Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Thursday, March 21, 2013

Cheese tart

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 


100 Biji Cheese tart toping coklat
Tima kasih order

Tuesday, March 19, 2013

Jalan-jalan cari makan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
Assalamualaikum.........
 
teringin pulak nk makan tomyam sedap dan malas sagat nak masak,sejak 2 menjak ni asyik na makan kat luar jea...."aiyaaaa buang tabiat".Dalam fikiran tak sabar tunggu suami balik kijo,nak ajak pi makan kat luar.
 
Destinasi yang dipilih sudah pastinya Restoran D'Chengmai kat Sungai Buloh.Aduhaiiii jauhnya tempat nok makan.Apapun tima kasih banyak2 pada suami yang mengikut kerenah Shada walaupun penat bekerja hahahha.....
 
Apa yang Shada boleh ceritakan pasal restoran ni,sebuah restoran yang sangat cantik,unik dan mampu memikat hati pengunjung seketika dengan pemandangan luar restoran.Bila tiba dalam restoran tempat menjamu selera,bagaikan hotel 5 bintang lengkap dengan hiasan mewah dan eklusif.
 
Makanan kt sini memang sedap dan terbaik.....paling best siakap sweet sour,ayam pandan,kerabu sotong dan udang tepung.Tak hairanlah ikan siakap sweet sour beharga rm78 seekor,walaupun mahal tetap berbaloi-baloi.Suasana restoran yang bersih dan nyaman menambahkan lagi keselesaan dikala menjamu selera.Sesiapa saja yang datang pasti nak datang dan datang lagi....Jom layan picnya pulak haha....
 
 




 
 

Apam pokaldot

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
 
 
 
 
 300 biji apam pokaldot toping coklat n blueberry
Thankz order !

Monday, March 18, 2013

Ikan siakap sweet sour

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
 
IKAN SAKAP SWEET SOUR
 
BAHAN IKAN :

 1 ekor ikan siakap perap dgn garam kunyit n sedikit lada hitam
Goreng ikan dgn myk yg byk dan garing- sue xbuat celup tepung ya ...nk buat pun blh ikut selera masing2.
 BAHAN SOS :

 7 ulas bawang putih tumbuk
3 biji bawang merah tumbuk
Sedikit halia tumbuk
6 tangkai cili api tumbuk
3 sudu besar pes tomyam-sue buat sendiri nk pkai yg segera pun boleh tapi jgn pkai adabi rasa dia kurang sedap,pakai yg thai punya.
Daun limau purut disiat n mayang
Daun ketumbar mayang
1 labu bawang besar mayang
1 tangkai cili merah mayang
Air limau nipis
Sedikit serbuk lada sulah
Garam gula
2 sudu besar sos tiram,
3 sudu besar sos cili
 
CARANYA :
 1)Tumis bhn tumbuk hingga wangi,masukkan daun limau purut yg siat hingga wangi dan sedikit garing.
2)masukkan pes tomyam tumis hingga pecah minyak,masukkan sos tiram,sos cili,lada sulah,air limau, nipis kacau rata dan biar mendidih seketika
3)masukkan bawang,cili,garam gula dan kacau mesra biar sedikit kering,angkat
4)letak sos sedikit dlm pinggan,letak ikan n lerak sos atas ikan,tabur daun limau purut dandaun ketumbar.

Tutti fruitti

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 

Tutti Fruitti Kiwi
Tima kasih order by Kek Manis !
 

Gulai Rebung Ayam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
 
Assalamualaikum......
 
Menu hari ini selera kampung,Shada sekeluarga lebih gemar dengan masakan kampung berbanding masakan barat dan moden.Lauk pauk masakn kampung pembuka selera,kalau dah makan pasti nak lagi dan lagi.....Rasa dan keunikan masakan kampung mampu menambat hati sesiapa sahaja samada muda dan tua pasti tertambat dengan aromanya.
 
Hari ini Shada kongsikan resepi Gulai rebung ayam.Masakan ini sangat popular di kawasan perkampungan dan salah satu menu warisan negeri Melaka.Bila makan lauk macam ni ,memanglah sangat berselera dan menaikkan selera bila dihidang bersama sambal belacan,ikan masin dan ulam-ulaman.
 
Cara memasaknya hapir sama dengan orang lain cuma Shada memasak mengikut selera kami sekeluarga.Ada yang masak gulai rebung ayam ini letak udang kering,pati ayam dan belacan.Tapi...Shada hanya masak dengan cara yang simple dah mudah.Shada lebih gemar memasak masakan yang simple dan mudah berbanding masakan yg menggunakan pelbagai bahan2 dan berat."Citarasa anda adalah satu keunikan" 
 

 
GULAI REBUNG AYAM
 
BAHAN2 :
1/2 Ekor ayam - Potong kecil
1 1/2 Mangkuk rebung - Potong bulat2
Garam gula secukup rasa
2 Mangkuk santan / Secukupnya
Sedikit air
 
BAHAN KISAR :
4 Biji bawang merah
5 Ulas bawang putih
1 Inci halia
1 Inci kunyit hidup
1 1/2 Inci lengkuas
4 Tangkai cili merah
 
CARANYA :
  1. Masukkan semua bahan kisar dalam periuk dan biar mendidih seketika
  2. Masukkan ayam,gaul mesra dan biar seketika.Masukkan santan,air dan kacau selalu hingga mendidih.
  3. Masukkan rebung dan garam gula,gaul sebati dan biar hingga mendidih dan rebung masak.
SELAMAT MENCUBA !!
 

Zoo negara

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
Assalamualaikum......
 
dah lama nak masukkan entry ni tapi asyik sibuk memanjang....almaklumlah suri rumah hehehe.Cuti hujung minggu membosankan bila tinggal berdua dengan hazreeq,Abienya outstation apa lagi peluanglah untuk Hazreeq minta itu ini.
 
Tiba jae ari sabtu dia minta nak pergi zoo,seperti biasa zoo juga menjadi tempat kegemarannya dikala keluar jalan-jalan hung minggu.Jom kita layan foto-foto yang sempat disnep !!!
 
In train....
Lapar hehehe....
Aaaaa elephant...
 
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...