Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Thursday, December 9, 2010

Gulai kawah daging

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



GULAI KAWAH DAGING

BAHAN2 :
 
1/2 Kilo daging
10 Biji bawang merah - Mayang
3 Ulas bawang putih - Mayang
2 Inci halia - Mayang
1 Keping Nise/Gula melaka
1 Sudu jus asam jawa
1/2 Kg santan pekat
4 Sudu makan rempah kari daging
5 Sudu makan minyak masak/Secukupnya
Sedikit rempah 4 sekawan
Garam gula secukup rasa
 
CARANYA :
 
1 - Panaskan minyak masukkan rempah 4 sekawan tumis hingga wangi.
2 - Masukkan bahan mayang dan goreng hingga wangi dan kekuningan.
3 - Masukkan rempah kari kacau hingga pecah minyak.
4 - Masukkan santan,jus asam jawa dan nise.Kacau sebati dan biar mendidih seketika.
5 - Perasakan dengan garam gula secukup rasa.Biar seketika dan angkat.


Friday, March 26, 2010

Ibu Comel

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

SALAMM..................



Laman "Ibu Comel"memaparkan coretan mengenai kehamilan. Setiap info yang terdapat didalam laman ini  berasaskan pembacaan , pengalaman dan sumber internet.

SELAMAT MEMBACA
Shada Dz Group

KHASIAT HERBA KETIKA BERPANTANG

1 - SERAI
Kandungan citral dlm tumbuhan ini mat berkesandlm membantu proses pencernaan,melegakan kekejangan,ketegangan otot,sengal-sengal dan sakit kepala.Antara lain,tonik yg ada juga boleh meransang sistem badan.Malah,turut membantu anda menurunkan suhu badan.
2 - KURMA
Kajian membuktikan buah kurma antara makanan yg paling pantas diproses bagi membekalkan tenaga.Memandangkan selepas bersalin,anda perlu menggabungkan pelbagai jenis makanan utk menggantikan tenaga dan darah yg berkurangan,jadi kurmalah pilihan yg sesuai.Apatah lagi,ia turut kaya dgn unsur zat besi dan kalsium bagi meransang penghasilan susu ibu.
3 - LADA HITAM
Rempah ini memiliki banyak khasiat.Terkenal sebagai ubat dalaman kerana ia berupaya mengeluarkan angin dari perut dan usus serta bermanfaat utk memanaskan badan.Antara lain,ia dapat melancarkan aliran darah,mengatasi perut kembang dan mengubati sakit serta pening kepala.
4 - BAWANG PUTIH
Bahan masakan ini mengandungi tinggi karbohidrat,sedikit protien,serat dan lemak.Selain itu,vitamin dan bahan galian yg penting utk kesihatan seperti vitamin C,zat besi dan potassium byk terkandung di dlmnya.Lantaran itu,ia sangat baik utk menyembuhkan luka.Amalan memakan bawang putih sangat elok diamalkan kerana ia menjadikan anda kekal bertenaga.
5 - HALIA
Mengandungi atsiri,damar,mineral sineol,vitamin A,B1,C dan protein menjadikannya baik utk mengubati luka luar dan dlm,merawat kegatalan,meransang kelenjar pencernaan dan membangkit selera makan.Lebih daripada itu,rasa dan aroma pedasnya dpt menghangatkan tubuh dan mengeluarkan peluh dengan berkesan.
6 - KUNYIT
Tumbuhan yg diklafikasikan sbagai paling byk bermanfaat dlm dunia perubatan ini mampu membersihkan perut,melepaskan lebihan gas pada usus,menghentikan pendarahan,melancarkan aliran darah dan mencegah pengumpulan darah.
7 - LENGKUAS
Lengkuas merah paling lazim digunakan utk tujuan perubatan.Hal ini kerana ia berkhasiat dlm membantu anda membersihkan darah,menghalang gangguan perut dan meransang otot.Oleh kerana itu jugalah,lengkuas sering digunakan sebagai salah satu bahan utk menghasilkan jamu dan ubat bagi menguatkan tenaga.


LEBIH BANYAK SUSU IBU

LANGKAH PERTAMA :
AMALKAN PEMAKANAN TINGGI KHASIAT
Dalam usaha membekalkan susu berkualiti,ambil makanan sihat seperti daging,buah-buahan,sayur-sayuran,bijiran penuh dan produk tenusu.Makanan yang diambil perlulah mengandungi protein,zat besi,kalsium,asid folik dan zink yg tinggi.Makanan ringan seharusnya dihadkan.Juga,jangan lupa minum lebih byk air.
LANGKAH KE-DUA :
TETAPKAN GILIRAN ATAU SERENTAK?
Dalam beberapa hari pertama,anda pasti mahu bayi mendapat khasiat susu terutamanya kolostrum yang diperlukan.Setelah susu matang terhasil,anda boleh menyusukan kedua-dua anak mengikut giliran mahupun secara serentak.
LANGKAH KE-TIGA :
KENAL PASTI POSISI BERSESUAIAN
Anda boleh mengaplikasikan pelbagai posisi.Anda boleh memegang kedua-dua anak dlm posisi Cradle Hold atau Football Hold atau menggabungkannya antara lain,anda boleh praktikkan posisi semi-reclined atau sambil berbaring.Apa pun posisinya,anda tahu mana yg sesuai dan selesa untuk diri sendiri.
LANGKAH KE-EMPAT :
BERTENANG
Susukan bayi dlam keadaan tenang agar anda dan anak-anak kekal selesa spanjang sesi penyusuan berlangsung.
LANGKAH KE-LIMA :
MINTA TOLONG
Mintalah pertolongan daripada suami,ibu,ibu mertua atau pembantu rumah untuk bermain dan menglih perhatian anak yang tua sewaktu menyusukan bayi.

TIPS BY SHADA :
Tidur dan rehat mencukupi penting untuk mengelakkan oksitosin terencat sekaligus mengelakkan pengeluaran susu terbantut.
5 PANDUAN MELANCONG KETIKA HAMIL

1) BAWA BUKU LAWATAN ANTENATAL
Ke mana sahaja anda pergi,jangan lupa buku lawatan antenatal.Manalah tahu anda mungkin perlu bersalin ketika sedang bercuti.
2) PERIKSA SYARIKAT PENGANGKUTAN
Ada sesetengah syarikat pengangkutan (kapal terbang,bas atau feri) tidak membenarkan wanita hamil menggunakan perkhidmatan yang disediakan kerana risaukan risiko yang bakal anda alami.
3) BANYAKKAN PERGERAKAN
Jangan duduk untuk tempoh lama.Juga digalakkan memakai stoking sepanjang perjalanan.
4) KAD INSURANS PERJALANAN
Anda digalakkan untuk mendapatkan kad insurans perjalanan yang dapat memberi perlindungan menyeluruh sewaktu anda bercuti.
5) MINUM BANYAK AIR
Ini bagi mengelakkan anda mengalami dehidrasi.

