بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Salam ukhuwwah ...............
Selamat malam semua !
Seperti sedia maklum resepi singge adalah berasal dari negeri cik siti wan kembang iaitu negeri Kelantan.Oleh kerana Kak Sue berasal dari negeri pantai timo ni...dari kecik sampai besaq dihidangkan dengan menu masakan pantai timo.jadi menu kali ini sangat sinonim dengan diri Kak Sue dan juga keluarga.
Tetapi kebiasaannya orang buat ike singge dan daging singge,kali ini Kak Sue buat sedikit pembaharuan pada resepi singge.Menu singge ini sangat disukai oleh kami sekeluarga,setiap kali buat singge mesti ike atau daging yang menjadi pilihan.Sebab itulah kali ini kak Sue cuba sesuatu yang baru dan lain dari yang lain,bukan setakat bahan asasnya diubah....resepinya pun kak Sue ubah sedikit bagi sesuai rasanya dengan tulang.
Kak Sue harab menu ini sedikit sebanyak dapat memberi idea dan citarasa baru untuk kawan-kawan semua.Insyaallah...jika ada masa nanti Kak sue akan tampil dengan dessert atau puding pula sebagai penghias menu di blog ini.
SINNGE TULANG
BAHAN2 :
1/2 kilo tulang
1 inci lengkuas diketuk
1 inci halia - mayang
2 ulas bawang putih - mayang
4 keping asam gelugur
3 helai daun limau purut - belah 2
6 tangkai cili api
Garam gula secukup rasa
Air secukupnya
CARANYA :
1. Masak air hingga mendidih,masukkan tulang,lengkuas,bawang putih.masak dengan api sederhana hingga tulang berubah warna.
2. Masukkan asam gelugur,cili,daun limau dan garam gula.
3. Gaul mesra dan bila tulang dah empuk,boleh angkat untuk dihidangkan
Selamat mencuba!
No comments :
Post a Comment