Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Friday, May 17, 2013

Rendang ayam masak merah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Assalamualaikum....
Selamat petang kawan-kawan......
 
Menu makan tengah hari biasanya shada hanya masak 3 jenis masakan,minuman dan dessert.Lauk dua jenis dan satu jenis sayur sudah memadai bagi family kecik macam shada.
 
RENDANG AYAM MASAK MERAH
  
  BAHAN2 :

1/2 Ekor ayam - Potong,Goreng toskan
6 Biji bawang merah - Kisar
10 Tangkai cili kering - Kisar
1 Inci lengkuas - Kisar
4 Ulas bawang putih - Kisar
1 Inci halia - Kisar
6 Batang serai - Kisar
4 Sudu makan sos tomato
2 Sudu makan kerisik
2 Cawan santan
3 Helai daun limau purut - Koyak
2 Helai daun kunyit - Hiris
Garam gula secukup rasa

CARANYA :

1 - Tumis bahan kisar hingga naik bau,Masukkan sos tomato dan tumis hingga pecah minyak
2 - Masukkan kerisik dan santan.Masukkan bahan perasa dan ayam gaul sebati dan kuah kering
3 - Masukkan daun limau purut dan hias dengan hirisan daun kunyit

Nasi goreng cina

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Assalamualaikum.....
Selamat pagi kawan-kawan.....
 
Dah sarapan ?? ...tentu hepy kan kalau dapat sarapan dengan menu yang kita idam-idamkan.Hari ni shada buat nasi goreng kegemaran hazreeq,emmmm kalau dapat makan nasi goreng setiap hari pun tak apa..asalkan "nasi goreng"
 
Kebiasaannya nasi goreng dibuat dari baki nasi semalam...tetapi shada akan masak nasi diawal pagi dan biarkan nasi sejuk sepenuhnya sebelum digoreng.Shada tidak gemar mengamalkan kaedah memanaskan makanan yg disimpan daripada lebihan makanan semalam.
 
Seelok-eloknya sebelum shada memulakan tugas memasak,shada akan pastikan menu dan kuantiti yang diperlukan untuk masa tertentu....seperti sarapan pagi,makan tengah hari dan minum petang.Shada akan masak mengikut masa bukan sekali masak untuk hidangan satu hari.
 
Tetapi...kalau dikampung kebiasaanya ibu kita akan masak nasi goreng dengan nasi dingin atau baki nasi semalam,shada tetap memakannya cuma ...kalau dirumah sendiri shada lebih gemar mengikut cara sendiri....Apa yang penting shada dapat banyak belajar dan manfaat untuk kami sekeluarga......
 
 
 
NASI GORENG CINA

BAHAN2 :
2 Cawan nasi putih
5 Ekor udang - Buang kulit
1/2 Cawan sayur campur
1 Biji telur
4 Ulas bawang putih - Cincang
1/2 Inci halia - Cincang
1/2 Kiub pati ayam
Sedikit daun bawang - Hiris
4 Sudu makan minyak masak
Sedikit serbuk lada sulah
Garam gula secukuprasa
1 Sudu makan minyak bijan
CARANYA :
1 - Panas minyak dan minyak bijan,tumis bawang dan halia hingga wangi
2 - Masukkan sayur campur,telur dan udang.gaul sebati dan hingga telut hancur
3 - Masukkan kuib pati ayam,lada sulah,nasi dan goreng hingga sebati
4 - Sesuaikan rasa dgn garam gula dan taburkan daun bawang diatasnya.

Thursday, May 16, 2013

Brokoli daging

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
Assalamualaikum.....
Apa khabar semua...shada harap kawan-kawan semua berada dalam keadaan sihat walafiat.
 
Menu ke-3 untuk hari ini sayur brokoli daging.Ini juga salah satu menu kegemaran kami sekeluarga.Boleh dikatakan setiap bulan shada pasti akan buat menu ni...
 
Bagi penggemar daging sudah tentu terpikat dengan menu ini,tambahan pula dipenuhi dengan kehijauan brokoli yg sudah tentunya mempunyai keunikan rasa yang tersendiri.Gabungan kedua jenis bahan ini amat memenuhi citarasa kami sekeluarga.
 
 
BROKOLI DAGING

BAHAN2 :

1tangkai brokoli
1/2cwn daging - Rebus,tos dan ketepikan
2sb sos yunan
1/2cwn air rebusan daging
1 Inci halia - Hiris
2 Ulas bawang putih - Hiris
Garam gula secukupnya

CARANYA :

1 - Panas minyak,tumis bawang putih dan halia hingga wangi.Masukkan daging goreng hingga masak
2 - Masukkan sedikit air rebusan daging bersama brokoli,sos yunan dan garam gula.
3 - Gaul sebati dan masak hingga kuah sedikit pekat

Daging Goreng Jintan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Assalamualakum.....
Salam ukhwah.....
 
Menu kedua makan tengah hari ini daging goreng jintan,ini menu kegemaran shada.Shada suka rasanya yang penuh dengan kewangian tempah.Menu ni shada akan masak waktu makan tengah hari dikala shada tidak mahu makan nasi.
 
Shada hanya makan daging jintan ni..dengan daun salad dan timun jepun yang dipanggang sedikit.Daging jntan ini juga sesuai dijadikan sate alaf baru hehehe...Cuba tau...cfem kaan-kawan semua menyukainya.
 
