Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Wednesday, May 4, 2011

COOKIES

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

COKLAT OREN COOKIES

BAHAN-BAHAN:
6 Sudu besar mentega
6 Sudu besar gula kastor
1 Biji telur
1 Sudu besar susu
2 Sudu besar serbuk koko

BAHAN HIASAN:
Coklat oren - Cairkan
Coklat  masak - Cairkan

CARANYA :
1 - Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan susu.
2 - Akhir sekali masukkan tepung dan serbuk koko. Kacau sehingga menjadi doh. Canai dan terapkan bulat.
3 - Bakar pada suhu 180oC selama 10 hingga 12 minit. Angkat dan biarkan ia sejuk.
4 - Paipkan coklat oren dan coklat makan  di atas biskut dan biarkan keras.


MASAM MANIS COOKIES

BAHAN2 :
250 Gm mentega
150 Gm gula perang
50 Gm gajus - Mesin
50 Gm asam gambir  - Hancurkan
1 Biji kuning telur
2 Sudu makan madu
200 Gm tepung gandum
BAHAN HIASAN:
Kuning telur
Gajus
CARANYA :
1 - Pukul mentega, gula, telur dan madu hingga sebati.Masukkan gajus, asam gambir  dan tepung gandum, kacau menjadi doh.
2 - Terap mengikut cita rasa dan hiaskan.
3 - Bakar pada suhu 180 0C selama lebih kurang 15 hingga 20 minit.

CENDAWAN COOKIES

BAHAN2 :
125 Gm mentega
60 Gm gula aising
1 Biji kuning telur
30 Gm tepung jagung
20 Gm susu tepung
BAHAN HIASAN:
Coklat putih secukupnya
Gula hiasan
CARANYA :
1 - Pukul mentega, telur dan gula. Masukkan tepung gandum dan uli.
2 - Terap menggunakan bentuk cendawan.Akhir sekali bakar pada suhu sama seperti biskut di atas.
3 - Untuk hiasannya, cairkan coklat putih dan sapu di atas biskut.
4 - Letakkan gula hiasan. Biarkan keras.

MENTEGA KACANG COOKIES

BAHAN-BAHAN:
1/2 Cawan mentega tanpa garam
3/4  Cawan mentega kacang
1 Cawan gula merah
1 Biji telur gred A
1/2 sudu kecil vanila
1 Cawan tepung gandum
3/4 Sudu  soda bikarbonat
Coklat dan coklat urai sebagai hiasan
CARANYA :
1 - Panaskan oven 180'C dan siapkan dulang pembakar.
2 - Krimkan mentega, mentega kacang dan gula. Tambahkan telur dan vanila. Putar dengan kelajuan sederhana. A
3 - Ayak tepung bersama baking soda. Masukkan campuran tepung ke dalam adunan mentega.
4 - Buat bentuk yang disukai. Bakar dan sejukkan.
5 - Cairkan coklat, celupkan sebahagian dari biskut dan taburkan coklat urai di atasnya.  

Monday, May 2, 2011

Cuti At Melaka Bandar Bersejarah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

26 hb November
Hureyyyyyy bercuti lagi..........
Destinasi kali ini ke Melaka iaitu negeri yang di kenali sebagai negeri kota bersejarah. Memang bes sangat dapat peluang datang kat sini.Jam 8.30 pagi mulalah perjalanan dari Putrajaya ke Melaka.Masa yang diambil tidaklah lama kira2 pukul 11.00 Pagi kami sekeluarga selamat sampai di hotel pilihan Mahkota Hotel Melaka yang terletak di tepi sungai dan bandar Melaka.Emmmmmm dah masuk bilik malas nak keluar pulak.....so rehat kejap kat bilik hehehehehhe

Selepas asar baru kami melangkah keluar bersiar2 sekitar Mahkota Prade mencari makan sebelum melangkah lebih jauh kekekkekkeke..........
Pe kena asam penas dekat bangunan Tamingsari x delah sesedap manepun"kuang kuang kuang"Bolehla bolehla bolehla......Bila perut dah kenyang kami ronda2 Melaka,naik Tamingsari,Perkampungan Warisan Melaka,Melaka Slim Rever dan sebagainya semua dengan menaiki beca "Kiranya ada pemandu pelancongan" bawa kami jalan2 pusing2 huhuhuhu...... .
27 hb November 2010,
Perjalanan kami hari kedua.Melawat ke kota melaka di muzium sultan negeri melaka.Bangunan muzium tersebut ada 3 tingkat,dalam tu banyak barang-barang bersejarah dan adat istiadat pertabalan sultan kesultanan melaka.Kami pun berpeluang bergambar kat dalam tu"Kira posing abih ler kami kat dalam tu....."termasuk ler si kecil tu...tapi dia macam biasalah aksi2 ultraman yang lebih-lebih.

