Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Tuesday, May 10, 2011

Percutian Di Primulai Beach Resort Hotel Terengganu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Hari2 terakhir sebelum pergi bercuti adalah hari yang sangat sibuk bagiku. Bermacam2 persiapan dibuat untuk meninggalkan rumah yang agak lama. Mengemas rumah, menukar itu dan ini dan menyediakan segala macam keperluan. Seperti tak cukup masa rasanya. Alhamdulillah......... akhirnya serba-serbi telah lengkap dan sempurna. Aku sangat berpuas hati semuanya tersedia mengikut apa yang aku inginkan. Seronok sekali walaupun penat tapi berbaloi-baloi bila tengok rumah yang kemas dan rapi tatkala mahu meninggalkan rumah selama seminggu.

12.11.10, Khamis
Akhirnya hari yang ditunggu2 tiba juga. Masa untuk pergi bercuti. Yeeeeeeeeeeeeeeeaaaayyyy..........

Kami sekelurga keluar dari Putrajaya jam 7.30 pagi. Sebelum memulakan perjalanan kami mengisi perut dulu...... yeayeayea !!!!!! "Isi perut sambil isi tangan"penuh dengan bekalan almaklumlah 3org semuanya kuat makan hehehehe. Perjalanan lancar melalui Lebuhraya Karak terus ke Lebuhraya Pantai Timur. Walaupun kenderaan banyak namun perjalanan masih lancar.Dalam perjalanan singgah makan, solat dan berehat seketika disekitar Cerating. Selepas makan perjalanan diteruskan. Pemandangan sekitar ketika menyusuri laluan pantai amat menyenangkan dengan cuaca yang redup dan angin sepoi2 bahasa.

Lebih kurang jam 4.30 kami sampai ke Kuala Terengganu. Di sana telah sedia menanti penyambut tetamu hotel yang kami ingin tinggal sepanjang percutian kami. Bila saja kaki melangkah terpegun seketika dengan keindahan hotel yang memiliki keunikkannya tersendiri.Kami menginap di Primulai beach resort hotel yang terletak di Pekan Kuala Terengganu. Sampai di bilik kami berehat dan membersihkan diri.

Sebelah malamnya, kami pusing2 sekitar bandar Kuala Terengganu sebelum berhenti di sebuah gerai untuk makan malam. Gerai ini memang menjadi kegemaran kami sekeluarga setiap kali bertandang ke Kuala Terengganu.Sesudah makan, balik dan berehat. Badan pun sudah letih setelah melalui perjalanan yang jauh hari ini.
13.11.10, Jumaat

Bangun pagi seperti biasa berjalan ditepi pantai sambil menghirup udara segar,nyaman sungguh n thanks for my Huny bcoz bawa Shada dan Hazreeq bercuti.Tepat jam pukul 8 pagi kami pergi swimm......seketika.Selepas bersarapan pagi, kami bergerak menuju ke Pasar Payang Kuala Terengganu. Suasana di sekitar bandar Kuala Terengganu sangat sesak dengan kenderaan dan orang ramai. Di mana2 saja penuh dengan orang.Setelah berpusing2 barulah dapat tempat parking.


Di Pasar Payang, kelihatan begitu ramainya orang dengan bermacam2 gelagat. Ada yang membeli belah, ada yang sekadar memerhati, meninjau2 dan melihat apa yang ada. Banyak yang menarik dan cantik2 terutamanya kain baju. Tapi bila melihatkan harganya boleh dapat beberapa pasang kain.Sebelum balik sempat beli beberapa jenis keropok kering dan cenderahati untuk dibawa pulang. Memang itupun tujuannya ke situ.


Selepas habis bershopping dan membeli sedikit kuih-muih, kami pulang ke hotel dan berehat. Jam 5.30 keluar semula. Kali ini destinasinya ke Mydin dan Giant. Sekali lagi terpaksa menempuh kesesakan. Berpusing mencari tempat parking. Hampir satu jam juga barulah ada parking yang kosong. Kami sekadar jalan2 dan sempat singgah makan di foodcourt yg terkenal dengan mihun sup tulang power,Yummy......memang power....sampai berpeluh2 semasa makan.


