Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Saturday, March 24, 2012

KuiH BaKaR RoTi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum......

N3 kali ini membuat kuih bakar bersama dengan hazreeq,bila tiba waktu petang dengan spotannya hazreeq berkata "Ummie jom laaa.....masak"Hobinya skarang ni suka masak bila asyik tengok master chef huhuhu.......Jom layan.....aksi Hazreeq didapur










Friday, March 23, 2012

Yee mee

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

YEE MEE

BAHAN2 :
 
1 Keping yee mee
2 Ulas bawang putih - Tumbuk
2 Ekor sotong - Potong bulat
5 Ekor udang - Buang kulit
1 Sudu kecil kicap pekat dan 1 sudu kecil sos tiram
1 Biji telur
Sedikit lobak merah,sawi dan cendawan tiram - Dipotong
Sedikit tepung jagung
 
CARANYA :
 
1 - Tumis bawang putih hingga naik bau.Masukkan sotong,udang,kicap dan sos tiram.Kacau rata dan masukkan sedikit air.
2 - Masukkan lobak merah,sawi dan cendawan tiram.Biarkan seketika hingga empuk.
3 - Pecahkan telur dan rasakan garam gula secukupnya.
4 - Akhir sekali masukkan tepung jagung yg dibancuh dengan sedikit air dan apabila kuah pekat dan masak.Tuang atas yee mee.

Wednesday, March 21, 2012

Jalan-Jalan At Genting

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Tahun 2011.....



Akhir tahun 2011 diakhiri dengan pergi jalan-jalan di genting higland.Walaupun ini kali ke-3 tapi...keseronokkan pada kali ini ternyata berlainan dari yg sebelumnya.Kali ini pergi bersama-sama dengan adik ana dan yus.

Kami sempat menginap semalaman di Hotel walaupun genting tidak jauh dari Putrajaya.Kebetulan Huny ada sedikit urusan di Genting,so....ambiklah peluang ni untuk jalan-jalan hehehe....Awal pagi lagi sudah bergerak dari hotel menuju ke puncak untuk menjelajah Genting Higland.Cuaca agak mendung mcm nak hujan dan kabus juga agak tebal.Dalam hati dup dap dup dap takut nati tak dapat nak main outdoor game.


Tepat jam pukul 9.30 pagi :
Alhamdulillah.....akhirnya sampai jugak ke Puncak Genting.Emmmmm sungguh sejuk....kami sarapan dulu dekat McD sebelum meneruskan "jalan-jalan" Kata Hazreeq.Bila dah selesai sarapan kami terus ambik tiket untuk outdoor theme park N indoor game.Kerana cuaca sangat sejuk dan kabus yang tebal menyebabkan banyak game tergendala seketika di outdoor theme park. Jadinya tiket yang sudah dibeli agak sedikit kerugian untuk 4 dewasa dan 1 kanak2. Walaupun begitu kami tidak mengsia-siakan apa yang ada n sanggup beratur menunggu giliran.


Setelah berpenat lelah dkt outdoor kami pergi ke indoor.Semua tempat dekat indoor penuh sesak dan terpaksa menunggu sangat lama untuk bermain satu-satu game kerana dekat luar sudah ditutup "hujan lebat".Nak tak nak terpaksalah kami main lagi dan lagi apa yang ada sampai nak termuntah. Game yang Hazreeq paling suka, kereta bumper dan train. 

Sedar tak sedar jam hampir pukul 8 mlm dan kami masih tidak turun lagi.Begitu leka dan teruja melihat Hazreeq begitu seronok bermain.Tidak sampai hati untuk mengajaknya pulang.Namun kami mula bertolak turun jam 8.30 takut nati tidak dibenarkan turun bila kabus tebal.Sehari berjalan bersama-sama sungguh bermakna buat kami sekeluarga dan tidak lupa juga Ana & Yus kerana menyerikan lagi hari2 bersama.Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ana & Yus kerana sudi berjalan-jalan bersama

Tuesday, March 20, 2012

PiSaNg GoReNg RaNgUp

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamalaikum.........
Salam sayang semua,

Hari ni mengigatkan shada pada masa sekolah dulu bagaimana perasaan berdebar2 menunggu keputusan peperiksaan.Dup Dap Dup Dap bagai nok luruh jantung untuk menuggu masa pergi ambik keputusan.Debaran dan penantian pastinya bertambah kerana besok keputusan SPM akan keluar.

Kesempatan ini shada mengucapkan sekalung taniah ! buat semua adik2 yang berjaya dan tidak lupa juga pada warga pendidik dan ibu bapa yang tidak pernah putus memberi semangat,dorongan dan berdoa untuk melihat kejayaan anak2.

Bagi mereka yang kurang benasib baik,Jangan berputus asa dan anggaplah ini sebagai cabaran untuk lebih berjaya dimasa akan datang.Gagal hari ini tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya.Usaha dilakukan ketentuan dan rezeki datang dari Yang Maha Kuasa( Allah SWT ).Insyaallah....sekiranya kita berfikiran positif dan percaya pada diri sendiri dan kelebihan kita yang Allah Kurniakan,Insyaallah.......sudah semestinya kejayaan akan sentiasa terbentang luas dihadapan......

