بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Apa khabar semua...
Alhamdulillah shada sudah semakin sihat walaupun masih lagi dalam mood berpantang.
terlebih dahulu shada mohon maaf banyak-banyak kerana sudah lama tidak membuat coretan disini,bukannya bzy women tapi tu lah...ada saja benda yang harus dilakukan.
Minggu ni shada kurangkan aktiviti untuk meluangkan masa bersama hazreeq yang asyik duk minta ajarkan dia memasak.Alhamdulillah....oleh kerana shada masih lagi pantang,dapatlah curi-curi masa mengajarnya.
Hari ni chef cilik turun padang membuat Apam Balik,cakap saja jom masak laju jah jawab okay.
inilah kanak-kanak bila buat sesuatu yang dia suka pasti tidak mau dilepaskan peluang tersebut.
Sebernya inipun kali pertama shada nak buat apam balik,menu ni pun rquest dari hazreeq sendiri.
Tugasan pertama cari resepi,cari punya cari terjumpalah satu resepi Apam balik yang simple dan cara-caranya mudah difahami untuk kanak-kanak sebaya hazreeq.
Hazreeq umur 7 tahun,oleh kerana dia sudah pandai membaca dan boleh memahami dengan apa yang dibacanya.Shada salin resepi dari google dan suruh dia baca dengan kuat-kuat dan terangkan balik apa yang dibaca supaya senang untuk dia ingat caranya membuat Apam balik nanti.
Alhamdulillah.....
seperti yang diharapkan hazreeq dapat membuatnya dengan baik walaupun ada tumpah sana sini....
Sabar....sabar....huhuhu.....maklumlah tak suka tengok comot sana sini hehehe...
jom lah kita layan aksi2 hazreeq didapur.
APAM BALIK
BAHAN2 :
170g Tepung gandum - Diayak
100g tepung beras
30g Tepung jagung
150g gula kastor
2 sk baking powder
1/2 sk Soda bikarbonat
1/2 sk Garam
2 biji Telur A
1 sk Esen vanila
7 ozs Air
BAHAN INTI :
Kacang tanah
Gula
Butter
Jagung manis
CARANYA :
1. Campurkan semua bahan,gaul hingga sebati.Perap selama 4 jam.
2. Panaskan kuali non stick pan,tuangkan 1 senduk kecil adunan,ratakan tabur bahan2 inti biar masak dan dilipat dua sebelum angkat.
No comments :
Post a Comment