14.11.10, Sabtu

Cuaca hari ini sangat menyenangkan sekali. Destinasi hari ini adalah melawat Pulau Wan Man di mana terletaknya Taman Tamadun Islam (TTI) dan Masjid Kristal. Dengan bayaran masuk sebanyak RM15 seorang, kita dapat melihat 21 buah monumen islam yang unik dan hebat yang dibina semula dalam bentuk replika. Walaupun hanya sekadar replika kita akan melalui satu pengalaman yang menarik dan seolah2 kita pergi ke tempat yang sebenar.Walaupun hari menghampiri senja kami sempat menaiki boat melayari sungai dimana terletaknya tempat membuat kapal yang tersohor di Terengganu dan mempunyai sejarah tersendiri yang dikenali seluruh dunia. Sesudah makan di situ singgah seketika ke Masjid Kristal. Di situ juga kelihatan terlalu ramai orang. Disebabkan sudah letih berjalan maka kami buat keputusan untuk singgah sekadar untuk mengambil gambar dan melihat dari kejauhan.


Sebelum balik ke hotel, kami ke Seberang Takir untuk membeli keropok lekor. Mulanya bercadang untuk beli di Kampung Losong tapi bila melihatkan keadaan terlalu sesak plan bertukar. Namun sesampainya di sana keadaan sama juga. Telah ramai orang yang sedang beratur menunggu giliran. Hampir satu jam juga menunggu untuk keropok dimasak semula setelah habis dibeli orang yang datang lebih awal.


Setelah penat berjalan sehari suntuk,kami berehat dibilik saja dan malam hanya keluar mencari mihun sup di tempat kegemaran kami sekeluarga.Lepas makan terus balik ke hotel dan berehat.,Sudah tak larat untuk keluar lagi.
15.11.10, Ahad
Setelah tiga hari berjalan2, membeli belah, makan2, tibalah masanya untuk balik. Percutian berakhir pada hari ini. Cepatnya masa berlalu. Sedih juga nak meninggalkan Terengganu tapi apakan daya, terpaksa pulang semula ke KL. Percutian telah tamat.


Sesudah bergambar kenangan dan mengucapkan selamat tinggal Terengganu kami bertolak dari Kuala Terengganu jam 10.00 pagi. Perjalanan balik agak lancar dan dirasakan lebih cepat berbanding waktu datang hari itu. Dalam perjalanan singgah sebentar di Losong membeli keropok lekor sebagai buah tangan untuk jiran tetangga..
Sesudah itu perjalanan diteruskan menuju ke Kuantan. Sampai di Kuantan terus menuju ke Parkson untuk berehat, makan dan solat. Lebih kurang jam 4.30 petang kami bergerak balik melalui Lebuhraya Pantai Timur.


Kami berhenti di R&R Temerloh untuk menikmati ikan patin masak tempoyak.My Huny yang beria-ia sangat nak makan. Sesudah makan kami meneruskan perjalanan lebih kurang jam 6.30 petang. Perjalanan lancar hinggalah sampai ke Bentong apabila kenderaan mula bergerak perlahan. Wah..... nampaknya kami terpaksa melalui keadaan jem yang amat teruk. Kenderaan merangkak2 dan bergerak seperti semut. Walaupun begitu kami tetap meneruskan perjalanan tanpa berhenti di pinggir jalan.Ramai yang berhenti rehat di tepi jalan. Kenderaan yang tersadai juga semakin banyak. 

Sampai di Genting Sempah kami berhenti rehat. Di mana saja ada ruang kosong penuh dengan kenderaan dan orang ramai. Seperti ada pesta. Namun ekspresi wajah masing2 semuanya kelihatan tension. Semuanya sudah keletihan. Berbagai ragam dapat dilihat. Waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Bayangkan betapa lamanya kami terpaksa melalui jalan jem.
Sebaik keluar daripada R&R Genting Sempah, kenderaan mula bergerak lancar walaupun perlahan. Tidak lagi merangkak2 Lega rasanya. Kami sampai ke Putrajaya tepat jam 12 tengah malam. Alhamdulillah.. selamat sampai juga akhirnya.Tamatlah sudah percutian 4hr 3m di Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Percutian yang sungguh menyeronokkan dan meninggalkan seribu kenangan manis buat kami sekeluarga.

