Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Monday, December 10, 2012

New projek

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum.....

Dah lama shada tak update blog ni....sekarang shada bz dengan tugasan harian,kekadang rasa xcukup nak selesaikan semua tugas dlm masa satu hari.emmm sibuk uruskan anak,suami,rumah tangga dan kerja shada

Sekarang ini shada sudah mengeluarkan produk shada sendiri iaitu,tudung dan brooch.insyaallah...shada akan mempelbagaikan koleksi seperti maxi,dress,jubah dan baju kanak2 pada tahun hadapan.sekarang ini shada tengah membuat survey dan mencari material yang selesa dan sesuai untuk digunakan.

Semua aktiviti perniagaan shada update dekat fb hanahafiyya dan juga blog hanahafiiya,shada mengalu2kan teman2 semua singgah ke butik online shada.Alhamdulillah....walaupun masa yang agak terhad shada masih lagi diberi sedikit ruang untuk merialisasikan impian dan minat shada terhadap seni jahitan.

Inilah serba sedikit info perniagaan yang baru shada ceburi.jangan lupa singgah tau ....hehehe

Thursday, November 22, 2012

5 Rencah 5 Rasa

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
Assalamualaikum.........
 
5 Rencah 5 Rasa hohoho rancangan kegemaran Hazreeq.Pantang terpandang rancangan ni...terus tak bagi tukar.Walaupun hanya boleh tengok pada cuti sekolah dia tetap tidak mahu leaskan pluang.Setiap patah perkataan yang diungkapka oleh chef dia pasti ikut dan yang kelakarnya.....bila Shada hendak masak mulalah keluar semua resepi satu persatu.Terperangjat Shada dibuatnya....dia ingat satu persatu resepi,siap suruh Shada masak macam chef.
 
Tapi.......Alhamdlillah Hazreeq seorang anak yang baik dan dengar cakap walaupun dia agak nakal.Mudah untuk kita menolak permintaan dia dengan memberi alasan yang mudah difahaminya.Shada selalu cakap Insyaallah.....nanti bila dah ada bahannya ummie akan masak macam chef.......huhuhu
 
Entri kali ini Shada masak 5 rencah 5 rasa tapi....resepi Shada sendiri dan mengikut citarasa Hazreeq dan Abienya.Jom cci mata.....hahahaha
 
 
Ayam merah limau purut
 
 
Ikan pekasam goreng bercili
 
 
 Pencuci mulut kek caramel
 
 
 Ayam kampong goreng dan air laici
 
 

Tuesday, November 20, 2012

Cooking Class

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
 
Assalamualaikum........
 
Cooking Class huhuhu.......Jangan terperanjat ini just untuk Hazreeq,Shada manalah layak untuk jadi chef.Chef untuk family bolehlah kut hehehe......
 
Untuk cooking mooking kai ini buat kuih bakar yang digemari oleh keluarga.Walaupun Shada sendiri firts time uat kuih ni....tapi tetap lagak macam chef untuk Hazreeq.Jom kita layan foto2 cooking class kali ni.....
 
Proses memulakan membuat kuih bakar
 
Masa menghias kuih bakar
 
Huhuhu.....dah nak siap
 
Tadaaa...dah siap
 
 

Sunday, November 11, 2012

Legoland Malaysia

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum......

Lokasi percutian kali ini ialah Johor Bahru atau lebih tepatnya Legoland Malaysia.Walaupun pada asalnya hendak bercuti ke pulau pinang kami tetap hepy dengan desdinasi kali ini.

Legoland.....nama yang cukup popular dan digemari oleh kanak2,wow !!!! bila baca iklan sana sini sungguh teruja untuk jejak kaki kesana apatah lagi sekarang tiba waktu musim cuti sekolah.

Cuti kali meme sangat "Adventure" bagi Shada kerana bercuti tanpa perancangan,bak ta pepatah main redah je.....Balik dari cuti hari raya aidiladha terus sambung pergi ke Johor bahru.

Pada tanggal 29hb october 2012 pukul 9.30 pagi kami sekeluarga bertolak ke desdinasi yang dituju,walaupun rasa penat balik kampong belum hilang encik suami tetap cool demi memenuhi permintaan Hazreeq untuk pegi ke Legoland.Orang yang paling excited adalah Hazreeq,Mulut asyik berbunyi dengan soalan2 yg tidak terjawab........

Tepat jam 2.30 kami tiba dihentian untuk makan tengah hari dan segarkan diri.Makan agak lewat kerana sarapan sudah pekena nasi lemak so....lambat skit xpe la kan ....hikhikhik.Hazreeq sepanjang jalan asyik berbunyi dan makan tak henti2 jadi xkisahlah Abienya behenti lambat skit.Hampir 1 jam jugak rehat dan makan2,pukul 3.20 mnt kami meneruskan perjalanan.