TEKNIK PENYUSUAN
 Posisi yang betul merupakan aspek penting dalam menjamin kejayaan anda sewaktu menyusukan bayi.Oleh kerana itulah,anda perlu tahu teknik yang betul agar dapat melakukan penyusuan yang berkesan.Satu ketika dulu Shada telah mengikuti kursus penyusuan susu ibu yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Putrajaya.Apa yang boleh Shada katakan antara teknik yang dipraktikkan ialah:-
1)SELESAKAN DIRI
Berada dalam posisi duduk sama ada mahu duduk di atas kerusi,lantai,katil dan sebagainya.Apapun pilihan anda,pastikan anda meletakkan bantal di belakang pinggang dan di atas riba untuk mengampu bayi.
2)BETULKAN POSISI BAYI
Bayi dalam keadaan mengiring dan seluruh badannya menghadap ibu.Kepala bayi perlu dekat dengan siku dan tangan ibu menampung punggung bayi.Anda dalam keadaan selesa dan usah bongkokkan diri sewaktu menyusu.Sekiranya perlu,gunakan bantal untuk mengampu badan bayi.
3)MULAKAN PENYUSUAN
Pegang payu dara dengan tangan sebelah lagi.Ibu jari perlu memegang bahagian atas aerola dan jari yang lain dibawah payu dara.Kedudukan ibu jari dan jari telunjuk membentuk seperti huruf C
4)GALAK BAYI AGAR MENGHISAP
Sentuh bibir bayi dengan hujung puting.Apabila bayi memaling muka,secara perlahan sentuh pipinya.Cara begini bayi akan membuka mulutnya dengan luas.Terus masukkan puting ke bahagian tengah mulut.Jangan lupa pastikan puting berada di atas lidah dan peluk bayi dengan rapat kearah tubuh anda.Jika bayi tidak selesa dan menangis,pujuk dan tenteramkan dia sebelum anda mencuba lagi.
5)CARA HISAPAN YANG MEMUASKAN
Pastikan mulut bayi benar-benar merangkumi sebahagian besar aerola di dalam mulutnya.Ransangan hisapan bermula bila puting bersentuhan dengan rongga mulut bayi.Kiranya bayi menghisap di hujung puting,sudah pastilah bayi tidak dapat bekalan susu secukupnya.Tubuhnya perlu rapat sehingga hidungnya tersentuh payu dara anda.Elakkan menekan payu dara dari atas bagi memudahkan bayi bernafaskerana puting akan terkeluar sebaliknya angkat sedikit payu dara atau rapatkan tubuh bayi. 

                   PANDUAN MEMILIH PAKAIAN PERIBADI
Payu dara, perut dan punggung akan membesar seiring dengan pertambahan usiakehamilan. 
Factor-faktor seperti saiz pra kehamilan dan pertambahan berat badan memainkan peranan penting terhadap perubahan yang terjadi. Sampai di suatu tahap, ketidakselesaan pasti akan timbul. Jika ini terjadi, anda perlu memberi perhatian khusus kepada pemilihan pakaian peribadi yang sesuai.

TIP MEMILIH COLI
A. Sebelum membeli lebih baik mencubanya terlebih dahulu. Coli yang baik memberi keselesaan     kepada si pemakai.
B. Ibu hamil tidak seharusnya memakai coli yang mempunyai dawai dibahagian
bawahnya. Ini kerana ia akan menekan ke dalam tisu-tisu payu dara yang halus dan lembut.
C. Kekuatan coli terletak pada mangkuk (cup), tali dan kacingnya. Saiz tali harus lebar dari coli yang biasa dipakai sebelum hamil dan kacingnya perlu kuat untuk dipadankan dengan saiz dada.
D. Coli fabrik kapas dapat menyerap peluh dan lembapan dengan baik.

TEKNIK MENGUKUR SAIZ COLI
A. Berdiri dan ukur keliling bawah payu dara
- Jika ukuran genap tambah 4 inci untuk tentukan saiz coli.
- Jika ukuran ganjil tambah 5 inci.
B. Berdiri dan ukur bahagian payu dara terpenuh. Beza antara ukuran ini dan
Saiz tubuh adalah sama dengan saiz mangkuk.

TIP MEMILIH SELUAR DALAM
A. Beli seluar dalam yang diperbuat daripada fabric kapas sahaja.
B. Ukuran seluar dalam yang baik seharusnya lebih besar sedikit daripada
Perut, punggung dan saiz paha.
Shada
DZgroup

KELENGKAPAN MAMA,PAPA DAN BABY

         MAMA                                                  PAPA                                     BABY
Kad pengenalan diri                             Snek dan minuman                 Bakul bayi / Bag bayi
Kad pemeriksaan ibu hamil                  Kamera / Kamera video          Baju,Seluar dan Topi
Kad insurans kesihatan                        Minyak aromaterapi              Stoking dan Sarung tangan
Aksesori rambut                                                                                  Selimut dan Tuala
Bantal kecil dan Bantal menyusu                                                        Lampin dan Tisu basah
Tuala muka dan Tuala mandi                                                             Barut dan Pampers
Bahan bacaan                                                                                   Johnson's baby oil
Gula-gula berangin                                                                           Losen dan Syampu bayi
muzik dan Alatan mandian                                                                Putik kapas dan Bedak
Pakaian pulang kerumah
Coli menyusu
Pad payu dara dan Tuala wanita
Seluar dalam pakai buang
Selipar dan Stoking
Shada DZgroup

Petua

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Salamm............
Welcome To Laman Petua Yang Direka Khas Untuk Tatapan Semua,

Petua dan Tips yang dipaparkan saya perolehi dari rakan,keluarga,pengalaman,pembacaan dan amalan sendiri. Hasilnya mungkin berbeza antara setiap individu.
Wassalamm,
Shada
Putrajaya

