Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Friday, September 20, 2013

Nasi arab

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
Apa khabar semua ?? Hope semuanya sihat-sihat blaka...
Nasi ooo nasi....kalau satu hari tak makan nasi meme dok sah,
perut pun asyik memanggil nasi hahaha.....
Kalau ore klate make nasi 3x sehari pagi,tengah hari dan malam.
Dari kecik sampailah besar barulah ada peraturan sendiri dan kadang-kadang tu dah meme tak boleh nok ubah mesti nok cari nasi kan ??
Kalu ore luar nasinya tak lah pelbagai tapi kali di klate nasi pagi saja pun dah berjenis-jenis.
Nasi berlauk,nasi kerabu tumis dan nasi kerabu hitam,nasi dagang,nasi lemak dan nasi hujan panas.
kalau ikutkan nafsu semuanya nak rasa bila tengok menu yang pelbagai.belum cukup nga nasi kuih-muih dan bihun goreng,mee goreng,laksa dan laksam mesti boleh didapati untuk sarapan pagi.
Resepi yang nak dikongsi adalah resepi nasi arab yang tengah hot dan menjadi igauan sekarang.
Sampai Ks yang tidak gemar pun teringin hendak mencuba..
Itulah sunami nasi arab hahaha..
 
 
 
NASI ARAB
BAHAN NASI :

5 pot Beras basmathi - Rendam 1jam
1 Ekor ayam - Potong 4
7 pot Air - ikut sukat beras tadi
1 ekor ayam - Cuci dan toskan
2 sb ketumbar
2 sb jintan manis
2 sb jintan putih
4 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
  6 kuntum bunga lawang
Garam gula secukup rasa
2 kiub pati ayam
3 Labu bawang besar  - Potong 4
1 Inci halia - Mayang 
3 sb minyak sapi
3 sb minyak jagung 

BAHAN TUMIS NASI :

2 biji bawang besar ( dikisar )
4 Inci halia - Kisar
6 Ulas bawang putih - Kisar
1 Labu bawang besar - Mayang

  CARANYA :

1. Masukkan semua rempah ratus,ayam dan air.Rebus hingga separuh masak.
2. Toskan ayam dan rempah,ketepikan.
3. Panaskan minyak sapi dan minyak jagung.Tumis bawang besar dan bahan kisar hingga wangi kekuningan.
4. Masukkan air rebusan tadi dan biar hingga mendidih.Masukkan beras kacau sebati dan tanak nasi hingga masak.
5. buatkan lubang dan masukkan pewarna kuning telur dan oren,kaih-kaihkan / renjis-renjiskan pewarna yang disukai.

BAHAN AYAM :

5 Labu bawang besar - Kisar
  8 ulas bawang putih - Kisar
5 sb lada giling
Minya untuk menumis
Garam gula secukup rasa
3 sb kicap pekat
2 Labu bawang besar - Mayang
3 Tangkai cili hidup - Hiris

CARA 1 :

1.Panaskan minyak,Tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan cili giling,biar hingga pecah minyak.
2.Masukkan ayam dan sedikit air rebusan ayam tadi serta bahan perasa.Akhir sekali masukkan bawang mayang dan lada hidup.

CARA 2 :
Guna bahan yang sama  + 2 sb serbuk lada hitam 
tetapi diperap bersama ayam selama semalaman / 4jam dan dipanggang atau bakar dlm oven


BAHAN AIR ASAM :

3 biji Tomato - Hiris buang bijinya
5 biji Bawang merah - Mayang halus
2 Tangkai daun ketumbar - Mayang
10 Tangkai cili padi - Potong halus

BAHAN KISAR :

300ml Air asam jawa
1 sb Sos cili
1 sb Sos tomato
3 Tangkai Cili merah
6 Tangkai Cili api
Garam gula secukup rasa

  * Campur semua bahan kisar dan bahan air asam,gaul mesra.jika suka boleh masak seketika diatas dapur.

Kek pisang coklat rice

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
 
Salam hari jumaat buat semua rakan-rakan blogger....
 
Alhamdulillah......
Haini sungguh bz baru skarang ada masa nok ngadap komputer hehehe....
Tugasan utama haini menyiapkan tempahan coklat creamy kek,walaupun penat berkejar kehulur kehilir tetapi shada tetap bersyukur dan bertuah mendapat customer yang memahami jika ada terlebih dan terkurang dalam menyiapkan tempahan mereka.
 
Alhamdulillah....
Semua tempahan yang dibuat dapat memenuhi citarasa para pelanggan kekmanis.
Insyaallah shada akan memperbaiki dari masa kesemasa skill dan teknik dalam penyedian kek dan pastry.
Disini Ks nak kongsi resepi kek pisang yang ramai duk tanya mana resepi ???
Pada kawan2 yang duk minta resepi harap faham jika Ks lambat update,sebab Ks akan update resepi jika ada kelapangan sahaja.Ks tidak boleh terus update resepi mengikut apa yang di post kat kekmanis,kerana semua kerja-kerja bakery Ks buat seorang diri tanpa bantuan sesiapa dan sebagai seorang suri rumah,ibu dan isteri ...Ks harus mengutamakan tugasan yg wajib ini dahulu.
  Ks harap dengan penjelasan ini kawan-kawan yang duk push Ks update resepi tolonglah memahami dan maafkan Ks jika coretan ini menguris perasaan kawan-kawan semua.
 
