Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart
Showing posts with label Puding. Show all posts
Showing posts with label Puding. Show all posts

Wednesday, June 12, 2013

Puding caramel

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 


PUDING CARAMEL WIF STRAWBERY
 
BAHAN2 :
 
1 Tin susu cair ideal
6 Biji telur gred A
1 Cup gula kstor
8 Biji bekas dadih
8 Biji strawberry belah 4
 
BAHAN CARAMEL
 
2 Cup gula kastor
1/2 Cup air
* Jika suka sos byk bolehlah leihkan airnya
 
CARANYA :
 
1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.Dalam bekas pukul susu dan telur hingga mesra dan masukkan gula pukul hingga gula sebati dan hancur.Ketepikan
2. Untuk buat caramel Panaskan periuk dengan api kecil,masukkan gula biar melarut kekuningan.jangan sampai hangit.bila semua dah larut masukkan air dan kacau hingga semuanya cair tutup api.
3. Masukkan 1 senduk kecil caramel,masukkan bancuhan susu tadi hingga separuh buat hingga habis setiap bekas.kukus seketika(biar pekat sedikit).masukkan strawberry dan masukkan bancuhan susu hingga penuh.
4.Kukus hingga masak dan boleh dihias mengikut kreativiti.
 
"Selamat Mencuba"
 

Monday, May 20, 2013

Jely anggur wif natadecoco

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
JELI ANGGUR WIF NATADECOCO

BAHAN2 :

1/2 Sudu besar serbuk agar-agar
50Gm gula
100Ml jus anggur
150Ml air
7 Sudu besar natadecoco

CARANYA :

1 - Didihkan agar2,gula,jus dan air.Tuang dlm bekas agar2 mini dan masukkan natadecoco kedlmnya
2 - Biar beku dan dinginkan sebelum dimasukkan kedalam bekas anak2 kesekolah

Aga-agar comel

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
AGAR - AGAR COMEL

BAHAN2 :

1 Bungkus serbuk agar2 - Plain
5 Cawan air
1 Cawan gula pasir
Beberapa titik pewarna - Ikut kesukaan

CARANYA :

1 - Campurkan kesemua bahan2 kecuali pewarna,masak sehingga gula dan serbuk agar2 larut dan mendidih dengan menggunakan api yang kecil.
2 - Bahagikan bancuhan agar2 kepada 5 bahagian / sebaliknya dan letak pewarna pada setiap satu bahagian mengikut citarasa masing2
3 - Tuangkan bancuhan agar2 kedlm bekas yang sesua,sejukkan dan bolehla disimpan dalam fridge
4 - Bila agar2 dah mengeras,kuarkan dari acuan dan siap untuk dihidangkan

Friday, May 17, 2013

Puding lemon

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
 
PUDING LEMONBAHAN2 :


3 Sudu kecil gelatin
3 Biji kuning telur - Asingkan putih dan kuning
125 Gm gula kastor
1 Biji lemon - Parut kulit dan diambil jus

CARANYA :

1 - Putarkan kuning telur dan gula kastor sehingga berkrim. Masukkan kulit dan jus lemon dan putar lagi hingga sebati.
2 - Gelatin yang direndam kemudian dikacau di atas api yang kecil sehingga larut kemudian dimasukkan ke dalam adunan telur. Kacau hingga sebati.
3 - Putarkan putih telur sehingga berbuih sebelum dituangkan ke dalam adunan kuning telur tadi. Kacau lagi hingga sebati sebelum dituangkan ke dalam acuan agar-agar ataupun gelas kecil.
4 - Dinginkan puding dalam peti sejuk sehingga beku sebelum menghidang.

