Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Saturday, December 14, 2013

Roti canai

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Salam ukhwah buat semua.....
 
Selamat pagi !!!!
Alhamdulillah haini dapat rehatkan badan setelah siap semua tempahan .Seminggu yang memenatkan,insyaallah besok Ks akan bercuti dan kekmanis tidak akan beroperasi selama 4 hari.Sebelum cuti sekolah berlabuh pergi ,Ks mengambil cuti 4 hari ini untuk membawa hazreeq jalan-jalan.Hampir setiap hari musim cuti sekolah kali ini dia membantu Ks di dapur untuk menyiapkan semua tempahan.
 
Syukur Alhamdulillah dan terima kasih Ya Allah kerana kurniakan seorang anak yang ringan tulang,cerdik akal fikiran dan sangat memahami tuntutan tugas kedua orang tuanya.
walaupun hari-hari dipenuhi dengan tugasan menolong Ks didapur hazreeq tetap setia menemani tanpa rasa bosan dan penat.
 
Haini Ks ingin  kongsi resepi roti canai seperti yang diminta oleh seorang kenalan,resepi roti canai ni Ks minta dari mama suatu ketika dahulu.Tapi...baru sekarang berani untuk mencuba,mungkin sebab dah boring asyik makan roti canai mamak saja kan !!Orang kata kalau tak pandai buat roti canai engkau bukan anak mami laa oiiii hehehe....itulah ayat yang selalu Ks dengar masa remaja dulu.Walaupun Ks ada darah keturunan mamak tapi Ks lebih suka masakan pantai timur iaitu sebelah mama.Hope gabungan kedua-duanya dapat hasilkan citarasa yang memuaskan.
 
 
ROTI CANAI
 
BAHAN2 :
 
1 kg tepung gandum
3 cup air sejuk - air dlm peti
3 sb susu pekat manis
1 biji telur A
1 sk garam halus
Planta secukupnya
 
 
CARANYA :
 
1. Masukkan semua bahan,uli hingga doh lembut dan tidak melekat pada tangan.Masukkan dalam plastic dan ramas2 seketika untuk mendapat doh yang lembut
2. Keluarkan dari plastic,bulat2kan kecil dan uli sekejap,biar betul2 lembut
3.Bulat kecil2 susun dalam mangkuk,sapukan dengan plantan secukupnya dan tutup dengan kain lembab.Biar semalaman,keesokkan boleh kita canai.
 
*Roti canai ni shada makan dengan kuah kari ikan.Resepi shada dah update kari ikn merah
 
SELAMAT MENCUBA !
 

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...