Pastu tempat yang selama ni dok tengok dalam tv tu!!.......
A famosa dah sampai naik.Walaupun nak naik ke atas tu punya ler menguji kesabaran,dah ler ngan panas terik berpeluh-peluh.Tapi di sebabkan memang teringin sangat nak ke situ.Kuat gak semangat memanjat tangga yang ketinggian berapa ntah...........hehehe Shada,huny,Hazreeq dan adik pun berjaya sampai ke sana.Bila dah sampai ke sana,kami dapat tengok laut selat melaka.Angin bertiup sepoi2 bahasa.Setelah puas berada di atas bukit A famosa.Kami pun turun,sebab Hazreeq pun dah penat and ngantuk.Turun dari a famosa kami menuju ke food court.Tekak pun dah kering,perut pun dah berkeroncong minta untuk di isi.Selesai jamu selera kami pulang ke hotel.

Sebelah malam kami menuju ke Zoo Melaka "Mid Night Safari"emmmmmm....dari segi cerita seorang teman memang best gilerrrr bak "kata pepatah mcm2 ado..."Mak oi!!! hampeh...x dok orang lansung nak tengok binatang pun tiada yang ada cuma ikan,pak belang dan kijang.Huhuhuhuhu menyesalo sudah......confirm lain kali dah x singgah konon mid night safari jauh lebih syok Zoo Taiping and Zoo Negara.

28 hb November 2010,
Masa kat melaka ni cik Mat beca jadi pemandu pelancong bawak kami jalan-jalan."Mahal jugak 3 jam pusing2 habih RM 350 untuk 2 Beca"Perrrrrrrhhhhhh confirm pah ni memang x naik lagi,jalan dengan kreta sendiri lagi jimat hehehehe.Sebab kami memang tak pernah jalan2 habih sapu bersih bandar Melaka sebelum ni tu yang teringin nok naik Beca Khakhakhakha.................

Dah tiba masa untuk pulang kami sempat window shopping kat Mahkota Prade,sempatla beli baju 2 3 helai,keychain dan sedikit ole2 hehehehe

kami pun bertolak balik dan dalam perjalanan singgah dekat Taman Buaya,ronda2 pusing2,makan-makan,bergambar dan terus lagi perjalanan balik ke Putrajaya.Rasa tak puas bercuti kat Melaka,rasa cam nak pergi lagi lain kali.Terima kasih buat Huny yang tersayang sebab bawak Ummie,Hazreeq dan Pikah adik Shada cuti-cuti kat Melaka.kalau bleh nak pegi lagi!hehehe........

Sup Ikan merah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Saturday, April 30, 2011

Cucur keladi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

CUCUR KELADI

BAHAN2 :
 
1/2Kg keladi - Rebus n potong dadu
1 Cawan udang - Buang kulit
2 Sudu besar ikan bilis - Tumbuk
3 Tangkai daun sup - Hiris
2 Cawan tepung gandum
1 Labu bawang besar - Mayang
1 Biji cili merah - Mayang
1 Sudu teh gula
1 Biji telur
Secubit garam
Air secukupnya
 
CARANYA :
 
1 - Ayak tepung gandum dan gaul bersama garam gula.Masukkan semua bahan kecuali air
2 - Gaul hingga sebati dan mesra.Masukkan air sesuai dengan kepekatan membuat cucur
3 - Sudukan adunan dlm minyak panas dan goreng hingga kekuningan.Hidang dgn sos cili

Friday, April 29, 2011

Ayam bbq

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
AYAM BBQ

BAHAN PERAP AYAM :
 
2 Kg ayam - Dipotong n Kelar
1 Biji bawang besar
5 Ulas bawang putih
2 Inci halia
2 Sudu makan serbuk cili
1 Sudu kecil serbuk kunyit
2 Batang serai
1 Sudu makan serbuk jintan manis
1 Sudu kecil serbuk jintan putih
1 Sudu kecil serbuk ketumbar
1 Sudu kecil garam
1 Cawan gula
 
CARANYA :
 
1 - Kisar semua bahan diatas hingga halus.Masukkan dlm bekas bersama ayam dan gaul sebati
2 - Perap ayam satu malam / 3 jam dlm peti sejuk.Lagi lama lagi sedap
3 - Bakar ayam hingga masak

 
SOS BBQ

BAHAN2 :
 
1 Biji bawang besar - Cincang
2 Sudu makan minyak sayur
2 Sudu makan cuka
2 Sudu makan gula perang
4 Sudu makan sos lemon
1 Cawan sos tomato / Sos cili
3 Sudu makan sos worcesteshine
1/2 Sudu kecil sos tobasco
Garam secukuprasa
 
CARANYA :
 
1 - Panas minyak dan tumis bawang hingga kuning dan masukkan bahan2 lain.Remeh sos 30Minit
2 - Biar sejuk,kisar hingga halus.Sesuai juga utk daging rusuk dan daging lembu

 

Kebab berkeju wif daging salai

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 

KEBAB BERKEJU WIF DAGING SALAI

BAHAN2 :
 
1 Batang roti french loaf - Potong 2
3 Keping daging salai
1 Biji bawang besar - Mayang
1 Biji tomato - Hiris
5 Helai daun pudina
2 Helai daun salad
3 Sudu besar minyak zaitun
1 Sudu makan butter
 
CARANYA :
 
1 - Renjis minyak zaitun atas roti dan letak daun salad.
2 - Susun tomato dan bawang besar atas daun salad tadi.Susun daun pudina n letak butter
3 - Akhir sekali,susun daging salai dan potong mengikut citarasa anda.sedia dinikmati bersama sos cili dan mayones

 

Thursday, April 28, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...