Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Wednesday, July 2, 2014

Pai roti

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 

 
 
PAI ROTI

BAHAN2 :
6 keping roti - buang tepi...
1 cwn isi daging cincang
1 cwn sos preego
8 ulas bawang putih cincang
1 labu bawang besar cincang
2 tangkai cili merah - buang biji n mayang halus
5 tangkai daun ketumbar - hiris
1 sb serbuk lada hitam
Garam gula secukup rasa
1 biji telur
Sedikit parutan cheese

CARANYA:

 
1. Mula2 panaskan oven 180'c selama 15mnt dan golek roti hingga nipis ketepikan.
2. Panak 2sb minyak jagung,tumis bawang hingga wangi dan masukkan daging gaul sebati.
3. Masukkan sos preego,garam gula,lada hitam dan cili.
4. Bila kuah dh pekat masukkan sedikit daun ketumbar,gaul dan matikan api.
5. Ambik roti sekeping,sudukan inti,letak sedikit daun ketumbar,parutan cheese,sapu telur disekeliling n gulung.
6. Tekan dgn garpu dihujung roti kiri dan kanan.potong dengan pisau atasnya.jgn putus.sapu telur.buat hingga habis.
7. Bakar selama 10minit pada suhu 180'c mengikut kepanasan oven masing2.

Selamat mencuba !


 

Tuesday, July 1, 2014

Ayam goreng berempah sempoi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Selamat petang semua.....

Ramadhan kali ini Kak Sue hanya mampu menyediakan menu-menu yang simple dan mudah disediakan kerana tahun ini Kak Sue banyak mengambil tempahan biskut raya.Kak Sue rasa inilah kali pertama dalam sejarah Kak Sue sekeluarga tidak berkunjung ke bazar ramadhan.
Semua menu bebuka Kak Sue sediakan dari kuih-muih,lauk-pauk,minuman,moreh dan sahur.Walaupun agak penat untuk membuatnya,Kak Sue tetap berpuas hati demi keluarga tercinta.

Menu yang Kak Sue kongsikan kali ini ialah menu yang berasaskan ayam.Lauk ayam sememangnya digemari oleh anak-anak terutamanya ayam goreng.Tetapi Kak Sue tidaklah menyediakan ayam goreng setiap hari,Kak Sue hanya sediakan 3 kali dalam seminggu.Pada mulanya anak-anak merungut jugak...tapi lama kelamaan dah menjadi kebiasaan.

Menu ini adalah resepi Kak Sue sendiri.....
Menunya ringkas dan mudah tanpa menggunakan banyak bahan dalam penyediaannya.
Kak Sue harap menu ini dapat memberi sedikit kelainan dalam citarasa anda.


AYAM GORENG REMPAH SEMPOI

BAHAN2 :


 4 ketul ayam bersih n toskan
1 sb s.jintan manis...
1 sb s.jintan putih
1 sk s.kunyit
1 1/2 sb cili giling
1 sb rempah campur
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak utk mengoreng

CARANYA :

 1. Campur semua bahan dan gaul pada ayam sehingga rata.
2. Perap selama 1/2 jam dan sedia utk digoreng.
3. Goreng dgn api sederhana dan hingga kuning kemerahan.

"Selamat mencuba"

 

Colek Ike

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 

Selamat berpuasa ,semoga Ramadhan kali ini memberi seribu kemanisan buat kita semua.
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk merasai kenikmatan bulan ramadhan kali ini
Azam Ramadhan kali ini semoga Kak Sue sekeluarga dapat menunaikan ibadah sebaik yg mungkin dan dapat meningkatkan lagi amalan.
 
Disini Kak Sue ingin berkongsi resepi yang simple dan mudah disediakan untuk berbuka atau moreh bersama keluarga.Kak Sue harap dengan sedikit perkongsian ini dapat memberi pilihan dalam penyediaan juadah berbuka nanti.
 
