Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Tuesday, April 26, 2011

Rojak tok wan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

ROJAK TOK WAN

BAHAN2 :
1 Biji betik muda - Dihiris
1 Biji nenas muda - Dihiris
1 Biji timun - Dihiris
BAHAN KUAH :
1 Keping nise
5 Ekor isi ikan sardin yg dipanggang
3 Sudu besar cili kering yang dikisar
1 Sudu besar cuka
2 Inci belacan
CARANYA :
1 - Satukan bahan kuah dan gaul hingga sebati dan masak selama 5 minit.
2 - Boleh dihidang bersama buah yg dipotong tadi

Monday, April 25, 2011

Sit-Up Selamat Bagi Ibu Comel

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

LANGKAH PERTAMA
  • Baring di atas lantai.Cari kawasan yang selesa dan lantai yang rata.Bengkokkan lutut.Kedua-dua tapak kaki pula diatas lantai.
LANGKAH KEDUA
  • Letakkan bantal kecil di sisi pinggul supaya rahim yang membesar tidak menekan pembuluh darah.
LANGKAH KETIGA
  • Angkat kepala dan bahu daripada lantai sambil menghembus nafas.Tidak perlu mengangkat kepala dan bahu terlalu tinggi.Cukup sekadar 6-7 inci daripada permukaan lantai.
LANGKAH KEEMPAT
  • Turunkan semula kepala dan bahu ke lantai sambil menarik nafas.
LANGKAH KELIMA
  • Ulangi langkah-lngkah ini,8 hingga 10 kali.

Sunday, April 24, 2011

8 Tip Dekor Bilik Anak

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Siapa yang tidak suka jika kamarnya dihias cantik.Lebih-lebih lagi mempunyai konsep tersendiri.Namun untuk mengatur urus kamar anak,anda perlu mempunyai perancangan supaya setiap susun yang dibuat kelihatan menarik,sekaligus tidak menjejaskan ruang kamar anak anda.Hope tip yang dipaparkan dibawah dapat memberi sedikit panduan dlm membantu anda menghias kamar anak-anak.
  1. Pilihlah warna dinding yang disukai oleh anak anda.Pemilihan warna terang dapat merangsang minda dan pergerakan mereka.Warna biru dan oren menjadi pilihan anak lelaki dan anak perempuan lebih menyukai warna merah jambu atau ungu.Untuk memberikan kesan yang lebih baik,gantung gambar menarik sebagai penyeri dinding bilik anak.
  2. Mood pencahayaan mampu memberi kesan keseronokan pada diri kanak-kanak.Terdapat banyak jenis pencahayaan buat si kecil misalnya lampu yang berwarna-warni,pencahayaan yang mempunyai kesan bunga atau kumbang.Cahaya yang suram mampu merangsang si kecil untuk tidur.Tetapi jika dia ingin melakukan aktiviti di kamarnya,haruslah menggunakan pencahayaan yang terang.
  3. Cadar tilam yang diminati oleh anak anda.Biasanya watak-watak animasi televisyen menjadi pilihan anak-anak seperti Snow White,Spiderman atau Ben10.Bagi anak yang masih bayi,aksesori cadar yang digunakan mempunyai corak yang ringkas dan lembut di pandang mata.Juga serikan kamar dengan patung-patung yang comel.
  4. Kertas dinding turut menjadi penyeri kamar anak.Ajak si kecil untuk memilih kertas dinding untuk kamarnya.Ia pastinya membuatkan bilik si kecil sungguh istimewa.Lazimnya ia menjadi pembahagi ruang dinding kamar anak.Mungkin boleh memilih corak kereta,abjad ABC dan watak kartun kegemarannya.
  5. Untuk mengelak dinding terlalu kosong,rak buku dipasang pada dinding bagi memudahkan si kecil mencapai bahan bacaannya serta anak patung/permainan kesayangannya.Jika boleh,pastikan ia sedondon dengan warna tema kamar anak anda.Pasti memukau mata yang melihatnya.
  6. Kamar yang luas tidak semestinya mempunyai pelbagai perabot.Susun perabot dengan konsep dekorasi ringkas agar menampilkan keluasan berganda.Lebih kreatif lagi,pemilihan warna perabot sama dengan warna tema kamar.
  7. Langsir jurai dengan karakter kartun pasti mempersonakan kepada mereka yang melihat kamar itu.Jangan lupa menggantung perhiasan aksesori yang menghasilkan bunyi apabila terdapat tiupan angin.
  8. Pastikan anda menyediakan ruang khas untuk anak anda bermain.Platform ini boleh menjadi ruang lebih menarik dan tempatkan segala permainan anak di sini.Juga penstoran untuk barang-barang permainan anak sentiasa kemas dan teratur.

