Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Friday, November 15, 2013

Nasi lemak kampong

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Assalamualaikum....
Salam pagi jumaat buat semua.....
 
Alhamdulillah masih diberikan kesihatan yang baik bagi meneruskan tugasan harian sebagai seorang suri harum.Pagi ni mood rajin menguasai diri .....dapatlah shada membuat nasi lemak sebagai menu sarapan haini.Kebiasaannya menu sarapan yang disediakan simple dan mudah,almaklumlah nok cepat hehehe....
 
kebiasaannya orang ramai lebih gemar mengambil nasi lemak sebagai menu sarapan pagi,mungkin kerana sebab tradisi atau sememangnya aroma nasi lemak itu sendiri.Ramai juga yang berpendapat nasi lemak satu menu yang ringkas,mengenyangkan dan enak dimakan bila-bila sahaja.
 
Nasi lemak sudah sebati dan sinonim dengan masyarakat melayu tetapi tidak kurang hebatnya dikalangan masyarakat china,india dan sebagainya.Malah pelancong asing yang datang ke Negara kita juga tidak melepaskan peluang untuk merasa nasi lemak.
 
Terdapat pelbagai cara dan kaedah membuat nasi lemak dan nasi lemak juga dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk pauk yang enak dan mampu memikat sesiapa sahaja.Kali ini shada hendak kongsi satu resepi nasi lemak biasa atau nasi lemak kampong.Jom kita layan resepinya...!
 
 
NASI LEMAK KAMPONG
 
BAHAN2 :
 
3 cwn beras basmathi - Cuci,rendam sekejap n toskan
2 cwn santan
3 cwn air
sedikit minyak untuk menumis
2 helai daun pandan - Disiat n simpul
1 batang serai - Ketuk
2 sk halba
1 sk garam
2 inc halia - Hiris
3 ulas bawang merah - Mayang
 
CARANYA :
1.Panaskan minyak dalam periuk,tumis bawang, serai, halia, daun pandan dan halba hingga wangi
2. Masukkan air dan santan,masak hingga mendidih. Tambahkan garam dan kacau rata.
3. Masukkan beras yang telah kita toskan airnya tadi dlm periuk, Kemudian tuangkan santan yang telah kita masak diatas tadi.
4.Tanak nasi seperti biasa. Bila dah masak kacau nasi dengan menggunakan chopstik supaya beras tak patah
 5.  Nasi lemak sedia dihidangkan bersama sambal tumis, telur rebus atau telur dadar, timun, kacang goreng dan ikan bilis. 
 
 
SAMBAL IKAN BILIS :
 
BAHAN 2 :
 
2 cwn ikan bilis - Cuci dan goreng garing ketepikan
RM2.00 Lada kering - Cuci n rendam hingga kembang dan toskan - kisar
15 biji bawang merah - kisar
6 ulas bawang putih - kisar
 Sedikit belacan - kisar
 1/2 cawan air asam jawa
1 sk garam
  5 sb gula
1/2 cwn minyak masak
CARANYA :

1. Panaskan minyak dalam kuali,tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau
2. Masukkan air asam dan gula garam secukup rasa,biarkan merenih seketika.
3. Bahan yang dikisar hendaklah ditumis lama sehingga benar-benar garing,supaya hilang bau maung lada kering dan mendapatkan sambal yang sedap
4. Bila dah masak, tunggu sehingga sejuk, barulah masukkan ikan bilis. Tujuannya supaya ikan bilis rangup bila dimakan
 
 

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...