WAJAH BERSERI


  • 1 Mangkuk kecil beras,basuh dan toskan airnya.
  • Goreng tanpa minyak hingga hangus,tumbuk/kisar halus simpan dlm bekas
  • Ambil sedikit utk digunakan dan campurkan dgn sedikit air limau nipis
  • Gosok pada muka dan biar kering sebelum dicuci
TEGANGKAN KULIT MUKA
  • 1 Batang timun sagat/hancurkan hingga lumat
  • Campurkan dgn sedikit tepung ubi dan air
  • Kacau rata jangan terlalu cair dan sapu pada muka
  • Biar kering sebelum dibersihkan
BIBIR MEREKAH
  • Sedikit air kelapa muda dicampur dgn kuning telur dan madu
  • Kacau hingga sebati dan bolehla diminum
  • Amalkan sekali sehari hingga nampak hasilnya
LEBATKAN BULU KENING
  • 2 Biji buah keras dibakar hingga hitam dan tumbuk halus
  • Sapukan pada kening setiap hari sbelum tidur
  • Bersihkan dgn air pada keesokan harinya
RAWAT KULIT BERKEDUT
  • 1 Batang lobak merah diparut.
  • 1 sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur
  • Campur semua bahan hingga sebati dan sapu pada kulit sekali sehari
CANTIKKAN KENING ANAK
  • Ambil beberapa helai daun sirih patahkan tangkainya
  • Bahagian bergetah sapu pada kening anak dan lakukan setiap hari
  • Bulu kening akan lebat dan hitam dan baik utk bayi bawah satu tahun
HALIA ATASI KEMBUNG
  • Seketul halia sederhana bersih dan tumbuk sedikit
  • Masukkan dalam gelas dan tuang air panas separuh gelas
  • Tutup permukaan gelas dgn piring selama 10 minit
  • Tapis dan dibahagikan kepada 2 bahagian satu minum dan satu lagi disimpan dlm peti
  • Sekiranya terasa kembung lagi boleh diminum yg baki tadi
ELAKKAN ANAK KENCING MALAM
  • Setiap pagi dan sebelum tido beri sesudu madu yg dicampur perahan lemon
  • Mudah-mudahan ianya berkesan.Insya-Allah
HILANGKAN PARUT
  • Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis hingga serbuk
  • Campur dengan sedikit air dan bedak sejuk.
  • Bila sebati sapu pada tempat yg berparut dan lakukan sekerap yang mungkin.

PAYUDARA KEMBALI ANJAL
  • Ambil sebiji labu - Kupas dan masak hingga empuk
  • Biar seketika hingga suam dan ramas.
  • Sapu keseluruh payudara dan biar selama 20 minit
  • Kemudian dibilas hingga bersih dan amalkan sehingga nampak kesannya.
         JARAKKAN KELAHIRAN                                                   
  • Ambil 1 biji buah manjagani
  • Tumbuk biar terbelah 2
  • Bungkus dengan plastik berasingan
  • Masak bersama nasi yang dimasak
  • Satu untuk pagi dan satu untuk mlm
*Apabila mahu mengandung lagi berhenti satu bulan sebelum. 
HILANGKAN KEDUT PERUT
  • Satu sudu kapur sirih
  • Segelas minyak kelapa Hijau
  • Sebiji pati limau nipis
  • Barut
*Gaul semua bahan dan sapu pada perut serta pakai barut.Lakukan selama 2 minggu,Insyaallah hasilnya memuaskan.
PENAMBAH TENAGA
- Selepas melahirkan anak,memang sering berasa letih.Apa yang saya lakukan :
- Bawang putih - Tumbuk lumat
- Halia putih dan Bara - Tumbuk lumat
- Madu lebah dan Sedikit ragi
- Digentel mengikut saiz yang boleh ditelan.

* Lakukan selalu untuk kesan yang memberangsangkan,INSYA-ALLAH

MELEGAKAN SELSEMA
  • Ambil sedikit kunyit,patahkan dan sapukan pada batang hidung.
  • Hasilnya bayi tidak lagi meragam kerana hidungnya sudah tidak tersumbat.
SAKIT GIGI
  • Satu batang serai dititik
  • Salai atas api seketika
  • Biar sejuk sikit dan gigit ditempat yang sakit
  • Cara ini mampu mengurangkan rasa sakit. 
BERSIHKAN BOTOL SUSU

-Jika tiada berus jangan risau.
-Ambil segenggam beras dan masukkan kedalam botol susu
-Masukkan air separuh botol
-Goncang botol susu hingga kotoran hilang
-Bilas dengan air hingga bersih

PERIUK BERKILAT
-Sabun mandi buku dan Berus periuk
-Sapu sabun pada periuk dan sental dengan berus
-Bilas dengan air hingga bersih
Anda pasti kagum dengan hasilnya.

MELEBATKAN RAMBUT
Ubi sengkuang diparut halus dan disapu pada dahi bayi.Selain menyejukkan kepala ia juga mempercepatkan proses pertumbuhan rambut bayi.Amat baik dimalkan sewaktu bayi baru lahir.Insya-Allah rambut bayi kelihatan.

Sunday, March 7, 2010

Catatan Ummie

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Welcome,welcome,welcome.....................
Kongsikan pengalaman,luahan,curahan and any stories.

BAHAGIA BERAYA SEBAGAI IBU

Bulan Syawal yang menjenguk kembali September ini mengimbas semula kenangan lalu sewaktu pertama kali menyambut raya sebagai Ummie."Hazreeq cucu pertama dalam keluarga sebelah Shada jadi raya tahun 2006 memang meriah sekali.Shada beli banyak baju untuk Hazreeq.Terlalu gembira beraya sebagai Ummie."Untuk sambuatan raya tahun ini,Shada dan suami hanya dapat pulang ke kampung halaman di pagi raya memandangkan suami perlu bertugas sehingga hari terakhir menjelang syawal tiba.Merancang untuk menyarung persalinan berwarna oren sebagai tema kami sekeluarga di pagi raya,Shada turut memberi tumpuan persediaan yang lebih untuk Hazreeq."Bagi Shada yang penting Hazreeq gembira di hari lebaran nanti.Bahagia anak bermakna bahagialah Shada dan suami."

SHOPPING RAYA

Bawa anak beli baju raya? Bukan semua Abie sanggup melakukannya apatah lagi tanpa bantuan daripada Ummie.Tapi bukan bermakna Abie tidak boleh melakukan tugasan tersebut.Membawa anak kecil keluar membeli belah memang mencabar.Kereneh yang tidak boleh duduk diam sudah tentu menyukarkan tugas memilih pakaian untuk dibeli.Bagi yang pertama kali bergelar Abie,mungkin tertanya-tanya apakah kriteria yang perlu diberi perhatian semasa memilih pakaian anak.Memiliki anak dan pertama kali menyambut Hari Raya bersama sangat mengujakan bagi kami berdua.Masih teringat pengalaman pertama suami membawa Hamirul Hazreeq, 8 bulan membeli belah pakaian baru untuk sambutan Hari Raya 3 tahun lepas."Maklumlah anak pertama,lelaki pula jadi macam-macam hendak dibeli.Window Shopping sahaja berjam-jam,tapi dapat beli baju beberapa helai sahaja kerana nak memastikan keselesaan anak,"Setiap tahun memperuntukkan antara RM600-RM800 untuk pakaian raya anak melalui pengalaman lalu.Suami lebih suka membawa anaknya membeli belah di butik poney atau mother care Alamanda Putrajaya yang berhampiran rumah kerana amat mementingkan keselesaan si kecil.