Saturday, April 23, 2011

Udang galah masak lemak nenas

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
UDANG GALAH MASAK LEMAK NENAS

BAHAN2 :
 
1 Kg udang galah
1/2 Biji nenas
 
BAHAN2 KISAR :
 
200Gm cili padi
2Cm kunyit
150Gm bawang besar
1 Helai daun kunyit
3 Batang serai
1 Liter santan
Garam gula secukuprasa
 
CARANYA :
 
1 - Kisar semua bahan dengan sedikit air.
2 - Panaskan kuali dgn sedikit minyak dan tumiskan bahan2 kisar.Tunggu hingga naik bau.
3 - Tambahkan santan,udang dan nenas sehingga empuk.Masuk garam gula gaul sebati dan boleh hidang

Thursday, April 21, 2011

Siakap goreng mangga muda

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


SIAKAP GORENG MANGGA MUDA

BAHAN2:
 
1 Ekor ikan siakap (1/2 Kg)
Sedikit lada sulah
Tepung jagung secukupnya
2 Biji mangga muda - Cincang memanjang
1 Labu bawang besar - Hiris
15 Tangkai cili padi - Hiris
4 Biji bawang merah - Hiris
Sedikit daun pasli - Cincang
3 Sudu makan sos tiram
2 Sudu makan kicap manis
2 Sudu makan sos ikan
2 Sudu makan sos cili
Gram gula secukuprasa
2 Sudu makan cuka
1 Sudu makan sos plum
1 Sudu makan sos tomato
 
CARANYA :
 
1 - Lumur ikan ikan yg telah dibersihkan dengan garam,lada sulah dan tepung jagung.
2 - Goreng dlm minyak yg banyak hingga warna keperang-perangan.Ketepikan
3 - Satukan semua bahan dan gaul hingga sebati.Hidang dengan kerabu mangga dan daun pasli.

Wednesday, April 20, 2011

10 TiPs MuDaH MeLaHiRkAn

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

1. LAKUKAN URUTAN PERINEAL
  • Anda digalakkan untuk mula melakukan urutan perineal di antara bahagian dubur dan faraj sekitar minggu ke-34 kehamilan.Hal ini dapat dilakukan dengan menggunakan minyak zaitun namun elakkan penggunaan minyak bayi atau jeli petroleum.Langkah ini disyorkan kerana membantu anda mengurangkan risiko koyak ketika meneran.
  • Walau bagaimanapun,sebelum melakukan dapatkan nasihat daripada doktor yg merawat anda terlebih dahulu.Selain itu,pastikan jari anda benar-benar bersih sebelum melakukan rutin urutan.
2. TEMAN YANG KUAT SEMANGAT
  • Suami yang bakal menemani anda di dalam bilik bersalin perlu kuat semangat agar dia dapat memberi semangat dan sokongan kepada anda ketika bertarung kesakitan untuk melahirkan bayi.Walau bagaimanapun,ada juga di kalangan anda yang mahu ibu atau ahli keluarga menemani diri selain daripada suami.Jadi,ada baiknya anda tetapkan siapa yg bakal menemani anda di bilik bersalin nanti.Tidak salah jika anda menetapkan pilihan kedua jika tiba masanya nanti suami menghadapi masalah.
3. KEADAAN SELESA
  • Proses pelahiran berlangsung dengan lebih pantas apabila anda berada di dalam keadaan selesa.Namun,cetek pengetahuan dan mudah gopoh-gapah menjadikan proses pelahiran memakan masa yg panjang.Tambahan pula,sikap ini dapat menghidar anda daripada perlu menerima apa-apa jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum dan forsep.
  • Jadi,cubalah bertenang sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital.Apabila kontraksi menyerang selang 5 minit sekali,itu petanda anda perlu segera ke hospital pilihan kerana masa untuk melahirkan hampir tiba.
4. PERGUNAKAN GRAVITI
  • Sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses pelahiran.Jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak.Keadaan ini membantu bayi masuk ke salur peranakan denagn betul.Oleh kerana itulah anda disarankan untuk tidak hanya berbaring di atas katil tetapi berjalan-jalan di sekitar kawasan bilik bersalin sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi"turun"dan mempercepatkan proses kelahiran.
5. TIDUR MENCUKUPI
  • Lazimnya,di minggu-minggu akhir kehamilan,agak sukar untuk tidur.Hal ini mungkin berlaku kerana anda begitu teruja menanti saat berlakunya tanda awal bersalin.Biarpun begitu,anda dinasihatkan untuk memastikan jumlah jam tidur adalah mencukupi.Hal ini penting untuk memastikan anda kekal bertenaga semasa melahirkan nanti.
6. JANGAN KERAP TERTEKAN
  • Kelahiran songsang berlaku kepada kira-kira 3% wanita hamil.Keadaan ini biasanya memerlukan pembedahan caesarean dilakukan.Wanita yg mudah tertekan,takut dan bimbang ketika hamil meningkatkan risiko bahagian bawah rahim mengetat.Bagi mengelak atau membetulkan kedudukan bayi yg songsang,anda boleh mencuba kaedah pernafasan bio-energetic,hypnosis atau teknik bertenang yg betul.
7. TARIKNAFAS PANJANG
  • Bunyinya kedengaran ringkas namun sering tidak dipedulikan.Pengabaian amalan menarik nafas panjang boleh melambatkan proses pelahiran!Ini terjadi kerana tanpa melakukan rutin bernafas sedalam-dalamnya,anda menjadi kurang tenang.Ingat tentang apa yg telah dipelajari di dalam kelas antenatal dan beri perhatian terhadap cara anda bernafas.
8. JANGAN TAHAN KENCING
  • Sikap suka menahan kencing akibat terlalu khuatir bersalin didalam bilik air sepatutnya disisihkan.Sikap sebegini sebenarnya memanjangkan lagi tempoh masa proses pelahiran.Jika pundi kencing terasa penuh,jangan segan silu meminta bantuan suami atau jururawat untuk menemankan anda ke bilik air.Jadi,sebarang kemungkinan yg tidak diingini dapat dielakkan malah anda akan sentiasa berada dalam keadaan selesa untuk menempuhi saat bersalin.
9. RANGSANG PAYU DARA
  • Amalan ini dipercayai dapat membantu oksitosin masuk ke dalam aliran darah sekali gus mencetuskan kontraksi.Hal ini dapat anda lakukan dgn menggunakan pam payu dara atau mengurut bahagian puting menggunakan tangan.Anda juga boleh melakukannya dengan membiarkan air pancuran menitis di atas payu dara sama seperti yg anda lakukan untuk merangsang pengaliran susu ibu sewaktu hamil.
10. ELAKKAN PARAS GULA JATUH
  • Pengkalan paras gula dalam darah penting sepanjang proses bersalin kerana ia membantu anda kekal bertenaga untuk meneran sekaligus memudahkan proses pelahiran.Untuk itu,hisap amaun kecil jus buah segar yg tinggi kandungan potassium seperti jus oren yg turut kaya dengan asid amino I-glutamine.

