Followers

Search This Blog

About Me

My Photo
We are one happy family who loves to travel,makan-makan and loves to make money.Abie is a coolest guy as well hadworking...Ummie loves in cooking and the Son " Hazreeq " love his Abie's Laptop.
Red Spinning Heart Within A Heart

Saturday, June 25, 2011

Cake's

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

CuTi At ChErATiNg

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Perjalanan ke Cherating, bermula pada hari Jumaat June 2011, pukul 10.30 pagi. Hazreeq pagi lagi dah excited memekak suruh bangun..dah tak sabar2 nak p berjalan.Perjalanan yang panjang sungguh memboringkan singgah di tiga perhentian, ..berhenti makan di R&R Lanchang..Emmmmmm makan nasi ayam seorang sepinggan..termasuk le Hazreeq..licin!!!!!!

Pergi Cherating ikut persimpangan Jabor..pukul 3.30ptg baru sampai hotel Impiana Resort & Spa...ramainya orang ...hotel fully booked cuti hujung minggu ni.
Gambar: view bilik dari balcony.




Sampai kat hotel, lepak kat bilik sampai kul 5, lepas tu turun pegi swimming pool & jalan2 tepi pantai dan mandi laut,almaklumlah bukan senang nak jumpa laut hehehehe..........lihat Laut China Selatan yang terbentang...sambil tu boleh kutip pahala...n berangan kuang kuang kuang.........



Petang tu lepas solat magrib dah keluar cari makan..berpusing-pusing cari restoren mana nak p makan....Restoren Juara Tomyam....Order makanan cam biasa le...menu tomyam, siakap sweet sour, sotong goreng tepung, ayam goreng kunyit,daging masak merah,kailan ikan masin & x lupa telur dadar kegemaran Hazreeq. Makanan cepat dapat..jeng2 ini dia juadah...



Sampai kat lobby hotel lebih kurang 9.30 malam, hujan renyai2..sebelum tu singgah kat kedai beli sedikit makanan n selipar untuk dipakai kat beach.

Ber'posing' di lobby

Pagi Sabtu hujan lebat sungguh..lepas breakfast lepak kat bilik, beli belah kat kedai cenderahati & layan fb kat lobby...Bilik hujan tak lepas tinggal 'gerimis mengundang' je kami sekeluarga mandi manda kat Swimming pool. Naik bilik & bersiap utk mkn tengahari pastu keluar jalan2 cari Satar kat Pantai Mak Nik, Kemaman..



Payah juga nak cari warung pak Aziz  yang jual satar tersedap kat kemaman ni. Bukan apa, tak nampak gerainya walaupun berwarna Kuning terang. Menyusuri Jalan Pantai Mak Nik sampai jumpa Jeti Kemaman. Bila berpatah balik baru jumpa..Nak turun Hazreeq keletihan dan tertidur dalam kereta. So kami makan berdua je satar dlam kereta..sedap!!!!
Malamnya makan steamboat kat Hotel. Tak berapa sedap le..Shada masih teringatkan Johnny's...your still no one in serving steamboat.
Check-out time!! Hari Ahad June 2011.Lepas check-out singgah kat Warung Kak Yah Nasi Kukus untuk makan tengahari,Ramai sungguh sampai kena ikut giliran untuk ambik tempat. Sempat bungkus ayam goreng berempah n air sirap untuk makan dlm perjalanan. Singgah lagi beli kopok lekor dan kopok kering di sepanjang jalan....

Sempat singgah kat tempat santuari penyu milik MOA tp sayang dah TUTUP!!! Kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke Putrajaya..................

Thursday, June 16, 2011

Wednesday, June 15, 2011

Main Kertas

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Mihun lada hitam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

MIHUN LADA HITAM

BAHAN2 :
 
1/3 Paket mihun - Celur dan tos
2 Ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih - Tumbuk
2 Ekor sotong - Potong bulat
7 Ekor udang - Buang kulit
1 Kiub pati ikan bilis
Serbuk lada hitam dan lada sulah secukupnya
1 Batang sawi - Potong
Segenggam tauge
 
CARANYA :
 
1 - Tumis bawang hingga naik bau kemudian masukkan sotong,udang dan kiub pati ikan bilis.
2 - Masukkan garam gula,lada hitam dan lada sulah.Tambah sedikit air.
3 - Masukkan mihun,sawi dan kacau rata.
4 - Akhir sekali masukkan tauge dan kacau rata.

Cuti At Kuching Srawak

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friday, June 3, 2011

Buur kacang hijau

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

 
 
Assalamualaikum.....
  
Salam ukhwah buat semua,hari ini Shada ingin berkongsi satu resepi yang ringkas dan sedap dimakan di waktu minum petang atau sebagai pencuci mulut.Bubur kacang hijau sangat terkenal dan sinonim dengan negeri Cik Siti Wan Kembang.
 
Bubur kacang hijau senang didapati dimana sahaja kerana keenakkan rasa kacang hijau bersama santan mudah menambat selera sesiapa sahaja.Bubur kacang hijau juga bermacam-macam resepi dan gaya dipersembahkan mengikut kesesuaian dan peredaran masa.
 
BUBUR KACANG HIJAU
 
BAHAN2 :
 
1 Cawan bubur kacang hijau - Cuci dan toskan
2 Cawan santan
1 Cawan air
2 Keping nise
Sedikit gula pasir
Secubit garam
1/2 Cawang sagu - Cuci dan toskan
2 Helai daun pandan - Simpul
4 Ulas durian - xsuka xpayah letak
 
CARANYA :
  1. Goreng kacang hijau tanpa minyak dan masukkan kedalam periuk
  2. Masukkan air dan masak hingga air mendidih,masukkan sagu,daun pandan,nise dan gula.gaul mesra dan sebati.
  3. Masukkan santan kacau hingga agak pekat dan masukkan durian gaul sebati.
  4. Masukkan garam sebelum tutup api dan kacau seketika.
    

Nasi kurma

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

NASI KURMA

BAHAN A :
 
5 Sudu besar butter
6 Kuntum bunga cengkih
2 Biji bawang merah - dihiris
2 Ulas bawang putih - dihiris
50Gm buah kurma - dibuang biji

BAHAN B :
 
3 Cawan beras wangi
4 Cawan air
1/4 Sudu garam
Sedikit pewarna kuning
100Gm sayur campuran
 
CARANYA :
 
1 -  Panaskan butter dan tumis bahan A. Masak sehingga wangi.
2 - Masukkan bahan B dan tunggu sehingga separuh masak. Masukkan pula buah kurma dan biarkan nasi masak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...