RUTIN HARIAN

Kesibukan tugas harian sebagai seorang ibu dan bekerja sendiri tidak pernah terhenti.Ada saja urusan yang mesti dibereskan.Namun kepenatan yang dirasai hilang terbang tatkala menatap wajah polos Hazreeq.Sebelum bergelar ibu,kehidupan bagaikan tidak lengkap dan tidak menyedari saat-saat indah yang dilalui dirasakan kurang istimewa kerana tidak dapat berkongsi dengan anak.
Tetapi,selepas kelahiran Hazreeq kehidupan ini lebih lengkap dan bermakna."Saat melihat Hazreeq mempelajari sesuatu perkara baru dan Shada sendiri mengajarnya seperti perkataan pertama,langkah pertama,kali pertama boleh makan sendiri atau mengenal warna dan huruf begitu meninggalkan kesan dihati Shada sebagai ibu,"Saat paling teruja sebagai ibu tatkala menyaksikan Hazreeq melangkah alam persekolahan tadika di hari pertamanya.
Tugas2 harian menyiapkan Hazeeq ke sekolah sebelum meneruskan kerja2 rumah menjadi rutin Shada.Bantuan dari suami tersayang menjadi pelengkap kerukunan rumah tangga.Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.Setiap hari Hazreeq akan dihantar oleh Abienya manakala Shada akan menguruskan kerja2 rumah sebelum membuat kerja yang ditempah oleh pelanggan."Tetapi cuti hujung minggu,Shada akan menyiapkan Hazreeq utk bersarapan bersama.Kadang2 bila Shada mengemas rumah,Shada akan cuba melibatkan Hazreeq sekali untuk membantu melakukan tugasan yang ringan sebagai satu cara mendidik Hazreeq lebih bertanggungjawab."
"Dalam memdidik Hazreeq Shada dan suami gemar melibatkan diri kerana mendidik anak2 haruslah dalam situasi menyeronokkan agar mereka seronok belajar dan mudah menerima apa yang diajar.Shada dan suami mendedahkan Hazreeq dengan permainan berkonsep pendidikan seperti membina blok dengan huruf dan angka ataupun menonton video pendidikan Elmo bersama."Hasilnya memang kelihatan apabila Hazreeq amat mendengar kata Shada dan suami.

SYAWAL PERTAMA

Lebaran yang bakal menjenguk September ini merupakan yang pertama bagi Shada dan Hunny tidak dapat balik awal untuk beraya di kampung halaman.Selain mensyukuri masih diberi peluang menikmati Bulan Ramadhan dan Syawal nan mulia,Shada akui teruja untuk meraikan Aidil Fitri bersama anak dan hunny tersayang.Sudah terbayang indahnya pagi raya bila kami sekeluarga menyarung persalinan tradisional dalam rona warna sedondon.Terasa lengkap dan sempurna sambutan hari penuh bermakna kali ini walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga dikampung untuk merasai nikmat Ramadhan dan persiapan Syawal.Yang pasti setiap kali Syawal menjelma sudah tentu persiapan pakaian hari raya lebih tertumpu pada Hazreeq."Semestinya Hazreeq akan mendapat baju raya yang comel2 daripada Ummie dan Abienya,"Shada kini lebih 'gila' membeli baju anak berbanding baju sendiri.

KENALI PERSONALITI SI KECIL

Ramai knk2 kelihatan kerap bergaduh.Tetapi sebenarnya mereka sedang membentuk pertalian personaliti yg berkaitan dgn emosi mendalam pada usia itu.Ini kerana knk2 ada kalanya mempunyai tabiat berkomunikasi dgn cara bergaduh.Jika dilihat,anak pertama selalunya bersikap terlalu"membantu" adiknya.
Keadaan ini berlaku disebabkan kesan kedudukan dlm keluarga adalah ketara dan mempengaruhi penyesuaian peribadi dan sosial knk2 semasa mereka membesar.Knk2 yg mempunyai adik-beradik yg ramai mesti berkongsi perhatian ibu bapa.Bagi seorg anak yg lemah dari yg lain biasanya akan mendapat lebih perhatian drpd ibu bapa.Ini menyebabkan adik-beradik lain berasa ibu bapa mereka mengamalkan pilih kasih.
Biasanya anak pertama membesar dlm persekitaran yg selesa iaitu perhatian sentiasa diberikan kepadanya.Dia mendapat banyak bimbingan dan pertolongan dlm perkembangan mereka.Mereka menerima lebih byk bahasa kompleks daripada ibu bapa semasa mereka masih bayi.Malah hubungan sosialnya lebih disukai oleh org dewasa kerana sikapnya yg berani dan mudah teruja.Apa yang pasti personaliti setiap knk2 berbeza mengikut kedudukan dlm keluarga.

PANDUAN CIRI2 PERSONALITI ANAK BERDASARKAN KEDUDUKAN DLM KELUARGA

ANAK PERTAMA
Pintar,Bertanggungjawab,Berasa curiga dan tidak percaya,Rasa tidak selamat,Mudah teruja,Sensitif,Autoritarianisme,Hasrat pencapaian diri dan Cemburu
ANAK KEDUA
Berdikari,Agresif,Sukakan keseronokan,Suka berkawan dan Boleh dipercayai dan diharapkan
ANAK KETIGA
Mudah mengalih perhatian,Mahukan ibu bapa menunjukkan kasih sayang,Cemburu,Berasa rendah diri dan Berasa kekurangan.
ANAK BONGSU
Rasa selamat,Yakin diri sendiri,Pemurah,Terlalu dimanjakan,Tidak matang,Persaingan adik-beradik dan Tidak bertanggungjawab.

TIPS :
1)Elakkan membandingkan anak2.Katakan kpd mereka anda menyayangi mereka.
2)Beli permainan yg memblhkan mereka bermain bersama2.dgn ini dapat memupuk sikap kerjasama ketika bermain.
3)Bawa mereka keluar bersiar bersama2,ini mengeratkan hubungan adik-beradik
4)Puji apabila mereka bermain bersama2 dan katakan suka sikap mereka yg sentiasa bersikap baik itu.Sikap ini penting utk keharmonian dlm sesebuah keluarga.

TIPS PENGGUNAAN WANG DENGAN BIJAK

Sebenarnya,ramai yang begitu senang membelanjakan wang mereka kerana tidak tahu erti sebenar wang itu.Bersama-sama ini ada beberapa cerita tentang wang dan bagaimana anda boleh jadi kaya dengannya.