 
 
COLEK IKE

BAHAN2 :

 4 ekor ikan kembung cuci n toskan
1/2 t.beras...
1 biji telur
1 sk s.lada sulah
1 sb cili giling
Garam secukup rasa
6 helai daun limau purut mayang
1 tangkai daun selasih mayang
3 tangkai daun ketumbar mayang
Minyak utk menggoreng

CARANYA :

 1. Gaulkan tepung,telur,lada sulah,cili giling dan garam hingga sebati.
2. Lumur pada ikan hingga rata.tabur bahan mayang gaul rata dan perap 1/2 jam
3. Goreng api sederhana dan hingga kekuningan.

PLUM SOS 

 
BAHAN :

 1/2 cup sos cili thai
2 sb sos cili
Secubit garam n gula
2 sb air
1 sb kacang tumbuk
2 tangkai daun ketumbar mayang

CARANYA :

 1. Satukan sos cili thai,sos cili,secubit garam gula dan air.
2. Kacau atas api sekejap.angkat dan masukkan daun ketumbar n kacang sebelum dihidangkan

"Selamat mencuba"
 

Thursday, April 10, 2014

kuih koci

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
Selamat pagi and apa khabar semua.....
 
Hari isnin sudah....cepat masa berlalu,cuti hujung minggu rasa macam tidak cukup untuk meluangkan masa bersama.Walaupun ada masa 2 hari tetapi tidak sempat untuk mengupdate blog.Banyak masa dihabiskan diluar untuk membeli barang-barang dapur dan keperluan.
 
Alhamdulillah
walaupun penat berjalan semua tugas yang harus dibuat dapat diselesaikan.kadang-kadang rasa malas sangat nak buat kerja tapi apakan daya tugas seorang suri meme tak pernah habis,ada saja kerja yang perlu dilakukan.Haini sempat membuat kuih koci pulut hitam untuk sarapan pagi tadi.Lama dah sebenarnya tidak buat kuih koci ni....kakau tak silap last Kak Sue buat 15 tahun yang lalu hahaha lama kan ??.
  Kak Sue suka makan kuih koci tapi agak malas hendak membuatnya,bukan setakat kuih koci semua kuih-muih yang dimasak secara kukus meme malas nak buat hehehe...
Tapi kalau nak makan Kak Sue buat jugak walaupun malas.Jom kita layan resepinya...
 
 
 
KUIH KOCI
 
BAHAN DOH :
 
250gm tepung pulut
1/2 cwn tepung pulut hitam
1 1/2 cwn air
 
BAHAN INTI :
 
1 biji kelapa parut putih
1 keping nise/gula melaka
1 cwn gula
2 helai daun pandan disimpul
1/2 cwn air
 
BAHAN2 LAIN :

Daun pisang secukupnya
dibersih n layur.potong 5×5 inc
Minyak secukupnya
1 cwn pati santan + secubit garam
 
CARANYA :
 
1. Cara membuat inti : Masukkan nise,gula dan air.masak sampai cair dan tapis.
2. Masukkan dalam kuali air gula tadi,daun pandan dan kelapa parut.masak hingga kering sedikit.ketepikan.
3.Cara membuat doh : Satukan tepung pulut,tepung pulut hitam dan air.Gaul hingga jadi doh dan tidak lekat ditangan.
4. Ambik sekeping daun pisang,sapu minyak sedikit,sudukan sejemput doh dan leperkan.letak 1 sudu kecil inti kelapa dan tutup dgn doh.bulat2kan,letak 1sudu kecil santan pekat,lipat macam biasa.
Selamat Mencuba !
 
 

vanila cupcakes

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ












100 pcs 
vanila cupcakes wif butter cream
thank you dear..!

pavlova

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ








100 cup mini pavlova
Order by fina
for majlis pertunangan


muffin choclate chips

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




 


Muffin choclate chips
thank you for ordering ♥




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...