Kali ini shada hendak berkongsi resepi pisang goreng,kebiasaannya asyik guna tepung segera emmmmmm maklumlah malas semuanya na cepat dan mudah.Kalau difirkan kembali asyik2 makan benda yang rasanya sama saja......"tak best kan??"Jom lah kita korek2 apa yang kena......


PISANG GORENG RANGUP



BAHAN2 :
Pisang awak/pisang nangka secukupnya
220g Tepung gandum
50g Tepung beras
1 Sudu kecil serbuk kunyit
Secubit garam
1 Biji telur
100g butter cup
Air scukupnya
CARANYA :
  1. Masukkan semua bahan dalam blender dan mesin hingga halus dan sebati.
  2. Masukkan dalam bekas dan ikut kepekatan yang mahu,masukkan pisang yang sudah dibelah
  3. Celup satu,dah lekat maknanya adunan dah ok.Panaskan minyak,celup pisang dan goreng kekuningan.


Monday, March 19, 2012

AgAr-AgAr PaNdAn SaNtAn

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Assalamualaikum...
Sala sejahtera buat semua.....
 
Menu hari ini shada buat simple pencuci mulut iaitu agar-agar pandan bersantan.Pasti kawan-kawan semua ingat zaman kanak-kanak dulu...Kalau diikutkan zaman kanak-kanak dulu Ma shada selalu buat agar-agar pandan bersantan,mungkin sebab rasanya yang lembut,lemak manis dan sejuk bila dimakan membuatkan kami adik beradik sangat gemar dengan agar-agar.
 
Sekarang shada masih meneruskan tradisi ini,kami sekeluarga sangat menggemari dengan pencuci mulut ini,kalau dapat makan hari-hari pun tak mengapa dan tak pernah jemu untuk menjamahnya.
 
AGAR-AGAR PANDAN SANTAN
 
BAHAN2 :
 
1 Bungkus agar2 tali (15g) - Cuci dan toskan
3cwn Air
3cwn Gula
2biji Telur
2cwn Santan
18helai Daun pandan - Gunting halus
 
CARANYA :
  1. Rebus agar2 denga air tadi bersama gula,maak dengan api sederhana sehingga hancur sebati
  2. Blanderkan daun pandan,santan dan telur hingga hancur dan sebati.Tapiskan adunan.
  3. Setelah agar2 sudah hancur sebati dgn gula,masukkan adunan pandan.Kacau an biar seketika,kacau lagi tutup api.
  4. Tuang dalam acuan,biar sejuk seketika sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.Setelah sejuk bolehlah dipotong dan dihidangkan.
  5. Jika suka boleh menggunakan acuan yang pelbagai bentuk.


 
 
 

MeE GoReNg KiCaP

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Assalamualaikum......
 
 
Nak masak apa ya ??? dah habis idea bila hari-hariduk asyik memasak,kadang-kadang tepu jugak nak pikir menu apa yang harus dimasak.emmmm menu paling senang untuk makan malam mee goreng !!!!!
 
Hazreeq orang yang paling gembira bila Shada beritahu petang nanti nak masak mee goreng.Mana tidaknya itu adalah makanan kegemaran dia.Hari-hari makan mee goreng pun tak pa,tambah-tambah lagi untuk sarapan meme tambah berkali-kali lah dia.
 
Untuk kali ni mee goreng kicap yang paling senang dan cepat untuk membuatnya.Almaklumlah orang tengah malas dan tak ada mood untuk masak.Jom layan....
 
MEE GORENG KICAP
 
BAHAN2 :
 
1 Paket mee kuning
1 Cawan Daging - Potong kecil
1 Paket kecil fish ball ikan tenggiri - Belah 2
1 Ikat sawi - Potong
2 Cawan Taugeh
1 Tangkai cili merah - Mayang
2 Tangkai daun sup - Mayang
2 Sudu besar cili giling
1 Sudu besar kicap pekat
1 Sudu besar kicap manis
1 Sudu besar sos cili
1 Sudu kecil serbuk lada sulah
Garam gula secukpnya
Minyak untuk meumis
 
BAHAN  TUMBUK :
 
6 Ulas bawang putih
4 Biji bawang merah
4 Tangkai cili api
 
CARANYA :
  1. Panaskn minyak,tumis bahan tumbuk hingga wangi.Masukkan cili giling,sebuk lada sulah,sos cili,kicap pekat dan manis.Gaul sebati biar seketika.
  2. Masukkan daging dan fish ball,biar seketika dan masukkan mee n gaul sebati.
  3. Masukkan bahan perasa,sawi dan tauge,kacau mesra.
  4. Akhir sekali masukkan daun sup dan cili merah,kacau mesra dan boleh dihidangkan.
Selamat mencuba !!


Saturday, March 17, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...