1)Simpanlah walaupun hanya sedikit wang anda setiap bulan kerana apa yang bakal berlaku pada masa depan tidak anda ketahui.
2)Jangan bangga dengan berapa banyak wang yang telah dibelanjakan sebaliknya berbanggalah dengan berapa banyak simpanan yang anda ada.
3)Jagalah wang anda sebaiknya kerana percayalah suatu hari nanti wang itu mampu menjaga anda pula.
4)Jangan belanjakan wang anda hanya pada satu tempat.Sebaliknya,pilihlah tempat yang boleh mengurangkan kos anda.
5)Jika ingin membeli,pastikan barangan tersebut betul-betul murah dan bukan terpedaya dengan taktik kotor si peniaga.
6)Jangan masukkan wang yang belum pasti dalam bajet anda
7)Jangan berani meminjam kalau anda tidak mampu untuk membayarnya.
8)Untuk mendapatkan duit,buatlah sesuatu kerana duit tidak akan datang bergolek
9)Berbelanjalah kurang daripada apa yang anda dapat.
10)selidik mana perginya duit anda.Dengan cara ini anda tentu akan lebih berhati-hati untuk berbelanja pada masa hadapan.
11)Ambil peluang untuk tambahkan wang dan bukan membazirkannya.
SATU KEMESTIAN !
Setiap tahun Shada akan sambut hari bapa.Malah sambutan hari-hari yang lain seperti Hari lahir,Hari ibu dan sebagainya tidak pernah Shada lupa untuk menyambutnya.Aktiviti sebegini seperti sudah menjadi kemestian bagi Shada sekeluarga.
"Biasanya Shada dan Hazreeq akan berkongsi wang untuk membeli hadiah istimewa khas untuk suami tercinta.Untuk menjadikan hari tersebut lebih istimewa,kami sekeluarga akan keluar makan malam bersama di tempat istimewa atau jarang dikunjungi.Shada tidak lupa untuk Hazreeq sampaikan ucapan Hari Bapa pada Abienya,"
Lain orang lain caranya.Begitu juga halnya dengan Shada.Shada dan suami punya cara tersendiri untuk melepaskan tekanan setelah penat bekerja.Kami sekeluarga gemar pergi bercuti sama ada di dalam ataupun luar negara."Jika berpeluang bercuti,kami sekeluarga sering memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi percutian.Sebab utama gemar ke Pulau Langkawi  ialah barangannya.Selain itu,inilah peluang terbaik untuk Hazreeq menghabiskan masa dengan berenang di kolam renang yang telah di sediakan oleh pihak hotel.Antara lain,Shada suka singgah pasar malam pekan kuah.Di sini ,terdapat banyak barangan menarik yang dijual dengan harga berpatutan.         

SERONOK LAYAN KERENAH ANAK

Anak penghibur di kala duka.Memiliki anak sememangnya menghiburkan.Kepenatan selepas sehari suntuk bekerja boleh hilang begitu sahaja apabila berpeluang melayan kerenah anak yang semakin membesar.Tambahan pila,karektor anak yang sentiasa ceria dapat mewarnai lagi kehidupan insan bergelar ibu dan bapa.
Anak Shada ,Hazreeq seorang yang berdikari dan suka Selain itu Shada nampak dia gemar aktiviti yang lasak seperti jogging,berbasikal,berenang dan bowling serta muzik.Shada dan suami senang melihat kegemarannya itu.
Oleh kerana itulah,Shada bercadang nak daftarkan dia ke kelas muzik dan swiming untuk mengembangkan bakatnya.Setakat ini Shada dan suami tidak menetapkan sebarang perancangan masa depan untuk Hazreq.Memandangkan masih kecil,Shada mahu melihat dahulu perkembangan dirinya.Sekiranya tiada aral,Shada bercadang mahu menghantar Hazreeq ke sekolah yang baik walaupun bayaran agak tinggi sebab Shada percaya guru di sekolah terbabit dapat memberi lebih banyak tumpuan kepada setiap pelajar.
Isu menambah bilangan ahli keluarga agak sensitif bagi segelintir pasangan suami isteri.Tetapi tidak bagi Shada dan suami.Kami sentiasa bersedia dan mencuba untuk menambah lagi  bilangan anak tetapi mungkin belum ada rezeki lagi.
"Pada pendapat Shada,anak adalah sebahagian daripada pelaburan.Sebab itulah,Shada berazam untuk memberi didikan yang sempurna kepada Hazreeq.Kalau boleh Shada memang ingin anak lagi.Shada mahu anak yang ramai tapi keadaan membatasi impian Shada.Memandangkan Shada sudah banyak kali keguguran,maka Shada hanya mampu mencuba,mencuba dan terus mencuba.   
                
PERMATA HATIKU
Alangkah gembiranya hati apabila disahkan mengandung 2 bulan.Tidak sangka, 2 minggu lambat datang haid dan kaki sering kali bengkak menandakan shada hamil setelah 3 tahun menanti cahaya mata akibat keguguran yang pertama. Shada mengalami alahan yang teruk.Setiap hari rasa sakit gusi yang menanah dan bengkak menyebabkan susah untuk makan dan tidur.  Keadaan ini menjadi rutin shada selama 6 bulan usia kandungan.Malah,suami juga sentiasa bersedia dengan peibagai persiapan setiap kali malam menjelma untuk bawa shada ke klinik.Hampir setiap malam asyik bertukar klinik dikunjungi.Sungguh lucu selama 6 bulan setiap hari shada hanya boleh minum 1 botol besar air coke dan sehingga disahkan mengidap kencing manis.Alhamdulillah,keadaan ini hanya sampai 6 bulan.Ketika kandungan mencecah 7 bulan,shada mula selera makan dan tidak lagi mengidap kencing manis.Saat ini hati mula teruja untuk mengetahui jantina bayi.Setelah membuat imbasan doktor memberitahu kemungkinan anak kami lelaki.Kami begitu ghairah membeli kelengkapan bayi yang kebanyakannya berwarna biru,kuning dan putih.Saat-saat akhir mengandung shada mula tidak dapat makan asyik fikirkan bagaimana hendak bersalin.Pada 6hb january 06 sehari sebelum bersalin shada mula terasa kontraksi dan serviks buka samapai 6 1/2 cm.Keesokkan harinya tepat jam 10.30 pagi  baru berkejar kehospital.Alangkah terkejutnya para jururawat melihat keadaan shada pada ketika itu.Shada terkilan sangat disaat memerlukan  mama & ummie tetapi tidak dapat hadir,shada tetap bersyukur kerana  memiliki suami yang begitu setia disisi.Pukul 11.05 pagi shada selamat melahirkan anak lelaki yang beratnya 3.5kg tinggi 36 dan jam 11.22 pagi shada dibawa keluar dari labour room.Syukur Alhamdulillah kini, anak shada Hamirul Hazreeq sudah berusia 4thn
Kenangan indah-Shada

