Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Friday, September 20, 2013

Nasi arab

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
Apa khabar semua ?? Hope semuanya sihat-sihat blaka...
Nasi ooo nasi....kalau satu hari tak makan nasi meme dok sah,
perut pun asyik memanggil nasi hahaha.....
Kalau ore klate make nasi 3x sehari pagi,tengah hari dan malam.
Dari kecik sampailah besar barulah ada peraturan sendiri dan kadang-kadang tu dah meme tak boleh nok ubah mesti nok cari nasi kan ??
Kalu ore luar nasinya tak lah pelbagai tapi kali di klate nasi pagi saja pun dah berjenis-jenis.
Nasi berlauk,nasi kerabu tumis dan nasi kerabu hitam,nasi dagang,nasi lemak dan nasi hujan panas.
kalau ikutkan nafsu semuanya nak rasa bila tengok menu yang pelbagai.belum cukup nga nasi kuih-muih dan bihun goreng,mee goreng,laksa dan laksam mesti boleh didapati untuk sarapan pagi.
Resepi yang nak dikongsi adalah resepi nasi arab yang tengah hot dan menjadi igauan sekarang.
Sampai Ks yang tidak gemar pun teringin hendak mencuba..
Itulah sunami nasi arab hahaha..
 
 
 
NASI ARAB
BAHAN NASI :

5 pot Beras basmathi - Rendam 1jam
1 Ekor ayam - Potong 4
7 pot Air - ikut sukat beras tadi
1 ekor ayam - Cuci dan toskan
2 sb ketumbar
2 sb jintan manis
2 sb jintan putih
4 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
  6 kuntum bunga lawang
Garam gula secukup rasa
2 kiub pati ayam
3 Labu bawang besar  - Potong 4
1 Inci halia - Mayang 
3 sb minyak sapi
3 sb minyak jagung 

BAHAN TUMIS NASI :

2 biji bawang besar ( dikisar )
4 Inci halia - Kisar
6 Ulas bawang putih - Kisar
1 Labu bawang besar - Mayang

  CARANYA :

1. Masukkan semua rempah ratus,ayam dan air.Rebus hingga separuh masak.
2. Toskan ayam dan rempah,ketepikan.
3. Panaskan minyak sapi dan minyak jagung.Tumis bawang besar dan bahan kisar hingga wangi kekuningan.
4. Masukkan air rebusan tadi dan biar hingga mendidih.Masukkan beras kacau sebati dan tanak nasi hingga masak.
5. buatkan lubang dan masukkan pewarna kuning telur dan oren,kaih-kaihkan / renjis-renjiskan pewarna yang disukai.

BAHAN AYAM :

5 Labu bawang besar - Kisar
  8 ulas bawang putih - Kisar
5 sb lada giling
Minya untuk menumis
Garam gula secukup rasa
3 sb kicap pekat
2 Labu bawang besar - Mayang
3 Tangkai cili hidup - Hiris

CARA 1 :

1.Panaskan minyak,Tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan cili giling,biar hingga pecah minyak.
2.Masukkan ayam dan sedikit air rebusan ayam tadi serta bahan perasa.Akhir sekali masukkan bawang mayang dan lada hidup.

CARA 2 :
Guna bahan yang sama  + 2 sb serbuk lada hitam 
tetapi diperap bersama ayam selama semalaman / 4jam dan dipanggang atau bakar dlm oven


BAHAN AIR ASAM :

3 biji Tomato - Hiris buang bijinya
5 biji Bawang merah - Mayang halus
2 Tangkai daun ketumbar - Mayang
10 Tangkai cili padi - Potong halus

BAHAN KISAR :

300ml Air asam jawa
1 sb Sos cili
1 sb Sos tomato
3 Tangkai Cili merah
6 Tangkai Cili api
Garam gula secukup rasa

  * Campur semua bahan kisar dan bahan air asam,gaul mesra.jika suka boleh masak seketika diatas dapur.

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...