Sunday, May 8, 2011

Happy Mothers Day

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

MoThEr

Mom,
You are my sunshine
My everything
Without you
My life will be empty
And i will feel lonely.

Mom,
You always cheer up my life
You make me laugh
You comfort me when i'm sad,
You come to me
When i need you
You hug me when in times of fear.

Mom,
I love you
More than words can say
More than everything in this world
I LoVe YoU MoM

From : Huny N Hazreeq

Saturday, May 7, 2011

Thursday, May 5, 2011

Wednesday, May 4, 2011

COOKIES

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

COKLAT OREN COOKIES

BAHAN-BAHAN:
6 Sudu besar mentega
6 Sudu besar gula kastor
1 Biji telur
1 Sudu besar susu
2 Sudu besar serbuk koko

BAHAN HIASAN:
Coklat oren - Cairkan
Coklat  masak - Cairkan

CARANYA :
1 - Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan susu.
2 - Akhir sekali masukkan tepung dan serbuk koko. Kacau sehingga menjadi doh. Canai dan terapkan bulat.
3 - Bakar pada suhu 180oC selama 10 hingga 12 minit. Angkat dan biarkan ia sejuk.
4 - Paipkan coklat oren dan coklat makan  di atas biskut dan biarkan keras.


MASAM MANIS COOKIES

BAHAN2 :
250 Gm mentega
150 Gm gula perang
50 Gm gajus - Mesin
50 Gm asam gambir  - Hancurkan
1 Biji kuning telur
2 Sudu makan madu
200 Gm tepung gandum
BAHAN HIASAN:
Kuning telur
Gajus
CARANYA :
1 - Pukul mentega, gula, telur dan madu hingga sebati.Masukkan gajus, asam gambir  dan tepung gandum, kacau menjadi doh.
2 - Terap mengikut cita rasa dan hiaskan.
3 - Bakar pada suhu 180 0C selama lebih kurang 15 hingga 20 minit.

CENDAWAN COOKIES

BAHAN2 :
125 Gm mentega
60 Gm gula aising
1 Biji kuning telur
30 Gm tepung jagung
20 Gm susu tepung
BAHAN HIASAN:
Coklat putih secukupnya
Gula hiasan
CARANYA :
1 - Pukul mentega, telur dan gula. Masukkan tepung gandum dan uli.
2 - Terap menggunakan bentuk cendawan.Akhir sekali bakar pada suhu sama seperti biskut di atas.
3 - Untuk hiasannya, cairkan coklat putih dan sapu di atas biskut.
4 - Letakkan gula hiasan. Biarkan keras.

MENTEGA KACANG COOKIES

BAHAN-BAHAN:
1/2 Cawan mentega tanpa garam
3/4  Cawan mentega kacang
1 Cawan gula merah
1 Biji telur gred A
1/2 sudu kecil vanila
1 Cawan tepung gandum
3/4 Sudu  soda bikarbonat
Coklat dan coklat urai sebagai hiasan
CARANYA :
1 - Panaskan oven 180'C dan siapkan dulang pembakar.
2 - Krimkan mentega, mentega kacang dan gula. Tambahkan telur dan vanila. Putar dengan kelajuan sederhana. A
3 - Ayak tepung bersama baking soda. Masukkan campuran tepung ke dalam adunan mentega.
4 - Buat bentuk yang disukai. Bakar dan sejukkan.
5 - Cairkan coklat, celupkan sebahagian dari biskut dan taburkan coklat urai di atasnya.  

