore klate make nasi 3x sehari pagi,tengah hari dan malam.
Dari kecik sampailah besar barulah ada peraturan sendiri dan kadang-kadang tu dah meme tak boleh nok ubah mesti nok cari nasi kan ??
Kalu ore luar nasinya tak lah pelbagai tapi kali di klate nasi pagi saja pun dah berjenis-jenis.
Nasi berlauk,nasi kerabu tumis dan nasi kerabu hitam,nasi dagang,nasi lemak dan nasi hujan panas.
kalau ikutkan nafsu semuanya nak rasa bila tengok menu yang pelbagai.belum cukup nga nasi kuih-muih dan bihun goreng,mee goreng,laksa dan laksam mesti boleh didapati untuk sarapan pagi.
Resepi yang nak dikongsi adalah resepi nasi arab yang tengah hot dan menjadi igauan sekarang.
Sampai Ks yang tidak gemar pun teringin hendak mencuba..
Itulah sunami nasi arab hahaha..
 
 
 
NASI ARAB
BAHAN NASI :

5 pot Beras basmathi - Rendam 1jam
1 Ekor ayam - Potong 4
7 pot Air - ikut sukat beras tadi
1 ekor ayam - Cuci dan toskan
2 sb ketumbar
2 sb jintan manis
2 sb jintan putih
4 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
  6 kuntum bunga lawang
Garam gula secukup rasa
2 kiub pati ayam
3 Labu bawang besar  - Potong 4
1 Inci halia - Mayang 
3 sb minyak sapi
3 sb minyak jagung 

BAHAN TUMIS NASI :

2 biji bawang besar ( dikisar )
4 Inci halia - Kisar
6 Ulas bawang putih - Kisar
1 Labu bawang besar - Mayang

  CARANYA :

1. Masukkan semua rempah ratus,ayam dan air.Rebus hingga separuh masak.
2. Toskan ayam dan rempah,ketepikan.
3. Panaskan minyak sapi dan minyak jagung.Tumis bawang besar dan bahan kisar hingga wangi kekuningan.
4. Masukkan air rebusan tadi dan biar hingga mendidih.Masukkan beras kacau sebati dan tanak nasi hingga masak.
5. buatkan lubang dan masukkan pewarna kuning telur dan oren,kaih-kaihkan / renjis-renjiskan pewarna yang disukai.

BAHAN AYAM :

5 Labu bawang besar - Kisar
  8 ulas bawang putih - Kisar
5 sb lada giling
Minya untuk menumis
Garam gula secukup rasa
3 sb kicap pekat
2 Labu bawang besar - Mayang
3 Tangkai cili hidup - Hiris

CARA 1 :

1.Panaskan minyak,Tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan cili giling,biar hingga pecah minyak.
2.Masukkan ayam dan sedikit air rebusan ayam tadi serta bahan perasa.Akhir sekali masukkan bawang mayang dan lada hidup.

CARA 2 :
Guna bahan yang sama  + 2 sb serbuk lada hitam 
tetapi diperap bersama ayam selama semalaman / 4jam dan dipanggang atau bakar dlm oven


BAHAN AIR ASAM :

3 biji Tomato - Hiris buang bijinya
5 biji Bawang merah - Mayang halus
2 Tangkai daun ketumbar - Mayang
10 Tangkai cili padi - Potong halus

BAHAN KISAR :

300ml Air asam jawa
1 sb Sos cili
1 sb Sos tomato
3 Tangkai Cili merah
6 Tangkai Cili api
Garam gula secukup rasa

  * Campur semua bahan kisar dan bahan air asam,gaul mesra.jika suka boleh masak seketika diatas dapur.

Thursday, August 22, 2013

Wednesday, August 21, 2013

Briyani ayam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
Assalamualaikum...
 
