بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum...
Selamat petang semua....
Harini sungguh memenatkan,semua benda kena cuci dah 3 hari tak kemas rumah bila Mr M menguasai diri.Walaupun serajin mana kitapun ada jugak hari-hari yang buat kita rasa malas.orang tua selalu cakap kerja sebagai suri ni buakannya senang,besar tanggungjawab dan kerjanya tak pernah habis.Dari pagi sampailah hendak pejamkan mata.Sekarang baru shada faham betapa sukarnya ibu menjaga isi rumah.Shada harap shada mampu menjadi seorang suri yang Berjaya Insyaallah....Amin
Kali ni shada nak kongsi resepi sayur yang simple dan enak rasanya.Kebiasaanya setiap hari shada masak wajib ada satu menu sayur atau ulam sebagai pelengkap hidangan.Malah tugas shada lebih mudah kerana suami dan anak tidak memilih makanan.Apa yang shada hidangkan sudah pasti habis tanpa pembaziran.Jom cuba resepi kali ini...
KAILAN IKAN MASIN
BAHAN2 :
1 ikat Sayur kalian - Potong
3 ulas Bawang putih - Tumbuk
1 biji Bawang merah - Tumbuk
2 tangkai Cili api - Tumbuk
2 Keping kecil ikan tenggiri jeruk - Tumbuk
Garam gula secukup rasa
1 tangkai Cili merah - Mayang
1 sb Minyak jagung
CARANYA :
1. Panaskan minyak,tumis bahan tumbuk hingga bau Wangi.
2. Masukkan kalian,garam gula dan cili merah.Gaul mesra dan bolehlah diangkat.
No comments :
Post a Comment