PERLU BERI TUMPUAN LEBIH

Anak-nak kecil memerlukan perhatian dan kasih sayang yang sewajarnya daripada ibu bapa untuk memastikan perkembangan diri yang positif dan sihat.Biar esibuk mana sekalipun,Shada dan suami tetap akan pastikan Hazreeq mendapat perhatian sepenuhnya daripada kami berdua.Bagi Shada,anak kecil memerlukan tumpuan yang tidak berbelah bagi daripada ibu bapa bagi menjamin masa depan yang cemerlang.
"Sekarang ini,Shada perlu banyak beri tumpuan kepada keluarga terutamanya Hazreeq.Ini kerana,Suami sibuk dengan tugasan pejabat dan kerja luar.Jadi Shada perlu memperuntukkan masa yang lebih untuk Hazreeq.Shada tidak mahu Hazreeq rasa tersisih atau kekurangan kasih sayang."
"Walau bagaimanapun,Shada bertuah sebab suami tidak pernah abaikan tanggung jawabnya.Setiap hujung minggu dia akan bawa Hazreeq bersiar-siar sebelum dia menyambung kerjanya.Tambahan pula,suami telah khususkan pada hari sabtu  cuti hujung minggu untuk melakukan aktiviti bersama keluarga."
Antara kegiatan yang dilakukan sekeluarga biasanya mengikut minat Hazreeq.Oleh kerana Hazreeq suka melihat binatang,sering melawat Zoo Negara,Zoo Taiping dan Melaka.Kebetulan Zoo Negara yang paling dekat,hampir setiap minggu kami sekeluarga ke sana jika ada kelapangan.Selain itu Hazreeq juga suka bermain bowling,jogging dan berenang.Jadi,setiap pagi ahad kami sekeluarga akan berkunjung ke kelab tasik presint 8 Putrajaya untuk berjogging dan berenang di dewan serbaguna presint 11 Putrajaya.Kebiasaannya pada sebelah petang kami akan berkunjung ke pusat bowling yang berhampiran.

SIMPANAN PENYELAMAT KEADAAN

Shada ingin berkongsi kesilapan yang kami alami agar menjadi pedoman kepada semua bakal ibu bapa.Yang dimaksudkan ialah simpanan,bak kata pepatah melayu "Sikit-sikit Lama-lama Jadi Bukit"
Mungkin kita leka berbelanja kelengkapan untuk bakal bayi hingga terlupa tentang simpanan.Shada dan suami bercadang untuk melahirkan bayi di salah sebuah hospital pakar di kampung halaman.Kos yang perlu ditanggung tentu sekali agak mahal berbanding hospital kerajaan.
Oleh kerana shada suri rumah,maka segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh suami.Oleh kerana itulah kami telah membuat simpanan awal khusus untuk bayaran bil hospital.
Masalah kami ialah baru kini kami sedar bahawa simpanan tersebut tidak cukup untuk menampung komplikasi yang mungkin berlaku sewaktu kelahiran nanti.
Oleh itu shada sarankan ibu bapa di luar sana agar menitik beratkan hal simpanan agar kegembiraan menerima orang baru tidak tidak bertukar menjadi satu beban.
PENGALAMANKU-SHADA DZgroup 

KAEDAH PEMBELAJARAN

Selama ini ramai ibu bapa yang risau mengenai penguasaan pembelajaran anak-anak yang baru sahaja melangkah ke alam prasekolah biasalah!
Anak-anak yang berumur 4-6 tahun ini cenderung untuk bermain dan kurang tumpuan belajar.Ibu bapa pasti inginkan satu kaedah yang membolehkan anak-anak menaruh minat kepada pembelajaran di tadika atau sekolah.
Kebiasaannya anak-anak yang berumur dalam lingkungan 4-6 tahun ini sebenarnya sukakan bentuk pembelajaran yang kreatif dan menghiburkan terutamanya jika pembelajaran tersebut digabungkan dengan aktiviti berbentuk permainan.
Bentuk pembelajaran sebegini bakal menjadikan anak-anak lebih kreatif dan kritis.
CONTOH BAHAN YANG DIGUNAKAN :
 

MASA YANG DICADANGKAN HANYA 15 MINIT DALAM
 SATU MASA

BY: Shada DZgroup

Monday, September 14, 2009

Family

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Stories, Activities and Recepies for One Lovely Kids " Hamirul Hazreeq " and their cousins Faris, Farhan, Darwisyah, Nur
Ain to be share with all kids out there.

PANDAI MENABUNG

Mengajar Hamirul menyimpan dan membuat perancangan untuk masa depan adalah salah satu pendidikan untuknya.Shada dan suami tidak pernah bosan untuk mendidiknya.Langkah awal yang digunakan untuk belajar menyimpan ialah waktu umur Hamirul Genab dua tahun kerana ketika itu dia mula mengenal apa itu wang dan sudah tahu mengira nombor.Memang benar Hamirul cepat tahu tentang wang,tetapi dia tidak tahu bagaimana wang itu diperolehi.Jika ditanya pada anak yang berusia 5-6 tahun,mungkin dia akan memberi jawapan wang itu datang dari mesin ATM.Ini kerana dia melihat Ummie atau Abienya melakukan perkara yang sama setiap bulan.Dibawah ini ada beberapa panduan yang boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa untuk mengajar anak menabung duit dengan mudah.
1 - MATLAMAT
Jelaskan bagaimana wang dapat membantu kesejahteraan hidup.Contoh paling mudah membawanya ke kawasan perumahan.Tunjukkan rumah mewah dan yang bukan.Katakan bahawa jika mereka pandai menyimpan dan menguruskan kewangan dengan baik,insya-Allah hidup mereka akan lebih sejahtera dan dapat mendiami rumah yang lebih selesa.
2 - ARAH TUJU
Tanamkan dalam diri anak agar menjadi orang yang berjaya dan beharta.Mungkin ini nampak seakan materialistik.Tetapi itulah hakikat kehidupan dalam era moden ini.Bantu mereka untuk mengenali arah tuju kehidupannya.Nyatakan bahawa menyimpan wang dapat membantunya melanjutkan pelajaran atau terjun dalam bidang perniagaan yang menjanjikan hasil yang lebih lumayan.
3 - BUKA BANK
Bawa anak ke bank untuk memberi kefahaman erti menyimpan wang di institusi yang bertauliah.Dengan ini dia akan faham bahawa wang bukan sahaja boleh disimpan dalam tabung tetapi ada institusi khas untuk tujuan itu.Dengan ini dia akan faham bahawa betapa menyimpan duit adalah penting bagi semua orang.
4 - BELAJAR PERBEZAAN
Bantu anak untuk mengajarnya mengenali perbezaan keperluan dan kehendak.Dengan kefahaman ini membuatkan dia tahu untuk membuat keputusan barang apa yang perlu atau tidak.Cara ini secara tidak langsung mengajarnya erti berjimat cermat dan tidak boros.
5 - KENALKAN KOS
Kanak - kanak tidak mengetahui apa yang dikaitkan dengan kos.Mereka tidak mengetahui nilai kos anak patung atau buku.Bagi mereka harga tidak memberi pengertian kepada mereka.Bawa anak ke kedai borong dan bandingkan dengan harga di kedai biasa.Nyatakan padanya jenis barang yang boleh dibeli secara borong agar dapat menjimatkan kos.
6 - PERANCANGAN
Ajar anak untuk belajar tentang bagaimana untuk merancang dan bersikap sabar jika ingin membeli barangan kesukaan mereka.Dedahkan kepada anak pada awal usianya tentang kepentingan menyimpan duit sehinggalah barang yang dihajati itu dapat dibeli tanpa sebarang kos tambahan.Katakan padanya kalau berhutang,harga barang selalunya lebih mahal.

