Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Tuesday, January 4, 2011

Rojak betik ganu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


ROJAK BETIK GANU

BAHAN A :
1 Biji betik muda - Sagat memanjang
1/2 Biji nanas masak - Hiris nipis
1 Batang timun - Hiris nipis
Suku sudu teh kapur sirih
Air secukupnya
BAHAN B :
6 Ekor ikan kembung
1 Keping nise
1/2 Cawan cuka
10 Tangkai cili kering - Kisar
Sedikit belacan
Garam gula secukup rasa
CARANYA :
1 - Rendam betik yg disagat dlm air kapur sirih selama 10 minit,kemudian basuh sekali lalu dan toskan.
2 - Bakar ikan dan tumbuk isinya.Campurkan semua bahan kuah.
3 - Masak hingga mendidih,bila siap makan bersama betik,nanas,timun dan keropok goreng


Tart telur

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

TART TELUR

BAHAN KULIT :
 
500Gm tepung gandum
1½ Cawan majerin
1 Sudu besar lemak sayur/shortening/mentega
2 ½ Sudu besar gula
1 Biji telur
 
BAHAN KASTAD :
 
1 Cawan susu cair
4 Biji telur
1 Cawan gula kaster
1 Cawan susu UHT
1 Sudu besar tepung kastad
½ Sudu kecil vanilla
Sedikit pewarna kuning
 
CARANYA :
 
1 - Kulit : Gaulkan semua bahan kulit pastri kecuali telur sehingga menjadi saperti serbuk roti.Pukul telur dalam mangkuk dan masukkan telur sedikit sedikit sambil gaul rata.
 - Padatkan kulit tat di dalam dulang acuan tart yang sudah digriskan lebih kurang 0.5cm. Cucukkan dgn garfu.
 - Bakar selama 8 minit pada suhu 180 darjah C.Jika ada gelembung keluarkan n tekannya semasa panas dengan sudu.Kemudian tuangkan adunan kastad telur ke dalam kulit tart.
 - Bakar semula 7 minit sehingga kastard mengeras.. Sejukkan dan hidangkan.
2 - Kastad : Campurkan semua bahan dan kacau sehingga sebati.Tuangkan ke atas kulit tat yg telah dibakar separuh masak.
















Pulut nise

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


PULUT NISE

BAHAN2 :
1/2 Kg beras pulut - Rendam semalaman
2 Helai daun pandan
3 Keping nise - Masak pekat
1 Biji kelapa parut - Putih saja
Garam secubit rasa
CARANYA :
1 - Kukus beras pulut bersama daun pandan selama 30mnt / separuh masak.
2 - Gaul rata dengan nise dan kukus semula hingga masak
3 - Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam.Hidang bersama pulut tadi


Chocolate cupecakes

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Chocolate Cupcakes


BAHAN2 :
 
180g Self rising
40g coco powder atau serbuk cokelat
200g mentega tawar
200g gula halus
50ml susu
2 Biji telur gred A
1 Sudu makan vanilla essence
 
CARANYA :
 
1 - Panaskan oven 175 oc.Tempatkan 18 kertas muffin ke loyang muffin
2 - Gabungkan semua bahan- bahan cupcake di mangkok lalu pukul sampai merata.
3 - Masukan 3/4 adunan ke dalam kertas muffin.Bakar dalam oven selama 20 minit.
4 - Keluarkan cupcakes dari oven lalu sejukkan.


Kek pisang coklat urai

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


KEK PISANG COKLAT URAI

BAHAN2 :
 
230Gm mentega
1 1/2 Cawan gula kaster
2 Biji telur
1 1/2 Cawan pisang emas
1/2 Cawan susu ideal+2 sudu kecil jus limau nipis/lemon
2 Sudu kecil vanilla essen
6 Sudu makan coklat urai
3 Cawan tepung kek
3 Sudu kecil baking powder
1 Sudu kecil baking soda
1 Sudu kecil rempah kek/sebuk buah pala.
 
CARANYA :
 
1 - Panaskan ketuhar pada suhu 180'C. Sapukan mentega pada acuan kek bersaiz 7 inci.
2 - Ayak tepung dengan baking soda dan baking powder.Pukul mentega dan gula sehingga gebu.
3 - Masukkan telur satu persatu dan kacau sebati.Campurkan susu dan pisang. Masukkan pisang dan tepung berselang seli dan kacau sebati.
4 - Akhir sekali kacaukan coklat urai.
5 - Masukkan dalam acuan dan bakar selama 35 minit sehingga keperangan atau bila dicucuk pencucuk bersih dikeluarkan.


 .

Petua Kecantikan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

MENCEGAH KEDUTAN PADA WAJAH

BAHAN2 :
1 Biji pisang
CARANYA :
1 - Kisar sebiji pisang hingga menjadi seperti puri atau krim
2 - Sapu pada muka dan leher.Biar selama 10 hingga 15 minit.Elok dilakukan seminggu sekali



HILANGKAN PARUT

BAHAN2 :
Kulit kayu manis
Sedikit air
Sedikit bedak sejuk
CARANYA :
1 - Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk.Campur dengan air dan bedak sejuk.
2 - Gaul hingga sebati dan sapu pada bahagian yg berparut.Lakukan sekerap yang mungkin

PAYUDARA KEMBALI ANJAL

BAHAN2 :
Sebiji labu
Air secukupnya
CARANYA :
1 - Kupas labu dan rebus hingga empuk.Biarkan sejuk seketika
2 - Ramas labu tadi dan sapu pada keseluruhan payudara.Biar 20minit baru dibilas
3 - Amalkan sehingga nampak hasilnya


HALIA ATASI KEMBUNG

BAHAN2 :
1 Ketul halia size sederhana
Air panas secukupnya
CARANYA :
1 - Bersihkan halia dan tumbuk sedekit.Masukkan dlm kelas dan tuang air panas,anggaran 1/2 gelas
2 - Tutup permukaan gelas dgn piring selama 10 minit.Tapis dan jadikan 2 bahagian
3 - Sebahagian minum dan satu lagi disimpan dlm peti sejuk.Buat hingga kembung hilang.

Ibu Comel

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...