بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
140g tepung gandum - Ayak
1 1/2 sk baking powder - Ayak
110g gula halus
75 ml susu segar/susu cair
2 biji telur A
1 sk ovellete
1/2 sk esen vanilla
Pewarna ikut karaktor buah-buahan pilihan
filing buah-buahan campuran
cawan kertas secukupnya
CARANYA :
Tutup kukusan hendaklah di balut dengan kain supaya air kukusan tidak menitis atas apam.
Sediakan acuan lompang secukupnya
Susunkan cawan kertas dalam acuan lompang dan ketepikan
2-Dalam mixer, masukkan telur dan gula dan pukul hingga kembang dengan speed tinggi.Masukkan tepung berselang seli dengan susu
3-Tambahkan esen vanila dan ovallete, dan terus putar hingga adunan bertukar putih, likat dan gebu.
4-Bahagikan adunan kepada beberapa warna pilihan.
Warna dasar dalam jumlah yang besar.Ambil anggaran 2 sudu untuk warna daun, dot-dot atau line.
5-kacau hingga rata,Kemudian masukkan dalam piping bag.
Untuk memudahkan proses, filling juga diletakkan dalam piping bag
6-Letakkan warna dasar dalam cawan kertas 1/3 cawan sahaja
Letakkan intinya dan tutup kembali dengan warna dasar hingga penuh.buat sehingga habis
7-melorek atas apam dengan karaktor buah-buahan pilihan.
Setelah siap, susun dalam kukusan dan kukus selama 10 minit hingga 15 minit
No comments :
Post a Comment