Monday, May 2, 2011

Cuti At Melaka Bandar Bersejarah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

26 hb November
Hureyyyyyy bercuti lagi..........
Destinasi kali ini ke Melaka iaitu negeri yang di kenali sebagai negeri kota bersejarah. Memang bes sangat dapat peluang datang kat sini.Jam 8.30 pagi mulalah perjalanan dari Putrajaya ke Melaka.Masa yang diambil tidaklah lama kira2 pukul 11.00 Pagi kami sekeluarga selamat sampai di hotel pilihan Mahkota Hotel Melaka yang terletak di tepi sungai dan bandar Melaka.Emmmmmm dah masuk bilik malas nak keluar pulak.....so rehat kejap kat bilik hehehehehhe

Selepas asar baru kami melangkah keluar bersiar2 sekitar Mahkota Prade mencari makan sebelum melangkah lebih jauh kekekkekkeke..........
Pe kena asam penas dekat bangunan Tamingsari x delah sesedap manepun"kuang kuang kuang"Bolehla bolehla bolehla......Bila perut dah kenyang kami ronda2 Melaka,naik Tamingsari,Perkampungan Warisan Melaka,Melaka Slim Rever dan sebagainya semua dengan menaiki beca "Kiranya ada pemandu pelancongan" bawa kami jalan2 pusing2 huhuhuhu...... .
27 hb November 2010,
Perjalanan kami hari kedua.Melawat ke kota melaka di muzium sultan negeri melaka.Bangunan muzium tersebut ada 3 tingkat,dalam tu banyak barang-barang bersejarah dan adat istiadat pertabalan sultan kesultanan melaka.Kami pun berpeluang bergambar kat dalam tu"Kira posing abih ler kami kat dalam tu....."termasuk ler si kecil tu...tapi dia macam biasalah aksi2 ultraman yang lebih-lebih.

Pastu tempat yang selama ni dok tengok dalam tv tu!!.......
A famosa dah sampai naik.Walaupun nak naik ke atas tu punya ler menguji kesabaran,dah ler ngan panas terik berpeluh-peluh.Tapi di sebabkan memang teringin sangat nak ke situ.Kuat gak semangat memanjat tangga yang ketinggian berapa ntah...........hehehe Shada,huny,Hazreeq dan adik pun berjaya sampai ke sana.Bila dah sampai ke sana,kami dapat tengok laut selat melaka.Angin bertiup sepoi2 bahasa.Setelah puas berada di atas bukit A famosa.Kami pun turun,sebab Hazreeq pun dah penat and ngantuk.Turun dari a famosa kami menuju ke food court.Tekak pun dah kering,perut pun dah berkeroncong minta untuk di isi.Selesai jamu selera kami pulang ke hotel.

Sebelah malam kami menuju ke Zoo Melaka "Mid Night Safari"emmmmmm....dari segi cerita seorang teman memang best gilerrrr bak "kata pepatah mcm2 ado..."Mak oi!!! hampeh...x dok orang lansung nak tengok binatang pun tiada yang ada cuma ikan,pak belang dan kijang.Huhuhuhuhu menyesalo sudah......confirm lain kali dah x singgah konon mid night safari jauh lebih syok Zoo Taiping and Zoo Negara.

28 hb November 2010,
Masa kat melaka ni cik Mat beca jadi pemandu pelancong bawak kami jalan-jalan."Mahal jugak 3 jam pusing2 habih RM 350 untuk 2 Beca"Perrrrrrrhhhhhh confirm pah ni memang x naik lagi,jalan dengan kreta sendiri lagi jimat hehehehe.Sebab kami memang tak pernah jalan2 habih sapu bersih bandar Melaka sebelum ni tu yang teringin nok naik Beca Khakhakhakha.................

Dah tiba masa untuk pulang kami sempat window shopping kat Mahkota Prade,sempatla beli baju 2 3 helai,keychain dan sedikit ole2 hehehehe

kami pun bertolak balik dan dalam perjalanan singgah dekat Taman Buaya,ronda2 pusing2,makan-makan,bergambar dan terus lagi perjalanan balik ke Putrajaya.Rasa tak puas bercuti kat Melaka,rasa cam nak pergi lagi lain kali.Terima kasih buat Huny yang tersayang sebab bawak Ummie,Hazreeq dan Pikah adik Shada cuti-cuti kat Melaka.kalau bleh nak pegi lagi!hehehe........

Sup Ikan merah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...