Apa khabar semua ? shada harap semuanya sihat walafiat hendaknya
Alhamdulillah...akhirnya dapat jugak shada masak briyani ayam walaupun kurang sihat.
Bila dalam keadaan kurang sihat mulalah mai ragam dia.......
nak makan itu ini dan serba tak kena duduk selagi tak boleh apa yang nak.
Kalau ikutkan hati meme nok minta suami belikan tetapi....
faham-faham ajelah suami nga anak bukannya suka sangat makan kedai kecuali terdesak sangat2 barulah nak makan.
Emmm apalagi mulalah merempit kat dapur bila tengok jam dah pukul 12.40 aduh aduh....sempatkah nak masak ni ??? terjah jangan tak terjah cik mek oiiiii hahahaha......
shada masak secepat yang mungkin dan sesimple yang mungkin dah tak boleh nak berhias bagai pukul 1.20 dah nak makan.kelam kabut kat dapur hanya sempat ambik gambar yang belum siap,insyaallah shada akan buat lagi untuk ambik fotonya..
Jom layan resepinya...
 
BRIYANI AYAM


BAHAN2 :
1 Ekor ayam - Potong 8
500 gm Beras basmati - Basuh toskan
1 sb butter
2 sb minyak sapi
2 batang Kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 Labu bawang besar - Mayang
1 sb serbuk kunyit
1/2 cawan yogurt
4 biji tomato - dibelah empat
4 tangkai cili hijau - Potong 2
Garam gula secukup rasa
3 tangkai daun kari
1 Tin susu cair
1 sb badam kisar dan gajus
3 helai daun pandan - disimpul

BAHAN KISAR :
2 inc halia
8 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
1 sk serbuk cili
1 sk serbuk lada hitam

CARANYA :
1.Panaskan minyak sapi dan butter,tumis rempah ratus dan bawang
   besar sehingga perang.
2.Masukkan ayam dan goreng seketika,kemudian bubuh kunyit serbuk dan
   bahan yang dikisar kacau rata.
3.Tambah yogurt,tomato,cili hijau,daun pandan,garam gula dan daun kari.renihkan selama beberapa minit.
4.Tuang susu cair dan masukkan sertbuk badam n gajus.
5. Kacau dan masak hingga mendidih.
6.Masukkan beras yang ditoskan,kacau sebati dan biar hingga masak. Hidangkan panas dengan sekeping ayam,acar dan sambal.
 

Tuesday, May 21, 2013

Nasi goreng kampong

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
Assalamualaikum.....
Selamat pagi buat semua......
 
Macam mana kawan-kawan berpuas hati tak....dengan resepi-resepi yang dikongsi disini.Insyaallah...pada sebelah malam nanti shada akan tampilkan dua resepi kek dari KekManis.
 
Semalam shada tidak sempat mengupdate resepi nasi goreng kampong.Nasi goreng boleh dimakan waktu sarapan,tengah hari atau makan malam.Tetapi bagi shada nasi goreng selalu dimasak untuk sarapan pagi kerana cara memasaknya sangat ringkas dan cepat.
 
Tapi...kalau mood malas datang jangan haraplah nok menggoreng hahaha.....
Paling mudah dan cepat kita makan roti ajelah....hehehe.Jom intai-intai resepi ringkas.
 
NASI GORENG KAMPONG
 
BAHAN2 :
 
3cup Nasi putih
4ulas Bawang putih - Tumbuk
2tangkai Cili padi - Tumbuk
1biji Bawang merah - Tumbuk
2sb ikan bilis - Tumbuk
2sb isi ayam cincang dadu
1biji telur
1sb ikan bilis goreng
1sk serbuk lada sulah
2sb Sambal belacan
Garam gula scukup rasa
1ikat kankung - Potong
 
CARANYA :
  1. Panaskan sedikit minyak,tumis bahan tumbuk hingga naik bau.Masukkan isi ayam,sambal belacan.Gaul hingga sebati dan ayam separuh masak
  2. Masukkan telur,serbuk lada sulah,garam gula dan nasi.Gaul sebati dan masak.
  3. Masukkan kankung gaul seketika dan akhir sekali masukkan ikan bilis goreng sebelum dihidangkan.
 