Puding labu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
PUDING LABUBAHAN2 :


1/2 Biji labu kuning yang halus isinya
3 Sudu tepung kastard
1 1/2 Cawan susu cair atau susu segar
1 Biji telur
2 Sudu besar gula Melaka yang dihancurkan
2 Sudu besar gula pasir
2 Sudu kismis

CARANYA :

1 - Belah dua labu dan korek isinya. Rebus isi labu hingga empuk dan ketepikan bahagian kulitnya.
2 - Kisar isi labu yang telah direbus bersama susu, telur, tepung kastard, gula Melaka dan gula pasir hingga hancur kesemua bahan.
3 - Tuangkan ke dalam (kulit) labu yang telah dikorek. Taburkan kismis dan bakar dalam ketuhar selama setengah jam pada suhu 100'C.

Puding mangga berkrim

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 

PUDING MANGGA BERKRIM

BAHAN2 :

1 Biji ceri
Krim putar secukupnya
1 Tin susu cair

BAHAN PUDING :

3 Sudu makan tepung jagung
1 Sudu makan tepung kastad
1 Sudu makan perasa mangga
1/2 Sudu makan gula
Secubit garam
100 Ml susu cair

CARANYA :

1 - Masukkan susu cair,tepung jagung dan tepung kastad dlm periuk.Masak atas api perlahan
2 - Masukkan perasa mangga,gula dan garam secukupnya.Masak hingga pekat
3 - Tuangkan adunan dlm bekas dan biarkan hingga sejuk.Tuang susu cair dan letak krim putar atasnya.Hiaskan dgn buah ceri.

Agar - agar coco

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
AGAR-AGAR COCO

BAHAN2 :

74Gm / 2 agar-agar
13 Cawan air
6 Cawan susu
3 1/2 Cawan gula / mengikut kesukaan
1 Cawan koko


CARANYA :

1 - Rebus semua bahan kecuali susu dan koko sehingga agar-agar larut.
2 - Masukkan susu dan koko,masak dengan api sederhana sehingga agar2 likat sedikit dan berkilat.
3 - Tuangkan dalam acuan mengikut kesukaan.
 

Thursday, April 11, 2013

Puding roti sos vanila

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Assalamualaikum.....
Salam malam jumaat buat semua.....semoga kita semua mendapat taufik an hidayah di hari jumaat yang barakhah ini.Marilah kita sama2 membaca yassin disedekahkan pada yang telah pergi.Kalau dah tiba malam jumaat semuanya gembira dan seronok kerana dah tiba waktu cuti hujug minggu dan tiba masa untuk jalan-jalan.
 
Tentu dah ramai yang gemar membuat dessert yang simple dan mudah.Kebiasaannya  zaman sekarang semuanya mahu buat semuanya dengan cepat dan mudah.Resepi dessert kali ini puding roti sos vanila.
 
Biasanya dengan susu cair dan sos kastad.Tapi kali ini shada cuba sesuatu yang lain pulak.Asyik makan beda yang sama borink jugakkan.....skali skala ubah sedikit resepi lama dah jadi satu resepi yang baru.Jom lah kita layan......
 
PUDING ROTI SOS VANILA
 
BAHAN2 : A
1 Bungkus besar roti keping - Potong kecil
250g gula
Secubit garam
1/2 Sudu teh esen vanila
200g Butter
100g Kismis
100g Kacang gajus
2L susu uht
3 Biji telur
 
BAHAN : B
50g Tepung gandum
250g Gula
1 L susu uht
1 Sudu besar butter
1 Sudu teh esen vanila
1 Biji telur
1 Helai daun pandan - Simpul
 
CARANYA :
  1. Bahan A masukkan gula,garam,telur,esen,butter dan susu ke dalam mangkuk adunan.Pukul sebati.Tuangkan dlm adunan roti secukupnya
  2. Tabur kacang gajus dan kismis.Bakar dalam oven suhu 160'c selama 25minit.
  3. Bahan B didihkan esen vanila,tepung,telur dan susu sambil dikacau rata.
  4. Masukkan daun pandan dan butter,kacau hingga pekat dan sedia dhidangkan bersama puding roti.
     