KAREKTOR FARIS DAN FARHAN

Lumrah kanak-kanak sekarang bijak bercakap dan tidak takut dengan orang.Mungkin mereka ini terlalu banyak terdedah pada rangsangan dan teknologi.Melihat gaya Faris,dapat dibuat kesimpulan yang putra kecil berwajah manis ini suka bercakap.Biarpun awalnya agak pemalu tetapi lama-kelamaan banyak juga butir bicara keluar dari mulutnya bila bertemu dengan orang yang tidak  dikenalinya."Faris  ni daripada kecil memang suka bercakap,lebih-lebih lagi kalau kena orang yang melayan pun banyak cakap.Macam-macam soalan dia akan tanya.Kegemaran dia bergaya,duduk dirumah pun nak pakai kemas dan cantik,dia agak pemalu,punyai ciri-ciri sebagai seorang abang,gemar cerita kartun dan mudah tersenyum serta manja tapi mudah juga menagis,sensitif orangnya.
Berbeza pula dengan si adik Farhan,dia agak garang sikit,tapi kelakar dan senang berkawan.Peramahorangnya,tak kiralah dengan orang tua ataupun budak,senang berbicara.Suka buat aksi yang melucukan,dia gemar lihat iklan di televisyen,ikut mimik muka dan gelagat orang dan mudah tersenyum sera ketawa.


KENALI FARHAN WAKTU KECIL

Walaupun aktif,Farhan tidak ada masalah untuk memberikan pose menariknya.Malah,dia boleh duduk diam seketika untuk merakamkan gambarnya.Farhan tidak takut pada orang."Dia tidak memilih.Sesiapa sahaja ingin mendukungnya dia terima.Asalkan ada orang yg nak bermain dengannya.Farhan ni memang pandai berkawan.Pantang sahaja ada orang melayan,dia mesti seronok.Dia suka sangat gelak dan bercakap.Walaupun tak faham,kami sekeluarga terpaksalah buat-buat faham.Sebab itulah dia tak suka duduk seorang diri.Lagi ramai orang di sekelilingnya lagi dia suka."
Walaupun masih kecil,Farhan berbadan gempal barbanding usianya.Jadi,setiap kali hendak membelikan pakaian,ibu dan ayahnya kena memilih pakaian bersaiz agak besar sedikit.Jika membeli mengikut umur Farhan,alamatnya baju tersebut tidak akan muat dipakainya.Membazirlah jadinya.
Menjaga farhan kena kreatif."Farhan ni memang suka makan tapi setiap kali tiba masa makan dia sentiasa cari helah untuk tidak membuka mulutnya.Bukan sebab tak mau makan tapi sebab nak ajak bermain-main.Jadi,terpaksalah cari jalan untuk memujuknya makan.Bukan itu saja,ketika memakaikan baju dan memberi dia susu pun kena ada caranya."
Satu lagi yang menarik tentang Farhan ialah kemesraannya dan sangat suka mendengar muzik yang rancak-rancak.Terutamanya semasa iklan.