 

Monday, May 20, 2013

Nasi impit

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
NASI IMPIT

BAHAN2 :

2 Cawan beras
4 Cawan air
1 Biji kelapa parut - Goreng hingga perang
4 Ekor ikan selayang - Rebus n tumbuk
6 Biji bawang merah - Tumbuk
1 Inci halia - Tumbuk
3 Batang serai - Tumbuk
2 Keping nise
Garam secukupnya

CARANYA :

1 - Masukkan beras dlm air mendidih,kacau sesekali biar hingga beras hancur dan pekat.Tuang dlm bekas biar sejuk
2 - Satukan kelapa goreng,isi ikan,bawang merah,serai,halia,nise dan garam.mesin hingga hancur dan basah
3 - Potong nasi himpit ikut kesukaan dan boleh hidang bersama sambal ikan kelapa

Soto

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
SOTO

BAHAN2 :

2 Bungkus ketupat segera - Rebus
2 Cawan tauge
Kicap secukuprasa
4 Tangkai daun sup - Hiris

BAHAN KUAH SOTO :

2 Cawan isi ayam - Rebus dan dicarik
5 Biji bawang merah - Kisar
2 Ulas bawang putih - Kisar
2 Inci halia - Kisar
Air rebusan ayam secukupnya
1 Sup bunjut
Sedikit kulit kayu manis,buah pelaga,bunga lawang dan bunga cengkih
Garam gula secukuprasa
Minyak untuk menumis

CARANYA :

1 - Tumis bahan kisar hingga kekuningan.Masukkan semua bahan soto dan isi ayam,masak hingga didih
2 - Sedia dihidang bersama ketupat yg dipotong kiub.Makan bersama kicap,tauge dan daun sup.

Nasi ayam hainan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
NASI AYAM HAINAN
 
BAHAN NASI :
 
2 Cawan beras siam - Cuci toskan
2 Biji bawang merah - Cincang
2 Ulas bawang putih - Cincang
1/2 Inci halia - Cincang
4 Sudu makan butter
2 Cawan air/Secukupnya
Garam gula secukuprasa
 
BAHAN AYAM :
 
2 Ketul ayam
1 Paket sup bunjut
2 Ulas bawang putih - Cincang
1/2 Inci halia - Cincang
1 Biji bawang merah - Cincang
1 Batang kulit kayu manis
Air secukupnya
Sedikit serbuk lada putih
Garam gula secukuprasa
Sedikit daun bawang - Hiris
 
BAHAN SOS :
 
2 Biji cili merah - Kisar
1/2 Cawan air rebusan ayam - Kisar
3 Ulas bawang putih - Kisar
1/2 Inci halia - Kisar
1 Sudu teh minyak bijan - Kisar
1 Sudu teh cuka - Kisar
Garam gula secukuprasa - Kisar
 
CARANYA :
 
1 - Nasi : Panaskan butter,tumis bawang putih,bawang merah dan halia hingga wangi.
Masukkan beras,air dan garam gula gaul sebati.Bila nasi kering gaul sebati,tuup periuk dan tanak hingga masak.Ketepikan
2 - Ayam : Perap ayam seketika dengan bahan cincang,garam gula dan serbuk lada putih.
Renehkan ayam dgn sup bunjut,kulit kayu manis,garam gula dan taburkan daun bawang.
3 - Sos : Satukan semua bahan dan kacau hingga sebati.

Roasted chicken rice

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
ROASTED CHICKEN RICE

BAHAN NASI :

2 Scop beras basmathi - Cuci toskan

1 1/2 Sudu minyak jagung
2 Kuntum bunga lawang
1 Batang kulit kayu manis
1 1/2 Inci halia - Hiris
4 Ulas bawang putih - Mayang
Garam gula secukuprasa
1 Kiub pati ayam
2 Scop air/Secukupnya

BAHAN AYAM :

1 Ekor ayam kampong

1 1/2 Inci halia - Kisar
5 Ulas bawang putih - Kisar
1 Sudu makan kicap manis
1 Sudu makan sos tiram
2 Sudu makan madu
1 Sudu makan sos cili
Garam secukuprasa
1 Sudu makan lada putih

1 Inci halia - Hiris
4 Ulas bawang putih - Mayang

BAHAN SOS :

4 Tangkai cili merah - Kisar
2 Ulas bawang putih - Kisar
1/2 Inci halia - Kisar
1 1/2 Sudu makan air asam limau
Garam gula secukuprasa
1 Kiup pati ayam

CARANYA :

1 - Ayam : Satukan semua bahan ayam dan perap ayam seketika.Panaskan oven 200'C selama 15Minit.
Turunkan suhu 170'C dan panggang selama 30-40 Minit.Angkat sejukkan seketika dan boleh dipotong
2 - Sos : Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati
3 - Nasi : Panaskan minyak jagung dan tumis bawang putih,halia,bunga lawang dan kulit kayu manis hingga wangi.masukkan air dan kiub pati ayam biar didih seketika dan masukkan beras.Tanak hingga masak.