 
 
 

Monday, March 19, 2012

AgAr-AgAr PaNdAn SaNtAn

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Assalamualaikum...
Sala sejahtera buat semua.....
 
Menu hari ini shada buat simple pencuci mulut iaitu agar-agar pandan bersantan.Pasti kawan-kawan semua ingat zaman kanak-kanak dulu...Kalau diikutkan zaman kanak-kanak dulu Ma shada selalu buat agar-agar pandan bersantan,mungkin sebab rasanya yang lembut,lemak manis dan sejuk bila dimakan membuatkan kami adik beradik sangat gemar dengan agar-agar.
 
Sekarang shada masih meneruskan tradisi ini,kami sekeluarga sangat menggemari dengan pencuci mulut ini,kalau dapat makan hari-hari pun tak mengapa dan tak pernah jemu untuk menjamahnya.
 
AGAR-AGAR PANDAN SANTAN
 
BAHAN2 :
 
1 Bungkus agar2 tali (15g) - Cuci dan toskan
3cwn Air
3cwn Gula
2biji Telur
2cwn Santan
18helai Daun pandan - Gunting halus
 
CARANYA :
  1. Rebus agar2 denga air tadi bersama gula,maak dengan api sederhana sehingga hancur sebati
  2. Blanderkan daun pandan,santan dan telur hingga hancur dan sebati.Tapiskan adunan.
  3. Setelah agar2 sudah hancur sebati dgn gula,masukkan adunan pandan.Kacau an biar seketika,kacau lagi tutup api.
  4. Tuang dalam acuan,biar sejuk seketika sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.Setelah sejuk bolehlah dipotong dan dihidangkan.
  5. Jika suka boleh menggunakan acuan yang pelbagai bentuk.


 
 
 

Saturday, March 17, 2012

Friday, March 16, 2012

PuDiNg GuLa MeRaH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum......
Salam pertemuan dan salam sejahtera semua,

Musim cuti sekolah ramai mengambil kesempatan pergi bercuti tapi shada sebaliknya.Almaklumlah Huny sibuk dengan tugasan kerja yang melimpah-limpah.oleh itu masa lapang si kecik diisi dengan menolong ummienya didapur,bila tiba jah waktu petang mula bertanya hari ni nak masak apa ummie ??

Dalam hati dok fikir apa ya yang sesuai utk si kecik lakukan dan sesuatu yg enak dimakan.fikir punya fikir.......dapatlah idea untuk membuat puding gula merah.Reseoi asal Shada ambik dekat internet tapi....bahan yg digunakan byk dan susah untuk shada mengajar si kecik.

Disini Shada mohon maaf pada tuan punya resepi coz Shada sudah ubah suai resepi ni mengikut citarasa Shada dan family.Jom kita masak hehehe......

"SeLaMaT MeNcUbA"

PUDING GULA MERAH

BAHAN2 :

1 Ketul gula melaka - Racik halus
1 Bungkus agar2 serbuk - 15 gm
700 ml santan  - 100 ml santan dicampur dgn telur 
300 ml air
2 Helai daun pandan - disimpul
1 Biji telur
Secubit garam
CARANYA :

1 - Masukkan gule melaka dalam periuk bersama dengan 300 ml air dan panaskan atas api hingga gula larut dan mendidih.Kemudian tapis
2 - Dalam periuk lain, satukan santan, air gula melaka, aga-agar, daun pandan, dan garam
Masak atas api yang sedehana hingga agar-agar melarut
3 - Dalam bekas lain pukul telur bersama sedikit larutan agar2 dan 100 ml santan tadi,pukul hingga rata.
4 - Tuangkan semula adunan telur kedalam adunan agar2 tadi,masak semula hingga mendidih dan telur berketul2.
5 - Sediakan acuan yang sesuai dengan sukatan.Basahkan dengan air dan tuang agar2 tadi kedalam loyang
6 - Biarkan ia sejuk dan keras,simpan dalam peti sejuk seketika dan sedia dihidangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...