Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart
Showing posts with label SUP. Show all posts
Showing posts with label SUP. Show all posts

Thursday, February 27, 2014

Singge tulang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
Salam ukhuwwah ...............
Selamat malam semua !
 
Seperti sedia maklum resepi singge adalah berasal dari negeri cik siti wan kembang iaitu negeri Kelantan.Oleh kerana Kak Sue berasal dari negeri pantai timo ni...dari kecik sampai besaq dihidangkan dengan menu masakan pantai timo.jadi menu kali ini sangat sinonim dengan diri Kak Sue dan juga keluarga.
 
Tetapi kebiasaannya orang buat ike singge dan daging singge,kali ini Kak Sue buat sedikit pembaharuan pada resepi singge.Menu singge ini sangat disukai oleh kami sekeluarga,setiap kali buat singge mesti ike atau daging yang menjadi pilihan.Sebab itulah kali ini kak Sue cuba sesuatu yang baru dan lain dari yang lain,bukan setakat bahan asasnya diubah....resepinya pun kak Sue ubah sedikit bagi sesuai rasanya dengan tulang.
 
  Kak Sue harab menu ini sedikit sebanyak dapat memberi idea dan citarasa baru untuk kawan-kawan semua.Insyaallah...jika ada masa nanti Kak sue akan tampil dengan dessert atau puding pula sebagai penghias menu di blog ini.
 
 
 
 
SINNGE TULANG

BAHAN2 :

1/2 kilo tulang
1 inci lengkuas diketuk
1 inci halia - mayang
2 ulas bawang putih - mayang
4 keping asam gelugur
3 helai daun limau purut - belah 2
6 tangkai cili api
Garam gula secukup rasa
Air secukupnya

CARANYA :

1. Masak air hingga mendidih,masukkan tulang,lengkuas,bawang putih.masak dengan api sederhana hingga tulang berubah warna.
2. Masukkan asam gelugur,cili,daun limau dan garam gula.
3. Gaul mesra dan bila tulang dah empuk,boleh angkat untuk dihidangkan

Selamat mencuba!

Saturday, August 24, 2013

Sup ayam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
Assalamualaikum...
Salam ukhwah buat semua...
 
Alhamdulillah......
walaupun sibuk dengan tugasan harian masih sempat untuk shada meluangkan masa untuk hobi shada yang satu ini,memasak n membuat coretan di laman fun page KekManis dan blog Secubit Rasa.Walaupun masih banyak kelemahan dan kekurangan dalam mengupdate blog shada tetap mempunyai azam untuk cuba memperbaiki dari masa kesemasa dengan bantuan dan sokongan yang diberikan oleh kawan-kawan semua...^_^
 
Haini shada nak kongsi resepi sup ayam yang ringka dan senang hendat membuatnya.
Insyaallah....rasanya tidak akan menghampakan hehehe...!
 
SUP AYAM
 
BAHAN TUMIS :
 
4 Ulas bawang putih - Mayang
2 Biji bawang merah - Mayang
1 inci halia - Mayang
2 sk bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
1 sk buah pelaga
1 sk lada hitam
4 batang cabey

BAHAN2 :

1/2 Ekor ayam - cuci toskan
1 bungkus sup bunjut
Garam gula secukup rasa
Air secukupnya
2 tangkai daun sup - Hiris
2 helai daun bawang - Mayang
8 tangkai cili api - Hiris
2 biji limau nipis - Potong
Bawang goreng secukupnya

CARANYA :

1 - Masak air yang secukupnya utk buat kuah sup hingga mendidih.
2 - Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng bahan tumis hingga kekuningan.angkat toskan dan masukkan dalam air yang didihkan tadi.
3 - Masukkan sup bunjut dan ayam biar seketika.masukkan garam gula dan biar hingga masak
4 - Sebelum hidang masukkan daun sup n daun bawang,bawang goreng,cili api dan limau nipis
 
 
 
 

Sup sotong wif meatball

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
Assalamualaikum...
Selamat petang semua...
 
menu haini paling cepat dan mudah disediakan.Mood malas menguasai diri huhuhu....
Kalau dah malas dah tentu masak pun nok cepat dan mudah,maka terhasillah menu yang tidak seberapa ni...
 
Apapun tetap sedap dan kena dengan citarasa kami sekeluarga.
Shada harap menu ni dapat memberi satu kelainan dalam masakan 
 
 
BAHAN2 :
 
5 Ekor sotong - cuci toskan
10 biji meatball
4 ulas bawang putih - Tumbuk
3 tangkai cili padi - Tumbuk
3 batang serai - Ketuk
1 labu bawang besar - Mayang
1/2 batang carrot - Hiris memanjang
Garam gula secukupnya
Air secukupnya untuk sup
5 helai daun limau purut - koyak2kan

CARANYA :

1. Didihkan air,masukkan serai,bawang putih dan cili padi.biar seketika.
2. Masukkan meatball,carrot,bawang besar dan daun limau purut.
3. Masukkan sotong,garam gula secukupnya.kacau mesra dan boleh diangkat bila sotong dah masak.
 
 
 
 

Wednesday, August 21, 2013

Monday, May 20, 2013

Sup pedas thai

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
SUP PEDAS THAI

BAHAN :
2 Tangkai daun bawa
ng - Hiris
1 Biji capsicum merah/hijau - Cincang
1 Cawan isi ayam - Potong dadu
2 Cawan stok ayam
1 Cawan santan
1 Sudu makan serbuk kari
1 Cawan tauge
1 Tangkai daun sup - Hiris

CARANYA :

1 - Panaskan minyak dan tumiskan daun bawang,capsicum,isi ayam dan kacau seketika.
2 - Masukkan santan,stok ayam,serbuk kari dan biar sehingga mendidih
3 - Masukkan tauge.Boleh terus dihidangkan dan taburkan daun sup atasnya.