Nasi dagang ganu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
NASI DAGANG GANU

BAHAN2 :

3 Pot beras
1 Pot beras pulut
2 Cawan santan pekat
4 Cawan santan cair
1 Sudu teh halba - direndam
5 Labu bawang besar - Mayang
2 Inci halia muda - Hiris
3 Helai daun pandan
1 Sudu teh garam secukupnya

CARANYA :

1 - Rendam beras dan beras pulut selama 8 jam.Basuh beras toskan airnya.Kukus dgn daun pandan
2 - Apabila separuh masak,angkat dan gaulkan dgn santan cair dan garam.Kukus hingga masak
3 - Bila masak,gaulkan dgn santan pekat,halia,bawang dan halba.Lakukan semasa nasi masih panas.
 
GULAI IKAN TONGKOL

BAHAN2 :

1 Ekor ikan tongkol - Potong keping
20 Tangkai cili padi
5 Sudu besar rempah nasi dagang
1 Keping nise
1 Liter santan
Garam secukuprasa
Sedikit asam keping

BAHAN KISAR :

10 Biji bawang merah
10 Tangkai cili kering
3 Ulas bawang putih
2 Inci lengkuas
1 Inci halia
1 Inci kunyit hidup

CARANYA :

1 - Bersih ikan tongkol dan rebus hingga masak bersama asam keping dan garam.Ketepikan
2 - Tumis bahan kisar hingga harum.Masuk rempah dan tumis hingga pecah minyak
3 - Masukkan bahan lain bersama santan dan ikan.Remeh seketika dan kuah menyerap dlm ikan.

Nasi kuning ganu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
NASI KUNING GANU

BAHAN2 :

2 Pot beras - Cuci dan toskan
2 Pot air
3 Kuntum bunga cengkih
2 Biji buah pelaga
1 Kuntum bunga lawang
1 Batang kulit kayu manis
2 Inci kunyit - Airnya
2 Labu bawang besar - Kisar
5 Ulas bawang putih - Kisar
1 Inci halia - Kisar
2 Helai daun pandan - Simpul
1 Batang serai - Ketuk
Minyak jagung secukupnya
Garam gula secukup rasa

CARANYA :

1 - Panaskan minyak dan tumis bahan kisar,masukkan rempah 4 sekawan.Tumis hingga naik bau
2 - Kemudian masukkan air,beras,air kunyit,garam gula dan daun pandan
3 - Kacau sebati dan biar hingga nasi masak.Kacau rata sedia dihidangkan

Nasi kerabu sizzling

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
NASI KERABU SIZZLING

BAHAN A :

2 Cawan nasi
3 Batang kacang pangjang - Hiris halus
1 Tangkai bunga kantan - Hiris halus
3 Tangkai daun kesum - Hiris halus
2 Batang serai - Hiris halus
1 Cawan tauge
Garam gula secukupnya
Kicap sotong secukup rasa
Minyak masak secukupnya

BAHAN B :

1/2 Cawang sotong - Potong
1/2 Cawan udang - Buang kulit
1/2 Cawan isi ikan merah
Sambal tumis secukupnya

CARANYA :

1 - Panaskan minyak,goreng bahan A hingga masak angkat dan ketepikan
2 - Panaskan sedikit minyak,goreng bahan B hingga separuh masak dan angkat.
3 - Panaskan bekas sazzling hingga berasap,letakkan bahan A diseparuh bahagian bekas dan separuh bahagian lagi letak bahan B.
4 - Masak seketika dan boleh diangkat.

