بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum...
Salam sejahtera buat semua...
Sebenarnya dah lama buat menu ni...tetapi tak sempat-sempat nak update.
Mohon maaf banyak-banyak pada kawan semua yang request resepi ni...
Menu yang simple n mudah nak buat,rasanya pun boleh tahan jugak.Walaupun orang tua-tua cakap tak elok makan benda-benda dalam tetapi....sekali-sekala rasa teringin pulak nak makan huhuhuhu....mohon maaf ya...
PERCIK PEDAL AYAM
BAHAN2 :
30 keping pedal ayam - cuci dan rebus seketika
2 batang serai - Diketuk
Garam secukup rasa
4 keping asam gelugur
1 Keping nise
2 cwn santan
BAHAN KISAR :
5Tangkai cili kering
3 Ulas bawang putih
5 Biji bawang merah
1/2 inci halia
CARANYA :
1. Panaskan kuali tanpa minyak,masukkan bahan kisar dan biar seketika .Masukkan santan,serai dan asam gelugur.
2. Masukkan nise dan garam secukupnya.masak hingga kuah pekat dan pecah minyak.
3. Masukkan pedal ayam dan gaul hingga sebati.Angkat n toskan.
4. Cucuk pada lidi n panggang sehingga garing kemerahan.
No comments :
Post a Comment