بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum....
Salam ukhwah buat semua....
Hari ni shada ingin kongsikan satu resepi yang menjadi kegemaran hazreeq pada bualan puasa tahun ini.Kepak ayam madu....kalau tak buat satu hari asyik duk tanya jah,ummie mana kepak ayam saya ? hari ni ummie tak buat ka ? saya kan suka makan kepak ayam hari-hari.....saya suka kepak ayam....
Tiap2 hari mesti dengan soalan yang sama selagi tak nampak kepak ayam.Kekadang naik borink dibuatnya...tapi itulah seronok bila dapat buatkan makanan kegemaran untuk anak dan suami.Alhamdulillah.....walaupun tiap-tiap hari makan kepak ayam,tetap habis,kekadang tak cukup minta lagi....
inilah kenangan bulan puasa bersama anakku dikala usianya 7 tahun.Alhamdulillah puasa penuh dan belum tinggal lagi walaupun setiap hari penat dan padat dengan jadual persekolahan.
Syukur alhamdulillah..... semua aktiviti persekolah berjalan dengan lancar.Jom lah kita intai-intai resepinya...
KEPAK AYAM MADU
BAHAN2 :
20 ketul kepak ayam
8 ulas bawang putih
3 sb madu
2 sb kicap pekat
2 sb sos tiram
2 sk serbuk lada sulah
Secubit garam
Minyak untuk memanggang
CARANYA :
1 - Rebuskan kepak ayam terlebih dahulu separuh masak
2 - Gaulkan ayam dgn semu bahan sehingga sebati dan perap semalaman dalam peti sejuk.
3 - Panggang kepak ayam atas bara api atau dapur gas.
4 - Renjiskan minyak dan lebihan bahan perapan pada kepak
ayam.Terbalikkan supaya ia masak sekata.
5 - Angkat dan hidang
No comments :
Post a Comment