 
DAGING GORENG JINTAN

BAHAN2 :

100 Gram daging - Hiris kiub kecil
Batang lidi secukupnya
2 Gram jintan putih - Tumbuk
5 Gm serbuk cili
Garam gula secukuprasa
Salad secukupnya - Hiasan

CARANYA :

1 - Cucukkan daging yg siap dihiris pada lidi seperti sate
2 - Panaskan minyak dan goreng daging hingga masak.Angkat terus gaul dengan jintan putih,serbuk cili dan garam gula secukupnya.
3 - Hias denga salad sebelum dihidangkan

Kuetiau Kungfu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Assalamualaikum.....
Salam sejahtera......

Tentu kawan-kawan tertanya-tanya apakah menu yang hendak shada buat untuk minum petang...Petang nanti shada akan masak kuetiau menu yang simple dan semestinya digemari oleh suami dan anak tercinta...

Dah banyak kali shada memasaknya cuma asyik bz dengan tugasan harian dan tempahan makin hari makin mendapat sambutan.Shada tidak tahu sebenarnya kuetiau kungfu rasa macam mana,shada tidak pernah makan dan rasa.Shada buat berdasarkan apa yang shada lihat dan kawan2 yang beritahu.

KUETIAU KUNGFU

BAHAN2 :

1 Bungkus kuatiau
4 Ekor udang - Buang kulit
4 Biji bebola ikan - Belah 2
3 Ulas bawang putih - Cincang
1/2 Inci halia - Cincang
30 Gram baby kailan - Potong
30 Gram Brokoli - Potong
1/2 Batang caret - Potong
20 Gram bunga kubis - Potong
1/2 Kiub pati ayam
1 biji telur - Pukul sedikit
1 Sudu makan tepung jagung - Campur 1 Cawan air
Air untuk merebus
Garam gula secukuprasa
Sedikit serbuk lada putih
Minyak

CARANYA :

1 - Celur kuetiau dgn air rebusan,angkat dan toskan.Panas myk tumis bawang putih n halia hingga wangi
2 - Masukkan udang,bebola ikan,serbuk lada putih dan kiub pati ayam.Goreng seketika
3 - Masukkan bancuhan tepung,caret dan bunga kubis.Kacau hingga mendidih.
4 - Masukkan telur yg dipukul.Biar sekejap/hingga telur naik separuh.kacau dan masukkan garam gula
5 - Masukkan baby kailan dan brokoli.Tutup api kemudian kacau supaya sayur segar dan boleh dihidangkan

Ketam masak szechuan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Assalamualaikum.....
Selamat petang semua....
 
Menu hari ni agak lain dari biasa yang shada masak untuk hidangan makan tengah hari.Kebiasaanya shada jarang hidangkan menu berasaskan ketam kerana kita hendak memakannya agak sukar,tambah-tambah lagi budak kecik hedak memakannya.
 
Ketam sangat popular dengan masakan lemak,kukus dan goreng bersos.Tapi...shada cuba dengan menu masakan cina,menu ni shada ambik dalam majalah rasa keluaran tahun 2011 kalau tak silap shada.
 
Sudah lama ingin mencuba tetapi disebabkan terlupa simpan dimana,tu yang baru buat hari ni....Menu yang simple dan mudah untuk disediakan,tambahan pula...bahan-bahan yang digunakan sudah tersedia ada dekat dapur.Apalagi peluang bagi shada untuk mecuba resepi ini...
 
Harap maaf gambar tidak dapat nak upload lagi...kerana intenet problem
 
 
KETAM MASAK SZECHUAN

BAHAN2 :

3 Ekor ketam
4 Ulas bawang putih - Cincang
1/2 Inci halia - Cincang
1 Sudu makan sos tiram
1 Sudu makan kicap manis
1 Sudu makan sos tomato
1/2 Biji lada benggala hijau - Potong dadu
1/2 Biji lada benggala kuning - Potong dadu
6 Tangkai cili kering - Potong
Sedikit daun ketumbar
Garam gula secukuprasa
Minyak masak secukupnya

CARANYA :

1 - Panas minyak,goreng ketam dgn sedikit garam hingga
 separuh masak.Kemudian Ketepikan
2 - Masukkan bawang putih,halia,cili kering dan kacau hingga wangi.
3 - Masukkan sos tomato,sos tiram,gula dan kicap.Kacau hingga rata,kemudian masukkan lada benggala kacau sebati da sedia dihidangkan.
 

Roti Daging

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Assalamualaikum.....
Salam sejahtera buat semua.....
 
Petang semalam shada buat menu ringkas atau boleh juga dikategorikan snek.Setiap petang shada akan hidangkan dengan menu yang simple dan ringkas.Kiranya minum petang tu..makan malam,jadi shada tidak membuat sesuatu yang berat seperti nasi.
 
Kadang-kadang pening kepala jugak hendak memikirkan apa yang perlu dimasak dan disediakan.Tapi...demi untuk suami dan anak shada cuba sebaik yang mungkin untuk memenuhi citarasa mereka.
 
Semestinya kali ini menu yang berkaitan dengan roti menjadi pilihan shada.Suami dan anak kedua-duanya gemar makan roti..apa lagi shada pun buatlah roti daging,lain dari yang lain kan ?? tak kan roti dengan butter jea....hehe jom cuba..pasti anak2 suka nanti !
 
ROTI DAGING

BAHAN2 :

4 Keping roti - Buang bahagian tepi
1 Cawan daging kisar
3 Biji telur - Pukul
1 Biji bawang merah - Mayang
Garam gula secukuprasa
Sedikit serbuk lada hitam
Minyak

CARANYA :

1 - Gaulkan daging,bawang merah,garam dan serbuk lada hitam dan ketepikan.
2 - Panaskan minyak,Bahagikan ramuan daging dgn roti sama banyak.Ratakan atas roti dan goreng hingga kekuningan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...