Nasi tomato mamak

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
NASI TOMATO MAMAK

BAHAN2 :

5 Pot beras basmati - Basuh toskan
20 Ulas bawang putih - Mayang
15 Biji bawang merah - Mayang
2 Labu bawang besar - Mayang
1 Tin kecil minyak sapi
5 Kuntum bunga lawang
5 Biji buah pelaga
3 Kuntum bunga cengkih
2 Batang kulit kayu manis
1 Tin susu cair
5 Pot air/Secukupnya
1 Tin kecil tomato puti

CARANYA :

1 - Panaskan minyak sapi dan tumis bawang putih,bawang merah,bawang besar dan rempah 4 sekawan.
2 - Masukkan pes tomato gaul rata dan wangi,Masukkan beras gaul rata.
3 - Masukkan air,susu cair dan garam gula biar hingga mendidih.Bila kering gaul rata dan tutup tudung biar hingga masak.
4 - Angkat dan hias dengan bawang goreng dan sedikit daun ketumbar jika suka.

Nasi kerabu hitam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
 
NASI KERABU HITAM

BAHAN NASI :

5 Pot beras - Cuci n toskan
30 Kuntum bunga nasi kerabu - Tumbuk perah airnya
2 Batang serai - Dititik
6 Helai daun limau purut - Koyak 2
Secubit garam
Air secukupnya.

BAHAN ULAM : HIRIS

5 Tangkai kacang panjang
2 Tangkai bunga kantan
2 Ikat daun kesum
2 Ikat daun selom
Rm1 Tauge kering

SAMBAL IKAN :

Rm 1 Kelapa parut - Goreng kekuningan
4 Ekor Ikan kembung sederhana - Rebus,Isinya tumbuk
2 Sudu makan lada hitam - Tumbuk
1 Inci halia - Tumbuk
4 Biji bawang merah - Tumbuk
2 Keping nise - Tumbuk
Sedikit garam

BAHAN SAMBAL LADA :

1 Cawan cili api
2 Cawan cili merah
5 Biji limau kasturi
1 Cawan cuka
Garam gula secukup rasa

BAHAN BUDU :

1 Botol budu sederhana
1 Inci halia - Mesin
1 Inci lengkuas - Mesin
20 Biji cili kering - Mesin
2 Keping nise
1 Cawan air
Sedikit gula n belacan
6 Helai daun limau purut - Koyak 2

CARANYA :

1 - Satukan semua bahan nasi dan tanak hingga masak.
2 - Sementara itu kisar semua bahan sambal lada hingga lumat.Ketepikan
3 - Satukan bahan budu dan masak hingga menjadi sedikit pekat,ketepikan
4 - Satukan bahan sambal ikan yg telah ditumbuk dan gaul sebati,ketepikan
5 - Selepas nasi masak,masukkan ulam,sambal ikan,sambal lada dan budu keatasnya
 
 

Nasi kerabu tumis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 

NASI KERABU TUMIS

BAHAN NASI :

5 Pot beras - Cuci n toskan
1 Sudu kecil serbuk kunyit
2 Batang serai - Dititik
6 Helai daun limau purut - Koyak 2
Secubit garam
Air secukupnya.

BAHAN ULAM : HIRIS

5 Tangkai kacang panjang
2 Tangkai bunga kantan
2 Ikat daun kesum
2 Ikat daun selom
Rm1 Tauge kering

SAMBAL IKAN :

Rm 1 Kelapa parut - Goreng kekuningan
4 Ekor Ikan kembung sederhana - Rebus,Isinya tumbuk
2 Sudu makan lada hitam - Tumbuk
1 Inci halia - Tumbuk
4 Biji bawang merah - Tumbuk
2 Keping nise - Tumbuk
Sedikit garam

BAHAN SAMBAL LADA :

1 Cawan cili api
2 Cawan cili merah
5 Biji limau kasturi
1 Cawan cuka
Garam gula secukup rasa

BAHAN TUMIS KISAR :

1/2Kg santan
1 Inci halia
1 Inci lengkuas
20 Biji cili kering
2 Keping nise
5Biji bawang merah
4 Ulas bawang putih
Sedikit gula n belacan
2 Batang serai
Jika suka letak sedikit budu