Tuesday, April 19, 2011

Tips Dunia Kulinari

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

GORENG TAUHU TIDAK MELEKAT

BAHAN2 :
  • Garam halus
CARANYA :
  1. Taburkan garam dipermukaan dan belakang tauhu
  2. Panaskan minyak dan goreng,insyaallah tidak melekat
HILANGKAN KEPAHITAN PERIA

BAHAN2 :
  • Garam
  • Air secukupnya
CARANYA :
  1. Masukkan garam dan air kedalam bekas secukupnya.
  2. Rendam buah peria yg telah dipotong selama 20 minit,sejat dan boleh masak seperti biasa.

KEKALKAN KESEGARAN SAYUR

BAHAN2 :
  • Cuka
  • Air secukupnya
CARANYA :
  1. Masukkan air dan cuka dalam bekas,rendam sayur seketika
  2. Bilas dengan air bersih,Insyaallah sayur segar semula bahkan segala kotoran juga hilang
LEMBUTKAN DAGING

BAHAN2 :
  • 3 Helai daun betik
CARANYA :
  1. Bungkus daging yg dipotong dgn daun betik selama 20 minit dan bukakan.
  2. Masaklah mengikut selera anda.Selain cara ini anda boleh juga rebus daging bersama pucuk betik

ELAKKAN BAU HANYIR
  1. Lumur sedikit cuka masakan pada lauk 45 minit/sejam.Kemudian bilas hingga bersih
  2. Perap dgn asam jawa,air perahan limau nipis/limau kasturi selama 15 minit.Bilas dan bersihkan
  3. Tepung gandum juga boleh digunakan bagi menghilangkan hanyir dgn cara perapkan selama 30 minit,kemudian bilas
  4. Ambil beberapa helai daun kadok dan daun kesum dan dimasak bersama2 ikan air tawar.bau hanyir ikan akan hilang sendirinya


TAUGE KEKAL SEGAR

BAHAN2 :
  • Limau nipis
  • Semangkuk air / Secukupnya

CARANYA :
  1. Masukkan tauge dalam semangkuk air.Masukkan perahan limau nipis
  2. Gaul sebati dan simpan dalam peti sejuk
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...