بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Selamat malam semua....
Malam ni shada ingin kongsi resepi kek sponge yang diminta oleh wawa seorang kenalan baru shada.
Katanya teringin hendak membuat kek sponge tetapi takut kecewa.
Insyaallah....setiap apa yang kita lakukan kalau ada keinginan dan minat pasti kita mampu melakukannya.
Kalau nak cakap banyak pun Ks tak lah pandai sangat membuat kek,tapi kalau nak share segala ilmu yang Ks tahu insyaallah ..... Ks akan lakukan dengan sebaik mungkin.Resepi kek sponge ni Ks ambik dalam intenet tetapi sumbernya daripada siapa Ks dah lupa sebab dah ambik lama resepi ini tapi simpan buat pekasam hehehe...
Ks harap dengan perkongsian ini ia tidak menghampaan wawa dan mohon maaf jika ada kekurangan pada resepi ini.Ks juga ucapkan ribuan terima kasih kepada wawa kerana sudi berkongsi dengan Ks.
KEK SPONGE STRAWBERRY
BAHAN2 :
120g gula kastor*
10g ovallet*
4 biji telur A*
130g tpg superfine*
1 sk serbuk penaik*
40ml air
60g mentega cair / minyak jagung
1 sk esen vanila
1 sk strawberry emulco
CARANYA :
1. Panaskan oven pada suhu 170'C selama 15 mnt.Griskan loyang 8'inc dgn butter dan alas dengan bkg paper.
2. Satukan bahan bertanda* dlm mixer pukul hingga kembang dan gebu. Masukkan esen vanila & air. Putar lg sehingga sebati. Masukkan butter kaup balik hingga sebati.
3. Tuang adunan ke dlm acuan. Bakar selama 45 minit atau hingga masak mengikut oven masing2.
4. Bila sudah masak telangkupkan selama 5 minit agar kek tdk mendap.Terbalikkan semula & keluarkan dr acuan.Biarkan ia sejuk,kemudian boleh deko ikut kreativiti.
No comments :
Post a Comment