CARANYA :

1 - Satukan semua bahan nasi dan tanak hingga masak.
2 - Sementara itu kisar semua bahan sambal lada hingga lumat.Ketepikan
3 - Satukan bahan tumis dan masak hingga menjadi sedikit pekat dan pecah minyak,ketepikan
4 - Satukan bahan sambal ikan yg telah ditumbuk dan gaul sebati,ketepikan
5 - Selepas nasi masak,masukkan ulam,sambal ikan,sambal lada dan sambal tumis keatasnya

Nasi air

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 


NASI AIR

BAHAN2 :

1 Cawan beras
Air secukupnya
1 Cawan isi ayam cincang
3 Tangkai daun bawang - Hiris halus
1 Inci halia - Hiris halus
1 Cawan ikan bilis kecil - Goreng
1/2 Cawan bawang goreng
Kicap cair secukupnya
Sedikit minyak bijan
Garam gula secukupnya

CARANYA :

1 - Masukkan beras dan ayam cincang dalam air yg dididihkan.Kacau hingga beras hancur dan jadi pekat
2 - Perasakan garam gula.Bila pekat tuang dlm mangkuk,tabur ikan bilis,daun bawang,bawang goreng
3 - Sedia Dinikmati bersama kicap cair dan minyak bijan

Bubur lambuk tok mek

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
 
BUBUR LAMBUK TOK MEK

BAHAN2 :

1 Cawan beras
Garam gula secukuprasa
Budu mengikut rasa
2 Cawan santan
8 Keping keropok ikan

BAHAN TUMBUK :

4 Ekor ikan sardin yg dipanggang
6 Biji bawang merah
1 Ulas bawang putih
1/2 Cawan ikan bilis

SAYUR IKUT CITARASA :

4 Tangkai pucuk ubi muda
4 Tangkai bayam merah
4 Tangkai bayam hijau
Daun pudina secukupnya
4 Tangkai daun kesum
4 Tangkai pucuk miding

CARANYA :

1 - Masukkan air dan masak nasi hingga lembut.Masukkan bahan tumbuk,santan,budu dan semua sayuran.
2 - Masak hingga sebati dan sayur masak.Masukkan keropok keping dan hidang panas2

Nasi goreng cili padi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
 
NASI GORENG CILI PADI

BAHAN2 :

1 Sudu besar ikan bilis - Kisar
7 Biji cili padi hijau - Kisar
2 Biji bawang merah - Kisar
2 Mangkuk nasi putih
1 Sudu besar ikan bilis
2 Biji telur - Goreng
1/2 Biji tomato - Potong
2 Labu bawang besar - Hiris
5 Ulas bawang putih - Hiris
2 Batang kacang buncis - Hiris
1 Tangkai daun bawang - Hiris
Minyak untuk menumis
Garam gula secukuprasa

CARANYA :

1 - Panas minyak,tumis bawang putih hingga kuning.Masukkan bilis goreng hingga garing
2 - Masukkan bawang besar,kacang buncis,daun bawang dan tomato
3 - Masukkan bahan kisar gaul seketika dan masukkan nasi gaul sebati
4 - Perasakan dgn garam gula dan masukkan telur yg digoreng terlebih dahulu dan hancurkan.Kacau rata

Nasi goreng nanas

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
NASI GORENG NANAS

BAHAN2 :
2 Mangkuk nasi putih
2 Ekor sotong - Potong kecil
4 Sudu besar pes tomyam
1 Sudu kecil udang kering
1 Mangkuk nanas - Hiris kecil
6 Biji cili padi - Hiris
1 Batang serai - Hiris
1/2 kuntum bunga kantan - Hiris
2 Helai daun limau purut - Hiris
3 Biji bawang merah - Mayang
minyak utk menumis
Garam gula secukuprasa
CARANYA :
1 - Panas minyak,tumis bawang merah bersama cili padi hingga naik bau
2 - Masukkan sotong,pes tomyam,gaul rata bunga kantan,daun limau purut dan serai
3 - Masuk nasi dan gaul rata.Masukkan nanas bersama udang kering,garam gula dan gaul rata hingga masak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...