Sup tulang special

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
SUP TULANG SPECIAL

BAHAN2 :

1 Kg Tulang
6 Batang serai - Diketuk
4 Batang saderi - Dipotong kiub
Daun limau purut
Daun bawang
2 Sup bunyut tulang,
Daun sup,Bawanggoreng
Cili padi dan Air limau nipis

BAHAN TUMIS :

Sedikit halia - Mayang,6 Ulas b.putih - Mayang
4 Ulas b.merah - Mayang,Buah pelaga-Tumbuk kasar,Bunga lawang-Tumbuk kasar,
1 Pati sup tulang,Cabey,Lada hitam-Tumbuk kasar,Kulit kayu manis - Tumbuk kasar
Cili padi dan Air limau nipis

CARANYA :

1-Tulang direbus bersama serai dan daun limau purut dengan air secukupnya,biar ia mendidih dengan api sederhana.
2-Panaskan kuali dan tumis semua bahan tumis hingga kekuningan dan masukkan dlm rebusan tulang tadi.
3-Masukkan pati sup tulang bersama sup bunyut,air limau,cili padi,garam,gula dan saderi biar sampai masak.
4-Bila masak campurkan bersama daun bawang,daun sup dan bawang goreng.
5-Setelah sebati boleh dihidangkan.

Friday, May 17, 2013

Dumpling sup

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
 
DUMPLING SUP

BAHAN DUMPLING :

350 Gm Isi ayam - Cincang
50 Gm udang - Cincang
20 Gm jejari ketam - Cincang
1 Ketul stok ayam
Sedikit Garam gula
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit minyak bijan
20 Gm tepung sagu
2 Keping kulit watan
Sedikit daun ketumbar - Cincang

BAHAN SUP :

4 Cawan air stok ayam
1 Sudu teh serbuk stok ayam
1/ Sudu teh gula

CARANYA :

1 - Kacau semua bahan inti hingga rata dan sebati.Intikan dlm kulit watan,kukus hingga masak
2 - Rebus air stok ayam bersama bahan lain hingga mendidih dan sebati.
3 - Boleh dihidangkan bersama sirip ikan yudan dihias dengan jejari ketam dan daun ketumbar.

Sup Ayam Kukus Cina

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
SUP AYAM KUKUS CINA

BAHAN2 :

100 Gm isi ayam
30 Biji goji - Herba cina
1 Inci halia - Hiris
5 Biji kurma china
10 Gm serbuk herba jing seng
Garam gula secukuprasa

CARANYA :

1 - Gaulkan semua bahan hingga sebati
2 - Kukus selama 10 Minit.Angkat dan hidangkan

Singgang daging

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
SINGGANG DAGING

BAHAN2 :

1/2 Kilo daging - Hiris nipis
5 Cawan air
1 Sudu teh ketumbar - Tumbuk
1 Keping asam gelugur
Gram gula secukup rasa
1 Labu bawang besar - Mayang
1 Inci halia - Mayang
1 Inci lengkuas muda - Mayang
4 Ulas bawang putih - Mayang

CARANYA :

1 - Didihkan air dan masukkan semua bahan.Masukkan garam gula dan kacaun sebati.
2 - Masak daging hingga empuk dan sedia dihidangkan.
3 - Jika suka taburkan cili api bersama bahan masakan tadi.

Sup betis kambing

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 

SUP BETIS KAMBING

BAHAN2 :

3 Ketul betis kambing
2 Sudu makan minyak masak
Air untuk merebus secukupnya

BAHAN KISAR :

2 Biji bawang besar
2 Inci halia
10 Ulas bawang putih
1 Sudu kecil lada hitam
2 Sudu kecil serbuk ketumbar
3 Sudu besar serbuk kurma
2 Tangkai cili hijau

BAHAN TUMIS :

2 Inci halia - Mayang
3 Batang kulit kayu manis
3 Kuntum bunga cengkih
4 Biji buah pelaga
3 Batang seleri - Potong

BAHAN HIASAN :

Garam gula secukup rasa
6 Tangkai daun sup - Mayang

CARANYA :

1 - Rebus betis kambing hingga lembut ketepikan.Tumis bahan tumis hingga naik bau.
2 - Masukkan bahan kisar gaul rata dan wangi.Masukkan air rebusan tadi hingga mendidih.
3 - Masukkan garam gula dan daun sup,gaul rata dan tutup periuk seketika hingga mendidih.Boleh angkat

Sunday, July 10, 2011

Sup ayam buah kundur

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

SUP AYAM BUAH KUNDUR

BAHAN2 :
 
1/2 Ekor ayam
1 Cawan ayam cincang
2 Inci halia - Mayang halus
1 Sudu makan tepung jagung
1 Sudu makan minyak bijan
1 Sudu makan garam
1 Sudu makan serbuk lada sulah
Air secukupnya
Sotong kering secukupnya
10 Biji kurma
10 Biji cendawan hitam - Potong kecil
1 Cawan isi buah kundur - Potong kiub
1 Sudu makan gula
1 Sudu makan daun bawang
 
CARANYA :
 
1 - Rebus ayam bersama sotong kering sehingga mendidih dan kuah jadi pekat.Tapiskan airnya dan masukkan kurma,cendawan,buah kundur dan masak hingga mendidih.
2 - Gaul ayam cincang bersama halia,tepung jagung,minyak bijan,lada sulah dan garam halus.
3 - Masukkan adunan kedalam sup tadi.Tambah gula garam secukupnya.biar didih seketika n hias dgn daun bawang.

Monday, May 2, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...