 
KEK PISANG COKLAT RICE
BAHAN2 :
 
240g Tepung gandum - Ayak
160g Gula halus
4 Biji telur A
400g pisang mas - Dilenyek
160ml Minyak jagung
1 sk Baking powder - Ayak
1 sk Soda bicabonat - Ayak
2 sb serbuk koko - Ayak
1 sk ovallete
Secubit garam
1 1/2 Cup coklat rice
1 sk esen banana

CARANYA :

1. Panaskan oven 180'c selama 15mnt.Sediakan loyang 9'inc yang telah di griss butter dan alas baking paper.
2. Masukkan semua bahan kecuali coklat rice dlm mixer,putar hingga kembang dan gebu.Masukkan coklat rice dan kaup balik hingga sekata.
3. Masukkan dlm acuan dan bakar pada suhu 160'c selama 1jam,mengikut tahap kepanasan oven masing-masing
 
 

Wednesday, September 18, 2013

Apam buah-buahan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


  Salam ukhwah buat semua...
 
Alhamdulillah......
Syukur padaMu Ya Allah......
Kerana engkau memberikan kekuatan dan kesihatan yang baik padaku
bagi menempuh segala dugaan didunia yang sementara ini...
 
Alhamdulillah...
Haini Ks akan berkongsi satu lagi resepi apam buah-buahan.Ks ucapkan ribuan terima kasih pada kak ita masam manis yang menjadi tempat rujukan dikala ketangdusan idea dan mendapat resepi-resepi yang best dari kak ita.Ks mohon maaf jika ada sedikit pengubah suaian resepi dan sebagainya bagi mengikut citarasa...
 
 
APAM BUAH - BUAHAN
 
BAHAN2 :

140g tepung gandum - Ayak
1 1/2 sk baking powder - Ayak
110g gula halus
75 ml susu segar/susu cair
2 biji telur A
1 sk ovellete
1/2 sk esen vanilla
Pewarna ikut karaktor buah-buahan pilihan
filing buah-buahan campuran
cawan kertas secukupnya


CARANYA :
 
 1-Panaskan kukusan dengan api sederhana
Tutup kukusan hendaklah di balut dengan kain supaya air kukusan tidak menitis atas apam.
Sediakan acuan lompang secukupnya
Susunkan cawan kertas dalam acuan lompang dan ketepikan
2-Dalam mixer, masukkan telur dan gula dan pukul hingga kembang dengan speed tinggi.Masukkan tepung berselang seli dengan susu
3-Tambahkan esen vanila dan ovallete, dan terus putar hingga adunan bertukar putih, likat dan gebu.
4-Bahagikan adunan kepada beberapa warna pilihan.
Warna dasar dalam jumlah yang besar.Ambil anggaran 2 sudu untuk warna daun, dot-dot atau line.
5-kacau hingga rata,Kemudian masukkan dalam piping bag.
Untuk memudahkan proses, filling juga diletakkan dalam piping bag
6-Letakkan warna dasar dalam cawan kertas 1/3 cawan sahaja
Letakkan intinya dan tutup kembali dengan warna dasar hingga penuh.buat sehingga habis
7-melorek atas apam dengan karaktor buah-buahan pilihan.
Setelah siap, susun dalam kukusan dan kukus selama 10 minit hingga 15 minit
 

 
 

Apam pokaldot

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 Assalamualaikum....
Selamat pagi semua......
 
Apa khabar kawan-kawan?shada harap semuanya sihat - sihat blaka....
Alhamdulillah...haini masih semangat untuk mencoret sepatah dua kata kat blog ni hehehe
 
Baru - baru ni shada ada menerima tempahan apam pokaldot dan teringat pulak shada belum lagi update resepi kat blog.Apam ni sedap tapi nak buat dia memerlukan kesabaran yang tinggi.
shada tak lah pro sangat dan masih lagi dalam proses pembelajaran.
 
Sebenarnya macam - macam corak yang boleh kita tengok kat pasaran,
insyaallah...nanti shada akan cuba dengan corak lain pulak ya !
 
APAM POKALDOT
BAHAN2 :
  250g tepung gandum
3 biji telur - peti sejuk
220g gula halus
160ml susu segar
3 sk baking powder
1 sk ovallet
1 sk esen vanila
Blueberry filling secukupnya

CARANYA :

1-panaskan kukusan dan tudung dibalut.letak paper cup dlm bekas acuan dan ketepikan.
2-masuk gula,telur,esen,ovallet dlm mixer.pukul dgn kelajuan maxima hingga kembang(5mnt)
3-bila kembang masukkan tepung n susu berselang seli sambil pukul sebati
4-bahagi kpd beberapa bhgian n masuk warna pilihan dan kaup balik hingga sekata.
5-masukkan separuh dlm acuan,filing n letak sampai penuh.buatkan dot2 dan kukus 5-10mnt dgn api sederhana.
 
 

Tuesday, September 17, 2013

Kuih ketayap telur

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
 
 
 
 
 
Kuih ketayap
Terima kasih order..:)
 

Elmo cupcakes

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
 
 
 
 
 
Elmo cupcakes
Thank you :)

Mini pavlova

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
 
 
 
 
Mini pavlova
Thank you ^_^

Reflesia fruit tart

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


 
 
 
 
 
Reflesia fruit tart
Thank you :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...