BILA DIA PANDAI BERCAKAP

Pada awalnya Shada dan suami agak khuatir kenapa Hamirul sering meniru apa sahaja yg didengarinya walaupun  benda yg sama.Apa yg Shada dapati kanak-kanak memang belajar melalui pengalaman yg diperolehinya setiap hari melalui persekitaran di sekelilingnya.Jadi tidak mustahil Hamirul melakukan peniruan terhadap pengalaman yg dilalui setiap hari.Salah satu peniruan yg dilakukan ialah
mengulangi kata-kata Shada dan suami tanpa bosan.Malah,dia akan meniru kata-kata itu positif atau negetif.
Biasanya beginilah amalan rutin harian Hamirul apabila dia baru boleh bercakap begitu juga dgn kana-kanak yg baru bercakap akan bersikap sebegini.Situasi ini berlaku disebabkan kemampuan berbicara yg baru dikuasai membuatkan Hamirul ingin sentiasa mencuba bercakap dan berasa seronok apabila melihat percakapannya mendapat tindak balas daripada Shada dan suami. 
Semenjak itu Shada dan suami mula membuat beberapa kaedah mudah untuk memastikan Hamirul bercakap dengan cara yang betul dan berhemah antaranya ialah :
1 - BIARKAN BERCAKAP
Shada dan suami tidak pernah melarang Hamirul daripada meniru apa yg kami ucapkan,takut nanti ia akan membuatkan Hamirul hilang minat utk menyebut perkataan yg didengarinya.Memang benar,kita akan tidak merasa selesa apabila si kecil meniru percakapan kita tetapi biarkan sahaja.Ini kerana dia dlm tempoh belajar bercakap dan perbendaharaan kata.
2 - MENCARI KATA-KATA BARU
Sebagai ibu bapa,Shada dan suami org yg paling rapat dengan Hamirul melakukan peniruan bahasa.Jadi,sentiasa ungkap perkataan baru yg boleh Hamirul tiru utk menambahkan perbendaharaan katanya.Sentiasa berbual dan Hamirul juga didedahkan dgn penggunaan bahasa asing seperti Arab dan Inggeris.
3 - SEBUTAN YG JELAS DAN PERLAHAN
Oleh kerana Hamirul masih kecil amat sukar untuk menyebut perkataan yg baru didengarinya.Jadi untuk memastikan sebutannya jelas dan betul,Shada dan suami berbicara dengannya dengan perlahan tetapi jelas.Buka mulut ketika mengucapkan perkataan,sebutan itu disebut dengan betul.Dengan ini,proses pembelajaran berjalan dengan lancar.
4 - PENJELASAN MAKNA
Apabila Hamirul mengucapkan kata-kata yg tidak baik (ungkapan yg kasar) dan tidak tepat,Shada dan suami tidak terus memarahinya.Sebaliknya jelaskan padanya bahawa kata-kata itu tidak baik disamping menjelaskan apa makna perkataan itu dan gantikan perkataan itu dgn perkataan yg sopan.Katakan sikapnya yg meniru kata-kata tidak baik tidak sukai ALLAH."ALLAH sayang Hamirul,jika Hamirul cakap dengan perkataan yg sopan".
5 - AWASI KATA-KATA
Jangan terkejut jika si kecil mengucapkan kata-kata yg tidak baik kepada anda/saudara mara anda.Memang benar,anda tidak mengungkapkan kata0kata tidak baik kepadanya,tetapi pengaruh persekitaran membuatkan anak kecil ini mula meniru.Pengaruh daripada televisyen,rakan sebaya,sepupu,teman sebaya dan pengasuh akan mempengaruhi percakapan anak ini.
6 - BERIKAN PENGHARGAAN
Kanak-kanak suka apabila dirinya dihargai.Begitu juga jika si kecil meniru perkataan yang baik,berikan tindak balas positif misalnya memberikan pujian kepadanya."Anak Ummie,ni memang bagus,sudah pandai berkata 'terima kasih'."Ini memberikan dorongan kepada anak ini untuk terus bersikap begitu seterusnya.Apa yg biasa Shada dan suami lakukan memberikan pelukan dan senyuman sebagai tanda kami menyukai sikapnya itu.
HOPE CORETAN INI DAPAT MEMBERI SECEBIS ILMU BUAT SEMUA
PELUK CIUM
Anak seorang memang semuanya indah pada pandangan tetapi sebagai ibu bapa,ketegasan perlu juga ada sebagai asas mendidik.Hamirul anak yang manja dengan Ummie dan Abie malahan perangainya juga mewarisi daripada kami berdua.Hamirul anak yang keletah dan gemarkan kartun mickey mouse &Thomas ini mempunyai cara pemakanan sama seperti Abienya.Senang untuk mencuba makanan lain walaupun mempunyai kegemaran tertentu.Sama seperti Abienya,Hamirul juga suka meratah tomato dan timun seperti orang lain mengunyah buah epal.
Kepetahan mulutnya berbicara menghiburkan hati sesiapa sahaja yang melihat.Dialah buah hati kami sekeluarga.Ada sahaja soalan yang melontar keluar dari mulutnya yang comel bertanya itu dan ini.Kenangan membawa Hamirul melancong ke Agro Park Langkawi satu ketika dulu membuatkan Shada terkejut dan lucu pun ada apabila si manja yang memang terlalu seronok dapat melihat Octrich yang besar dengan dekat menangis kesedihan kerana terpaksa berpisah saat hendak pulang.
Ummie yang sentiasa mahukan anaknya gembira suka menerangkan apa sahaja perkara yang dilakukan kepada anaknya.
"Dalam perkara-perkara kecil yang kita lakukan stiap hari,Shada mesti beritahu dia the reasons why we need to do it.Contohnya,sambil gosok gigi Hamirul,Shada beritahu dia kenapa perlu gosok gigi.Kalau dia buat salah,Shada akan gunakan nada yang tegas untuk bercakap dengan dia.Explain to him what hi did wrong.Dan ajar dia untuk meminta maaf jika dia ada buat salah,just a simple"I'm sorry Ummie".
Shada juga akan pastikan yang Shada tell him verbally every day that i love him.Peluk cium dia setiap hari juga adalah wajib Shada & Suami."I want him to be able to express him feelings openly."
PENGALAMAN PERTAMA                                                       Rasa takut dan bimbang untuk melahirkan Hazreeq masih sukar dilupakan oleh shada.Namun detik semasa doktor menarik keluar bayi dan terdengar tangisan pertama si kecil,shada turut sama menangis.Jujur shada katakan,masih tidak percaya yang shada telah menjadi ibu akhirnya selepas keguguran.Pejam celik pejam celik,Hazreeq yang baru dikeluarkan dari perut sudah semakin bijak dan sudah berumur 4 tahun.Menyedari betapa pantas masa berlalu,sebagai wanita yang baru bergelar ibu,shada punya barang kesayangan si anak yang masih disimpan sebagai kenangan iaitu sepasang sarung kaki kartun,buku kain lamaze dan jam tangan kain pemberian daripada abienya serta beberapa recepies yang dicipta sendiri oleh shada untuk si kecil.Koleksi recepiesnya shada tampilkan diruangan Hazreeq favorite.

CERITA HAZREEQ & ABIENYA                                                    Pada suatu hari,Hazreeq dan ayahnya berjalan-jalan di sebuah Pusat Beli-belah.Kebetulan hari itu adalah hari cuti umum,jadi mereka sengaja meluangkan masa di situ sambil membeli belah beberapa keperluan  kami sekeluarga.Banyak kedai menjual pelbagai jenis barangan seperti pakaian,kasut dan alat permainan.Semuanya hanya dipandang            sambil lalu.Tidak ada satu pun yang menarik perhatian.Tetapi bila tiba saja di sebuah kedai menjual binatang peliharaan,langkah mereka berhenti."Eh,comelnya ikan itu!  Boleh tak Hazreeq memeliharanya abie?"Tanya Hazreeq kepada abienya sambil berjalan mendapatkan akuarium di luar kedai itu."Boleh,tapi Hazreeq mesti perlu ada suatu perkara di dada,"balas abienya pula.Hazreeq mengaru-ngaru kepalanya.Apa maksud abienya itu?Hazreeq diam seketika dan berfikir sambil menatap gerak-geri ikan yang berada di dalam akuarium itu.Lepas satu akuarium ke satu akuarium Hazreeq melihat sambil memikirkan maksud abienya.Tapi hingga sampai ke hujungnya pun,Hareeq masih belum faham dengan apa yang abienya beritahu tadi."Takkan sirip kot? Kenapa pula sirip itu mesti ada di dada?"Hazreeq masih tidak dapat menjawabnya.Tiba-tiba,Hazreeq ternampak seorang kanak-kanak lelaki yang sebaya dengannya tidak berapa jauh dari tempatnya berdiri.Dia melihat budak itu begitu asyik memberi ikan makan.Hazreeq segera menghampiri budak itu lalu bertanya."Er.........kawan,boleh tak beritahu saya,apa yang harus ada di dada kita kalau hendak memelihara ikan?"
Budak itu terkejut lalu memandang Hazreeq dengan renungan yang penuh persoalan."Kenapa tanya saya?"
"Yalah,saya tengok awak begitu berminat dengan ikan-ikan ni.Mesti awak lebih tahu daripada saya."
"Setahu saya kalau hendak pelihara ikan ni,kita mesti rajin menyalin airnya.Macam di kedai ikan ni!"Balas budak lelaki tadi sambil berlalu dari situ.
"Hazreeq,sudah dapat jawapannya?"Tiba-tiba terdengar laungan abienya yang sedang memerhatikannya dari jauh.
"Sudah,abie!Kerajinan!"Hazreeq menjawab dengan pantas,sambil berlari mendapatkan abienya.
"Kalau macam itu,jom pilih ikan yang mana Hazreeq nak beli."
"Hurey!Terima kasih abie,"Jerit Hazreeq sambil memeluk abienya.
Sebaik sahaja abie Hazreeq membayar harga ikan itu,barulah Hazreeq sedar,bahawa budak lelaki tadi adalah anak tuan punya kedai ikan tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...