Tiba di JB terus ke Legoland meninjau tempat,almaklumlah ..... dah hampir 4 tahun tidak berkunjung ke JB.Pembangunan yang pesat dan jalan berputar2 macam sarang spider meme agak sukar bagi orang baru seperti kami.

Alamhamdulillah....walaupun ambik masa berpusing2 akhirnya jumpa tempat yg hendak dikunjung besok.lepak2 n makan2 seketika kami pun beredar mencari hotel Sri Malaysia yang pernah kami kunjungi 4 tahun lepas.Kenapa Sri Malaysia ??? coz sarapan paginya sangat sedap terutama nasi lemak,wow !!! susah nak dapat rasa nasi lemak yang sedap di kala sarapan di Hotel.xkisah lah 4 bintang 5 bintang yang pernah kami kunjungi....meme di Hotel Sri Malaysia JB jugak yag terbaik !!!!!

Bila dah jumpa hotel,check in rehat sekejap terus keluar untuk maan malam.Tempat yang dituju adalah Danga Bay,emmmm kalau kata best tu...xsangat lah tapi bagi yang belum pernah sampai ok lah.Tapi......makanan kat sni meme sedap terutama tempat yang kami makan "Bistro Bawang merah"perrrhhhh meme terbaik tauhu bakar,fresh oren dan otak2.Lepas makan ,jalan2 pusing2 bandar JB,singgah Down Town JB cuci mata dan terus balik Hotel.

Esok pagi jam 8.00 pagi turun sarapan dan terus check out dan keluar bersiar2 sekitar JB sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Legoland.Walaupun sampai di Legolang pukul 9.30 dah ramai orang beratur mengambil ticket.Jom !!!!!! terokai.....Legoland ......

Oppssss dari awal waktu operasi hinggalah waktu penutupan baru kami keluar,meme tak sedar masa berlalu begitu pantas.Byk tempat yg belum diterokai dan banyak jugak tempat yang masih dalam progress.Kami keluar terus balik ke Putrajaya kerana ke esokan harinya Suami bekerja.

Jom Naik Train !!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum......

Harinini tibalah masa untuk pergi ambik suami tercinta di KLIA,walaupun boleh pergi dengan kereta Hazreeq tetap mau naik train huhhu......

Naik train KLIA Ekpress Dari stesyen Putrajaya Central walaupun sekejap tapi seronok dapat memenuhi hajat Hazreeq n tengoklah gelagat dia masa naik train hahaha....jom layan....foto2 kat bawah :-


 
 
 
 
 
 

Thursday, September 6, 2012

Jahitan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum........

Disini Shada ingin berkongsi hobi terbaru dalam seni jahitan.Sebenarnya Shada tidak pernah minat dengan seni jahitan tetapi...Shada ada sedikit kemahiran dalam mengait,sulam manik,jahit skirt dan tudung masa masih sekolah lagi....

Shada masih ingat lagi waktu sekolah kat maahad dulu Shada Pakai tudung labuh dan untuk membelinya agak mahal so....nak tak nak Shada mesti kena buat sendiri,dari situlah Shada mula mereka cipta sendiri tudung Shada hahaha......"Perasan"

Sekang pulak nak menjahit macam tak percaya pun ada n klkar pun ada,Ma Shada suruh blajar dulu xmau ,alasannya xberminat...alih2 skarang ni nak menjahit !!!!Bila Shada britahu pada Ma...dia jawab baguslah hihihi...lega Shada dengar dan memberi semangat untuk meneruskan.

Shada sudah ada sijil Jahitan dan bercadang untuk sambung keperingkat diploma tahun hadapan Insyaallah...jika diizinkan olehNya dan juga suami.Shada sudah mula mengambil tempahan pakaian dan sulaman manik Setelah beberapa bulan mempraktikkannya untuk memahirkan diri dan keykinan untuk mengambil tempahan.

                                                                   Sulaman manik

                                                              Baju dan sulam manik

                                                           Tudung dan sulam manik

Monday, September 3, 2012

Mihun sup

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

MIHUN SUP

BAHAN2 :
 
1/3 Paket mihun - celur toskan
2 Ulas bawang putih - Mayang
2 Ketul tulang ayam dan sedikit garam gula
1 Kiub pati ayam dan sedikit lada sulah
Bebola ikan
Kek ikan,bebola sayur dan fucuk - dicelur,potong serta toskan.
 
CARANYA :
 
1 - Tumis bawang putih hingga naik bau.
2 - Masukkan tulang ayam,4 gelas air, sedikit lada sulah dan kiub pati ayam
3 - Biarkan mendidih baru masukkan garam gula dan bebola ikan biar seketika.
4 - Masukkan mihun dalam mangkuk,tambah kek ikan,bebola sayur dan fucuk yg telah dicelur tadi dan tuang kuah atas mihun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...